Friday 6 July 2012

TIPS KEKALKAN PENGELUARAN SUSU KETIKA BERPUASA


[ Jemput klik SHARE untuk manfaat ibu2 lain]



Pejam celik pejam celik dah masa berlalu tanpa kita sedari sudah menjelang pertengahan syaaban, Tidak lama lagi Ramadhan akan menyusul.


Mommy-mommy kat luar sana yang merupakan golongan ibu menyusukan adakah kamu semua sudah bersedia menyiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan.


Apa yang saya sarankan disini memandangkan lagi 2 minggu kita akan berpuasa di bulan ramdhan ibu-ibu perlu melatih berpuasa dari sekarang sama ada niat ganti atau niat sunat supaya tubuh ibu-ibu  bersedia dan masa yang sama kita dapat memantapkan minda dan kekuatan rohani.


Betulke Bila Puasa Susu akan berkurangan?
JAWAPAN : TIDAK SAMA SEKALI


Tips di bawah nampak mudah tapi si ibu perlu terus berterusan beristiqamah







a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , sedikit kurma dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.


Perlukah si ibu mengambil supplement?

JAWAPAN : bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement...ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.


Rukhsah ibu mengandung dan menyusu 


Rukhsah itu merupakan kelonggaran yang diberikan ke atas beberapa golongan atas alasan yang tertentu.

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”
Jika si ibu mendapati susunya semakin berkurang ditambah tiada stok yang menanti di rumah, maka disarankan menggunakan rukhsah iaitu dengan berbuka namun perlu menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah.
Begitu juga bagi ibu yang hamil, jika mendapati puasa itu boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi, diharuskan berbuka dan menggantikan puasa beserta fidyah.
Walau bagaimanapun bagi ibu menyusu, tidak layak mendapat rukhsah tersebut sekiranya si ibu :
1. mencampurkan susu formula kepada si anak selain susuibu
2. mempunyai stok susuibu yang banyak.

Islam itu agama yang indah. Ia tidak menyulitkan malah memudahkan. Maka bagi ibu yang berpuasa, hanya kita yang tahu kekuatan kita.
Dekati ALLAH kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki. Moga kedatangan Ramadhan membawa seribu kenikmatan dalam beribadah.

No comments:

Post a Comment