Wednesday 25 July 2012

AMALAN KETIKA BERPANTANG (SAMBUNGAN)


Bertungku
Bertuam / Bertungku dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
Bertungku dilakukan dengan tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki. Bertungku selepas 44 hari.  Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.
Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 – 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau  daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Berurut menyegarkan badan

Urutan
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.
Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya :-

  • Minyak kelapa, dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak.
  • 3 camca besar halba
  • 4 cm halia ( Zingiber officinale )
  • 4 cm kunyit hidup ( Curcuma domestica )
  • 3 ulas bawang putih ( Allium sativum )
  • 5 biji bawang merah ( Allium cepa )
  • Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.


Mandi
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
Mandi dedaun
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
  • segenggam halba ( dipunjutkan )

CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI

Ambil periuk tanah ukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air,  suam-suam kuku sahaja.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
mandi lulur
Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.


Bertangas

Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.
Ramuan tangas:
  • 9 keping asam gelugur
  • 2 camca besar garam jantan
  • 3 helai daun sirih ( Piper betel )
  • segenggam inai ( Lawsonia terma )
  • halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )
  • 3 biji manjakani
Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.

MEMAKAI BENGKUNG

Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin
Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel ( ubat barut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.
Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut. Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut :-
  • segenggam jadam ( diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya )
  • halia ( Zingiber officinale ) sebesar ibu jari
  • isi kunyit terus sebesar ibu jari
  • tiga ulas bawang putih ( Allium sativum )
  • asam jawa ( Tamarindus indica ) sebesar bola pingpong
  • secawan air kosong
  • periuk tembikar dan sudip

Cara membuatnya:

Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.
cara menyapu jadam:
Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.
Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. ( Rujuk lampiran 2 untuk cara-cara memakai barut dan bengkung )

Bertasak

Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan. Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan. Caranya, bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.
Pada hari pertama hingga ketiga, segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum. Pada hari keempat hingga keenam, gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan. Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan, bahannya adalah  5 cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.

Minum air akar kayu dan jamu

Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.

Makanan berkhasiat untuk yang berpantang

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering  bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar. (Rujuk lampiran 3 untuk melihat resipi hidangan berkhasiat untuk ibu-ibu yang berpantang )
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut;
  • Legumes – kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.
  • Susu dan hasil susu – susu, aiskrim dan keju.
  • Sayur-sayuran – kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.
  • Sayuran berubi – kentang dan sengkuang
  • Buah-buahan – prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
  • Bijirin dan roti – kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
  • Makanan berlemak – makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
  • Cecair – minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
  • Seserat (fiber) – kacang, oat, bran dan kacang panggang.
 Sumber : Wanitatv3

AMALAN KETIKA BERPANTANG



Assalamualaikum mama-mama semua semalam mama wiwin dah dapat anak buah baru .. gugurl lagi . InsyaAllah ada rezeki mama wiwin nanti dapat triplet gugurl pulak.. hehe. dengan izin  dariNya.  

Sempena itu mama wiwin nak story morry pasal amalan amalan ketika berpantang. 

: Bagaimana Melakukannya? JEMPUT BACA :-

Zaman sekarang orang cakap zaman moden jadi ramai yang dah tak berpantang seperti zaman nenek moyang kita dahulu. Tengok sekarang mama mama yang lepas bersalin sakit itu dan sakit ini punca atau sebab mungkin kurang penjagaan dan amalan ketika berpantang. Kebanyakan kita memandang remeh dan ambil mudah terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. 


Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Jom baca apa amalan amalan ketika berpantang yang perlu dilakukan :-


  • Bertungku
  • Berurut menyegarkan badan
  • Mandi Dedaun / Mandi Susu
  • Lulur Scrub
  • Bertangas
  • Memakai bengkung
  • Bertasak
  • Minum air akar kayu dan jamu
  • Makanan berkhasiat untuk yang berpantang



Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun, rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran. Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibu bersalin. Pastikan set berpantang ini sesuai dengan ibu dan sesuai utuk bayi.


 Sumber : Wanitatv3

Friday 20 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Assalammualaikum w.b.t...
Rasulullah SAW bersabda " Di dalam syurga ada lapan pintu dan satu pintu bernama Ar-Rayyan. Tidak akan masuk ke dalamnya melainkan orang yang berpuasa sahaja "

~Salam kemaafan, zahir dan batin kiranya ada salah dan silap serta kekhilafan yang tidak ku sedari. Mudah2an Allah terima segala amal ibadah yang kita lakukan di bulan yang mulia ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"



PANDUAN MEMBANTU DALAM PENYUSUAN IBU BAGI IBU HAMIL

Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.

1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.


2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.


3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.


4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.


5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!


6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.


7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.


8. Elakkan puting kosong.


9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.


10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.


11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.


12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.





credit : pa&ma

PAM MANUAL ATAU ELEKTRIK

Assalamualaikum dan salam petang untuk mommy, mama, ibu , umi, mak dan semua panggilan yang berkaitan..


Esok kita akan berpuasa.. Bagi ibu yang baru tahun ini bf baby adakah sudah membuat persediaan. 


Petang ni mama wiwin nak cerita mengenai penyusuan ibu dengan mengunakan pam manual atau elektrik. Jemput Baca :-

Bagi s si ibu yang pertama kali melalui pengalaman mengandung bersalin pasti tidak sabar hendak menyusukan bayi sepenuhnya. Apatah lagi saat untuk memilih pam yang sesuai bagi mereka.


Terdapat banyak jenis pam dari yang murah hingga yang mahal boleh didapati di kedai pasaraya dan kedai online . Tidak dinafikan memilih pam bukan lah perkara yang mudah . Silap-silap pilih ada yg tak sesuai dan membazir.


Di sini, saya ingin berkongsi kebaikan dan keburukan pam manual dan elektrik. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

Kebaikan pam elektrik
(1) Menjimatkan masa, lebih-lebih lagi dengan penggunaan double pump
(2) Tak melenguhkan tangan.
(3) Sambil pam, boleh buat kerja lain. 
(4) Biasanya komponen kurang berbanding pam manual

Keburukan pam elektrik
(1) Kena ada elektrik point baru boleh pam.
(2) Kebanyakannya agak berat kerana menggunakan motor.
(3) Ada sesetengah pam menghasilkan bunyi yang agak menarik perhatian
(4) Selepas satu tempoh penggunaan ada risiko kuasa sedutan motor akan berkurangan.

Pam elektrik sesuai bagi mereka yang biasanya sibuk sewaktu bekerja, kerana dengan penggunaan double pump anda boleh memendekkan masa memerah sehingga separuh. Malah, anda tidak perlu langsung meninggalkan meja anda. Dengan setting yang baik, anda boleh memerah di meja sendiri (Pastikan tiada bunyi yang boleh menarik perhatian)

Kebaikan pam manual
(1) Ringan dan mudah dibawa
(2) Boleh pam di mana-mana. Dalam jam pun boleh pam
(3) Kuasa sedutan lebih mudah dikawal. Bagi yang dah expert mudah dapat letdown (10-15 minit dah dapat penuh sebotol)
(4) Tak payah fikir pasal motor, selagi getahnya elok selagi tu boleh guna. Pam avent manual saya dah hampir dua tahun, masih elok lagi.

Keburukan
(1) Lenguh tangan
(2) Kena pam sebelah-sebelah sebab pam manual tak ada double pump
(3) Sesetengah pam, komponennya banyak

Bagi yang mempunyai budget yang sedikit tetapi tidak kisah mengenai masa, dan selalu sangkut dalam jam amat sesuai menggunakan pam manual. Bagaimana pun hati-hati ketika memandu. Don't pump and drive ok!

Tak kisah la nak pilih pam manual atau pun elektrik, pastikan anda selesa dengan pam tersebut. Bagi yang ada budget lebih mungkin boleh beli pam elektrik yang mahal seperti free style yang lebih ringan dan guna kuasa bateri. Kalau kurang budget, guna pam manual seperti avent pun dah cukup. Sewaktu nak beli tu kalau boleh, pergi ke kedai yang boleh test pam nya. Kalau agak-agak selesa boleh terus beli.

TEKNIK MARMET - PILIHAN DALAM MEMERAH SUSU IBU


Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik yang Salah

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.


Cara Memerah

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).

3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).

Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.

4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.


Thursday 19 July 2012

Atasi Masalah Lesu Dan Tidak Bertenaga Semasa Puasa


Performance terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat Performance Drink ini dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Ujian makmal menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Siapa yang digalakkan untuk mengambil Performance Drink?


  •   Anda yang berkerja di bawah matahari terik
  •   Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan
  •   Ibu mengandung atau menyusu
  •  Anda yang demam dan selesema. 
  •  Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan
  •  Anda yang mengidap penyakit kencing manis
  • Anda yang mengalami cirit-birit 
So, bersempena dengan Ramadhan semakin hampir, anda juga boleh mencuba Performance Drink ini supaya anda lebih kekal bertenaga di siang hari sepanjang berpuasa, di samping boleh mengelakkan dehidrasi.


Testimoni ni saya amik dari rakan EUPHORIA ,Tuty Rahiza
Mari kita tengok testomoni beliau dan suami tentang SHAKLEE Performance Drink..

Saya sangat berpuashati dengan Shaklee dan mahu suami saya juga merasai kebaikan Shaklee. Bukan mudah ya untuk mengajak suami kita menelan pil-pil walaupun sekadar B-complex dan vitamin C kerana suami saya tidak suka menelan ubat. Setiap hari saya sediakan pil box dan pil box akan kembali ke tangan saya seperti mana saya sediakannya. Tidak terusik pun isinya. Akhirnya, suami saya telah menjumpai produk Shaklee kesukaannya iaitu  PERFORMANCE DRINK (PD).


Incik N (suami saya) bekerja sendiri dan berada di jalan raya hampir sepanjang hari. Perjalanan memakan hampir 200km setiap hari. Sudah tentulah badan jadi letih. Jadinya, saya akan bancuhkan PD dalam 1botol air untuk bekalan semasa berkerja.Setelah beberapa hari, Incik N memberitahu badannya sudah tidak berapa letih. Saya pun lihat muka suami saya kurang letih dan lebih ceria.

Oh, Incik N juga mempunyai hobi berbasikal. Sebelum saya bersalin, hampir setiap minggu Incik N akan berkayuh bersama-sama rakan seangkatan. Bukan berkayuh keliling taman ya. Mereka berkayuh jarak jauh. Antaranya daripada Puncak Alam ke Pantai Jeram sejauh 45km pergi dan balik. Menaiki bukit ke kampus UiTM Puncak Alam. Jalan ke kampus itu boleh dikatakan seperti mini genting highland yang memerlukan pendakian mencabar. Naik kereta pun terasa tinggi sungguh bukit itu.

Selama saya cuti bersalin, Incik N memang bercuti terus daripada berkayuh basikal. Hampir 2 bulan lebih. Semalam, Incik N ikuti satu ekspedisi berbasikal daripada UKM ke Bagan Lalang sejauh 90km pergi dan balik bermula daripada pukul 8 pagi.Perjalanan sehala sahaja memakan masa 4 jam lebih. Saya berasa risau kerana Incik N sudah lama tidak berlatih dan sebelum ini, Incik N akan mengadu keletihan apabaila pulang berbasikal. Paling teruk apabila kadangkala kakinya kejang semasa berkayuh.

Saya bancuhkan 3 liter air PD untuk bekalannya dan berdoa segalanya berjalan lancar. Mestilah risaukan sebab berkayuh dalam cuaca yang panas terik. Kita naik kereta dengan penghawa dingin pun rasa letih dan haus bila tengah hari.

Nak tahu apa reaksi Incik N selepas kembali daripada ekspedisi?

Saya      : Abang Ok tak? Kaki kejang tak?
Incik N   : Abang Ok je..Badan pun tak letih sangat. Yang best tu, kaki tak kejang.
Saya      : Alhamdulillah.
Incik N    : Abg N**r dengan Abg F***i pun hairan yang abang boleh kejar. 
               Abang bagitahu la yang Abang ambil air PD.

Tersenyum lebar saya mendengarnya. Dalam geng basikal tu, Incik N antara yang terkebelakang sebenarnya. Memang Incik N sudah jatuh hati dengan PD sebab jika saya terlupa, dia akan mengingatkan untuk membuat air PD untuknya.


BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA.

HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee



Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Wednesday 18 July 2012

Tips Penyusuan di bulan Puasa

Assalamualaikum dan selamat pagi mommy-mommy semua. semoga hari ini lebih baik dari semalam
Hari ini hari khamis bersamaan 29 sya'aban tinggal sehari sahaja kita nak menyambut ramadhan dimana semua umat islam akan berpuasa.
Hari ini mama wiwin nak bagi tips-tips pada ibu-ibu yang menyusukan si manja semasa bulan puasa nanti. 




1) Banyakkan Pengambilan cecair. 2-3Liter air sehari diperlukan oleh tubuh. 
2) Ibu digalakkan mengambil MADU setiap hari untuk stamina , ia mampu meningkatkan  kadar serapan kalsium dalam badan dan merupakan sumber tenaga yang hebat secara semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.


3)  Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

4) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair. 

5) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.


8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping) 

9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi atau memerah susu.

13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

Tidak Mudah Mengalah ..Akhirnya Stok EBM banyak

2 hari menjelang ramadhan ..adakah mommy2 diluar sana dah bersedia dari segi mental dan fizikal.. adakah stok EBM cukup utk si manja. 


Dah lama tak menaip di dalam blog ini..mmg rindu sangat nak buat articles memandangkan kengkangan masa dalam seminggu dua ni.


Jom baca testimoni Shima yang telah mengunakan Set 3M


Betul sgt2 memang kena kuat semangat. Jgn mudah mengalah. Saya pun sama, minggu pertama hasilnya sama mcm tak buat pp. Tapi minggu kedua dah mula bertambah. Yg paling bersyukur tu bkn shj susu banyak tapi sgt berkrim dan pekat. Baby memang cepat kenyang.








Dibawah adalah set 3M yang telah digunakan oleh shima. Berminat Boleh PM saya di Azlina shaklee



Friday 6 July 2012

HASIL BREAKFAST DENGAN ESP

Testimoni dari kawan kita ila :-
salam kak lina..sori,saje nk chat ngan akak jap..nk bitau kak,sedap gile minum ESP shake ngan susu dutch lady tau..ila terbaca resepi salah seorang testimoni akak,then balik umah ila buat..fuhhh...memang sedap gile..pasni nak try buat ngan susu stoberi lak.. 
Testimoni dari kawan kita zarini :-
akk sedap ESP i campur dengan fresh milk rasa mcm nak taruk setong..hehehe
siapa cakap esp tak sedap memang ramai mommy-mommy kat luar sana takut nak ambil ESP takut muntah. tak percaya belilah satu memang sedap dan lazat disamping banyak khasiat 
-Bagi ibu menyusu, ESP membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat.
- ESP juga membantu menghasilkan susu ibu yang lebih pekat dan berkrim kesannya bayi akan cepat kenyang dan kurang meragam.
- Kunci melawan penyakit.
- Bagi ibu mengandung, ESP membekalkan asid amino yang bertindak untuk otot dan organ bayi.
- ESP membantu pertumbuhan plasenta, uterus, dan untuk membantu aliran darah ibu yang sentiasa bertambah semasa mengandung.
- Sangat membantu ibu2 yang mengalami morning sickness kerana ESP me
mbekalkan tenaga.
testimoni dari kawan kita ctm shaari :-
saya baru saje konsisten makan shaklee tengok sekali pam hasil bekpes dengan esp pagi ni.

Jom cuba dan dapatkan hari ini.. PM saya / sms azlina shaklee 016 6661328