Friday 20 July 2012

PAM MANUAL ATAU ELEKTRIK

Assalamualaikum dan salam petang untuk mommy, mama, ibu , umi, mak dan semua panggilan yang berkaitan..


Esok kita akan berpuasa.. Bagi ibu yang baru tahun ini bf baby adakah sudah membuat persediaan. 


Petang ni mama wiwin nak cerita mengenai penyusuan ibu dengan mengunakan pam manual atau elektrik. Jemput Baca :-

Bagi s si ibu yang pertama kali melalui pengalaman mengandung bersalin pasti tidak sabar hendak menyusukan bayi sepenuhnya. Apatah lagi saat untuk memilih pam yang sesuai bagi mereka.


Terdapat banyak jenis pam dari yang murah hingga yang mahal boleh didapati di kedai pasaraya dan kedai online . Tidak dinafikan memilih pam bukan lah perkara yang mudah . Silap-silap pilih ada yg tak sesuai dan membazir.


Di sini, saya ingin berkongsi kebaikan dan keburukan pam manual dan elektrik. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

Kebaikan pam elektrik
(1) Menjimatkan masa, lebih-lebih lagi dengan penggunaan double pump
(2) Tak melenguhkan tangan.
(3) Sambil pam, boleh buat kerja lain. 
(4) Biasanya komponen kurang berbanding pam manual

Keburukan pam elektrik
(1) Kena ada elektrik point baru boleh pam.
(2) Kebanyakannya agak berat kerana menggunakan motor.
(3) Ada sesetengah pam menghasilkan bunyi yang agak menarik perhatian
(4) Selepas satu tempoh penggunaan ada risiko kuasa sedutan motor akan berkurangan.

Pam elektrik sesuai bagi mereka yang biasanya sibuk sewaktu bekerja, kerana dengan penggunaan double pump anda boleh memendekkan masa memerah sehingga separuh. Malah, anda tidak perlu langsung meninggalkan meja anda. Dengan setting yang baik, anda boleh memerah di meja sendiri (Pastikan tiada bunyi yang boleh menarik perhatian)

Kebaikan pam manual
(1) Ringan dan mudah dibawa
(2) Boleh pam di mana-mana. Dalam jam pun boleh pam
(3) Kuasa sedutan lebih mudah dikawal. Bagi yang dah expert mudah dapat letdown (10-15 minit dah dapat penuh sebotol)
(4) Tak payah fikir pasal motor, selagi getahnya elok selagi tu boleh guna. Pam avent manual saya dah hampir dua tahun, masih elok lagi.

Keburukan
(1) Lenguh tangan
(2) Kena pam sebelah-sebelah sebab pam manual tak ada double pump
(3) Sesetengah pam, komponennya banyak

Bagi yang mempunyai budget yang sedikit tetapi tidak kisah mengenai masa, dan selalu sangkut dalam jam amat sesuai menggunakan pam manual. Bagaimana pun hati-hati ketika memandu. Don't pump and drive ok!

Tak kisah la nak pilih pam manual atau pun elektrik, pastikan anda selesa dengan pam tersebut. Bagi yang ada budget lebih mungkin boleh beli pam elektrik yang mahal seperti free style yang lebih ringan dan guna kuasa bateri. Kalau kurang budget, guna pam manual seperti avent pun dah cukup. Sewaktu nak beli tu kalau boleh, pergi ke kedai yang boleh test pam nya. Kalau agak-agak selesa boleh terus beli.

No comments:

Post a Comment