Wednesday 25 July 2012

AMALAN KETIKA BERPANTANG



Assalamualaikum mama-mama semua semalam mama wiwin dah dapat anak buah baru .. gugurl lagi . InsyaAllah ada rezeki mama wiwin nanti dapat triplet gugurl pulak.. hehe. dengan izin  dariNya.  

Sempena itu mama wiwin nak story morry pasal amalan amalan ketika berpantang. 

: Bagaimana Melakukannya? JEMPUT BACA :-

Zaman sekarang orang cakap zaman moden jadi ramai yang dah tak berpantang seperti zaman nenek moyang kita dahulu. Tengok sekarang mama mama yang lepas bersalin sakit itu dan sakit ini punca atau sebab mungkin kurang penjagaan dan amalan ketika berpantang. Kebanyakan kita memandang remeh dan ambil mudah terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. 


Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Jom baca apa amalan amalan ketika berpantang yang perlu dilakukan :-


  • Bertungku
  • Berurut menyegarkan badan
  • Mandi Dedaun / Mandi Susu
  • Lulur Scrub
  • Bertangas
  • Memakai bengkung
  • Bertasak
  • Minum air akar kayu dan jamu
  • Makanan berkhasiat untuk yang berpantang



Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun, rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran. Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibu bersalin. Pastikan set berpantang ini sesuai dengan ibu dan sesuai utuk bayi.


 Sumber : Wanitatv3

No comments:

Post a Comment