Tuesday 9 July 2013

Tips Terhebat Untuk Ibu Lepas Bersalin Yang Ingin Berpuasa



Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ibu-ibu comel yang tengah membaca blog ini. Hari ini adalah hari pertama kita berpuasa dalam tahun ini. Haa, siapa kat sini yang tak boleh puasa? Hehe. Ibu-ibu yang lepas bersalin mesti sedih sebab tak dapat berpuasa akibat darah nifas yang belum habis. Tapi takpe, janganlah sedih. Kita buat ini semua untuk anak-anak yang comel kan?

Kepada ibu-ibu lepas bersalin tu yang da boleh berpuasa, sudah bersediakah? Mesti anda akan berasa sangat letih ketika berpuasa. Haa, kat sini saya nak share tip-tips untuk ibu yang lepas bersalin supaya mereka-mereka boleh la berpuasa macam biasa. Jom kita tengok apa tips-tips tu :

1. Berehat secukupnya, Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

2. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

3. Untuk ibu yang menyusu, lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu secara serentak.

4. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payudara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan.

5. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.

6. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

7. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yang mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

8. Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

9. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buahan, oat dan sebagainya.

10. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam, itik dan daging merah. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

11. Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

12. Jika anda rasa menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.


Supplement yang sesuai dan paling mudah untuk diambil adalah ESP dari shaklee.
Ia merupakan sumber protein utama yang diperlukan oleh badan kita. Ia bukan sahaja boleh bertindak sebagai milk booster, malah boleh memberi tenaga sepanjang berpuasa dan susu yang dihasilkan turut mengandungi nutrient lengkap untuk bayi anda.

Jom kita tengok hasil penggunaan ESP oleh ibu lepas bersalin ini : 



Jadi, ibu-ibu yang lepas bersalin tu bolehlah amalkan tips-tips di atas supaya anda kekal bertenaga sepanjang dan penghasilan susu melimpah ruah untuk bayi anda. Selamat Berpuasa!


✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 018 4044834 SEKARANG JUGA!!!

✉ boleh juga PM/inbox https://www.facebook.com/azlina.aziz.336 sy.. komen je pn boleh

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

No comments:

Post a Comment