Thursday 27 December 2012

Hubungan Emosi - Penyusuan Susu Ibu

Apa itu penyusuan Ekslusif Susu ibu?
Ia Bermaksud Bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa makan dan minum lain selama 6 bulan pertama.
Pemberian susu ibu adalah aktiviti fisiologi normal yang memberi banyak kebaikan kepada ibu, anak, keluarga, masyarakat dan juga alam sekitar, lebih-lebih lagi kepada kesihatan ibu dan anak. Adakah anda sedar bahawa penyusuan ibu bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi anda? Susu ibu bukan sahaja diperlukan untuk tumbesaran fizikal si manja, tetapi juga membantu memupuk ikatan kasih sayang antara ibu dan anak, dan mengeratkan hubungan antara mereka.

Friday 21 December 2012

INSTANBUL AKU DATANG


Sejak tengok cerita ni daku dah tersuka secara tiba-tiba tengok kecomelan Lisa Surihani. So sweet. Cumilnya dia.
Errrrrrr....tah tapi yang pasti Lisa memang nampak comel dan "fresh" kat dalam movie Istanbul Aku Datang ni, klau tak caya tengok lah. Satu lagi cuba korang perhati aksesori kat kepala lisa tu, cute tak?, Pastu korang perhati baju dan kasut yang dia pakai..ada kelainan !
Bilalah mama wiwin nak comel macam lisa kan..hehehe. Dapat pakai baju macam2 color.. ok jek. 
Baru jerk tengok citer ni tu, Best juga tengok kemanjaan dia didalam cerita ni dan yang paling best masa dia bergaduh dengan teman serumahnya tu. Si Beto Kushairy pasal Maggie..hohoho
Pada Kengkawan yang belum tengok jgn lupa tengok tau... 



Scene sedang bergaduh dengan Beto... hahahaha


Scene sedang cari rumah sewa. Btol betol berdikari... walaupon baru sampai ditempat org.

Apa Apa pon mama wiwin dah terbuka hati suke dengan muka cumil Lisa Surihani.... 
XOXOXOXOXO

Sekali sekala kita cerita pasal retis pulak kan... Ngeh3x 

Thursday 20 December 2012

Bisnes Online -Jana Income Dari Rumah

Jana Income Dari Rumah ~ Adakah anda tercari-cari bisnes yang boleh anda buat dari rumah dengan pendapatan yang sangat LUMAYAN? Tak perlu tinggalkan anak, tak perlu keluar malam dan tak perlu paksa orang join..hanya jual produk secara online melalui fb dan blog? Jemput baca di sini ya..

Salam Jumaat Semua..Semoga Allah memberkati rahmat keatas kita semua pada hari ini. Lagi 10 Hari mama wiwin bakal menjadi suri rumah sepenuh masa ..uitttt . Memang IMPIAN  sebelum menjejakkan kaki ke  33 tahun. Otak ni memang dah fikir dan TARGET  umur 33 dh tak nak keje lagi malas...hehehe. 


Taknak Kerja Tapi nak income jugak ...mana boleh takde income sapa yang nak beli handbag, perfume mama wiwin lagi...hohoho. So apa Lagi skrg kan TREND buat kerja ONLINE shj boleh dapat hasil yang membanggakan.

Next Year mama wiwin baru 32 tahun je tau.. Sangat-sangat bertuah sebab upline saya FARAH memperkenalkan perniagaan Shaklee kepada saya. Target dari awal tahun March 2012. Sekiranya mama wiwin dapat pecah target dan tunjukkan pada en somi. mama wiwin dapat berenti kerja.. Yeahhhaaaa.


Dapat Naik Coordinator, Tak pernah terfikir pon bagi mama wiwin berkat usaha, restu dan doa dari suami dan keluarga serta guru saya iaitu upline saya. Niat nak jaga wiwin sepenuhnya tahun depan meraka pon dah masuk darjah 1. Nak jaga solat mereka, nak jaga makan pakai mereka , nak jaga perihal laku mereka, macam-macam lah. 


Kan dah cerita panjang dah..hahaha Gembira punya pasal. Semua ini diizinkan OlehNya. 


Berbalik pada cerita kita diatas tadi , Bagi Ibu-Ibu diluar sana yang inginkan pendapatan LUMAYAN dan nak duduk rumah macam mama wiwin . Jom Sertai saya


Cara nya sangat Mudah dan senang berbekalkan keahlian RM75 sahaja tau. Semua menggunakan internet tak perlu mencari customer diluar , Tak perlu nak pergi pos barang semua di jari anda. 


Ada Grup tertutup kita akan ajar satu persatu. kita ada seminar juga dari upline saya dan boleh datang dirumah saya untuk kita sama-sama belajar mengembangkan lagi perniagaan kita ini.


Tengok link disini untuk jadi ahli:- 
http://mama2win.blogspot.com/2011/11/cara-menjadi-ahli-shaklee-dan.html

Berminat lebih lanjut :-

boleh hubungi saya di Facebook : AZLINA AZIZ 018 4044834 sms/whatapp. 

10oz sekali pump...


Kongsi kegembiraan dari salah seorang group penyusuan rahsia susu ibu banyak , mama wiwin tumpang gembira bila melihat kebahagian itu. 

Testimoni dari salah sorang customer saya :-
=================================

Salam pagi mommies! The greatness of ESP tht I've consume for a month+, morning pump. Minum air suam byk2 really help a lot!! As a working mom, I pump 3 times: morning, afternoon&evening. Total : 22+oz. But I knw ade mommies kt sini dpt more than I am & korg la pembakar semangat utk teruskn usaha pumpin' hihihihi.. :D tq uols! *hugs*





Bagi ibu-ibu yang berminat untuk dan ingin mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pengambilan produk ini boleh hubungi saya di AZLINA AZIZ 018 4044834 sms/whatapp. 
Layak Memasuki group penyusuan rahsia susu ibu banyak . Setelah pembelian produk ini dengan saya.  

Tuesday 18 December 2012

Fenomena Durian Crepe...Sedapnya

Sedapnya..bagi yang hantu durian seperti mama wiwin, malas buat beli jek..yg rajin jom kita cuba resepi ni :-

Bahan-bahan ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
mama wiwin mmg tak sempat lagi nak wat kwn2 yg rajin buat meh ler bg mama wiwin test rasa...hahaha .."malas punya org kasi makan nak jer..kekekeke

crdt to : my resepi & cikgu.com terbaekkk

Monday 17 December 2012

Busy Dengan Kerja , Badan Tak sihat Tetap 6oz - Pam Manual

Share Pengalaman seorang dari kawan-kawan group penyusuan :-

Alhmdllh..w/pun x berapa sht..dh dua hari pening kepala + busy dgn kerja..dlm 15 minit - manual pump.. ~ t'igt snyuman anak sblm g keje pg td..so sweet.. ~

Susu Tetap Ada Walaupon Anak Dah Setahun

Memang suka benar saya dengan EBM ila ni, saya tumpang gembira . kalau dulu mama wiwin simpan gambar EBM pon baguskan boleh bakar semangat kawan-kawan yang lain. Al maklumlah wiwin pon dah 6tahun. tahun depan tak sampai 2 minggu lagi si wiwin dah pon sekolah rendah. Darjah 1. Huargggghhhh Mama nak nangis... " air mata seorang ibu" mama wiwin ni memang cepat tersentuh .. hahaha. anak menang sukan nak nangis, anak tamat sekolah tadika dapat sijil nak nangis...  Touching u.

Dah dah nanti lari topik pulak.. Ni hah mama wiwin nak cerita . Walaupon si ila ni berkerja tak tentu masa tapi EBM dia banyak . suka sangat usaha gigih dia tu.. lihat stok EBM dia dibawah ni :- 

Tips-Tips Kumpul Susu Dengan Banyak


Lihat Hasil Rose , Ibu Berkerja tetapi boleh mendapat hasil stok EBM yang banyak sekali. Yang Best Tentang si Rose ni ibu ni sentiasa ceria  dan tenang. Sambil Pam melayan FB atau baca novel kadang-kadang sampai tak sedar susu pon hampir melimpah. Jangan Tak tau dia pon mempunyai anak kembar tau. Banyak kan EBM dia, dan dapatkan tips-tips untuk kumpul susu dengan banyak seperti ini.

- Positifkan diri semasa mengandung dan tetapkan dalam hati saya ingin menyusukan bayi saya sehingga 2 tahun.
- Cari Info-info berguna dan banyakkan membaca berkenaan penyusuan. 
- Berkawanlah dengan ibu-ibu yang dah berjaya dalam menyusukan anak secara ekslusif , bila kita start berkawan dengan org2 macam ni , secara tak langsung kita akan bersemangat untu menjayakan penyusuan untuk si manja kita nanti. Elakkan dari unsur-unur NEGATIF
- Sebaik bayi dilahirkan, jika bersama anda terus susukan bayi walaupon bayi belum pandai menghisap. kita harus menyusukan bayi sebaik melahirkan atau selepas satu jam melahirkan. Kerana KOLOSTRUM yg baik dan sangat penting utk si manja sudah tersedia untuk diminum..Dan paling UTAMA masa ni, hormone prolaktin berada pada tahap yg sangat tinggi. 
- Susu kita ni,lg kita pam,lg byk dia akn produce. Tak caya, cuba BUAT! "MORE DEMAND MORE SUPPLY"  Mula2 memg skit,tp percayalah,lg kita pam,lg byk susu kita akn terhasil..Bila kita rajin pam susu , susu akan refill dengan cepatnya. Kalau MALAS sendiri mau ingat..hehehehe.
-SOALAN yang sering di berikan pada saya, Kak anak saya ni asyik nak mengepeng je selalu bergayut, macam mana nak buat STOK kak, susahklah kak. pam mesti dapat sikit jek.Jika bayi minum sebelah kanan, sebelah kiri pam supaya dapat  buat stok. Tips yang mudahkan. Sebelah malam pulak bila bayi tidur mama bangunlah buat TEKNIK POWER PUMPING  memang sangat membantu.
- Bagi ibu yang berkerja cuba cari masa yang sesuai dapat pam waktu rehat pon kira sangat bagus. 
- Dapatkan rehat  dan Supplement yang terbaik , kerana ibu-ibu memerlukan pemakanan yang seimbang dan memastikan pengambilan makanan protien dan kalsium yang mencukupi. Mudah saja bagi ibu-ibu yang tiada masa boleh mengantikan dengan supplement SHAKLEE. Mudah dan ringkas.  
- Air Masak Minum 3-4liter sehari kerana di dalam tubuh manusia memerlukan air yang banyak disamping itu dapat melancarkan penghasilan susu.
- Badan yang letih, mengantuk, tiada zat , stress akan menganggu penghasilan susu dengan supplement akan dapat membantu si ibu lebih kekal cergas sepanjang tempoh berpantang dan penyusuan.
- Semasa pam susu boleh kot kita layan FB hehehe bg ibu-ibu gemar berFB, novel atau cerita lawak kalau mama wiwin suka lawak sepah terbaek..hahaha dah terleBIH suda... bila kita ceria dan tenang penghasilan susu lancar dan cepat. 
- PERINGATAN !! JANGAN MALAS MENGEPAM. gunalah pam yang sesuai dengan anda.
- Akhir sekali Bermohonlah pada NYA, Semoga diizinkan oleh ALLAH dapat kita menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun. Banyakkan berzikir. 

Harapan saya harap dapat membantu ibu-ibu yang ingin berjaya dalam menyusukan si manja sehingga berumur 2 tahun.

  
Seronok Melihat EBM yang banyak camginikan.. ESP banyak membantu rose untuk membuat stok EBM yang banyak dan pengambilan supplement ini sangat mudah. 

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk dan ingin mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pengambilan produk ini boleh hubungi saya di AZLINA AZIZ 018 4044834 sms/whatapp. 
Layak Memasuki group penyusuan rahsia susu ibu banyak . Setelah pembelian produk ini dengan saya.  

Sunday 16 December 2012

Dengan Set 3M Shaklee Tak Mustahil Boleh Kumpul 1316oz dalam 55hari.


Post Pagi Isnin Ni Testimoni dari Puan Shima dapat kumpul stok 1316oz  dalam masa 55 hari. Mustahil ke tak...hurmmm tak mustahilkan lihat hasilnya, terima kasih kerana puan shima sudi berkongsi dengan kita semua dan memberi perangsang pada mama-mama diluar sana. 
Jawapannya. Minum Air masak sekurang-kurangnya 3liter sehari, kerap susu kan bayi, bagi mama yang berkerja pam 3jam sekali, Sangat digalakkan mengambil supplement untuk membantu melancarkan penghasilan susu serta badan si ibu lebih cergas dan sihat.

Jom Lihat apa itu set 3M :-
1) Set B (vitamin C, Bcomplex, Multivitamin vitalea dan Alfalfa)
2) ESP (Energizing soy protein)
3) Ostematrik

Kelebihan :-
Set B - Mengandungi B complex dimana dapat mengawal dan menggelakkan stress. ibu lebih tenang dan ceria. disamping vitamin-vitamin yang terdapat dalam set B penting untuk kesihatan tubuh badan si ibu. Alfalfa da;am set B membantu sebagai penggalak susu, susu lebih lancar dan cepat dihasilkan.
ESP sebagai sumber protein utama untuk menyusu, dan sangat-sangat membantu dan ostematrik kalsium melengkapkan nutrisi penting untuk tubuh. Baik juga untuk si ibu jika mempunyai masalah sembelit. 

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk set ini dan ingin mendapat KONSULTASI PERCUMA sepanjang pengambilan produk ini boleh hubungi saya di AZLINA AZIZ 018 4044834 sms/whatapp. 
Layak Memasuki group penyusuan rahsia susu ibu banyak . Setelah pembelian produk ini dengan saya.  

Saturday 15 December 2012

Tips Melegakan Senggugut

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atay 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.


BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. . Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar. 




Tips untuk melegakan Sengugut :-

saya mengalami senggugut sejak remaja, sesudah berumahtangga dan selepas melahirkan . 
Cuma ia tidak terjadi setiap bulan. 
Tiada masalah dalam hal2 berkaitan sukar hamil.


Saya tidak pernah ke klinik utk rawatan, cuma mengamalkan rawatan cara yg ringkas.

1. Minum teh panas + madu lebah
2. Minum air halia panas.
(apa yg pasti elakkan minum ais kerana, setiap kali minum ais semasa haid- senggugut jadi semakin serius)
3. Bertungku atau gunakan beg air panas. Saya tekapkan di sekitar perut dan pinggang.
4. Makan ubat tahan sakit (pain killer) . ini tidak boleh selalu diamalkan.
5. Mandi air suam.
6. Memakai stokin utk tujuan panaskan badan. Waktu tidur juga saya pakai stokin. Saya gemar memakai stokin waktu malam walaupun bukan waktu haid.
Ini petua dari mak bidan sejak melahirkan anak sulung agar badan tak masuk angin sejuk.
7. Lumur minyak panas di sekitar perut, pinggang , tapak kaki dan perut betis.

8. Mengambil Supplement GLA shaklee, Ostematrik dan Bcomplex


Apa itu supllement shaklee GLA, Ostematrik dan Bcomplex

============================================
Shaklee GLA Complex 
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis

Shaklee Ostematrix
  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
Shaklee B-complex
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
Kalau ada yg sesuai boleh praktik, kalau rasa kurang sesuai - abaikan.

Muga tiada mudarat kpd sesiapa.kalau keadaan anda agak serius, sila berjumpa doktor.

Thursday 13 December 2012

CARA NAK KEKALKAN KETAHANAN EBM SEWAKTU PERJALANAN JAUH

Testimoni salah seorang dari Grup saya :

Alhamdulillah ni hasil mkn eu4 shaklee..hampir nk penuh bhgian atas utk tmpoh 12 hr.. mula simpn stok 2 dis lalu hingga hr ni.. blm bjy utk minum 3ltr air n pam 3jam sekali sb bby bf.. nk minta tolong.. "cmne nk bwk blk susu beku ni tanpa mencair utk tempoh p' jlnan 30minit.. risau nk bwk blk umh sendr sb pantg skg kt umh mak.."



Soalan yang cukup bagus untuk mommy-mommy nak pindah rumah selepas berpantang selalunya berpantang mesti dirumah MIL atau mak sendirikan. Lebih terjaga dan dilayan macam ratu..hehehehe. macam mama wiwin dulu-dulu. Oh !! bestnya. Mandi, makan minum semua disediakan, si wiwin pon MIL yang mandikan. Mama Bersenang lenang, bengkung pon org pakai kan,,. hohoho. Rindu saat sebegitu.. 

Sambung balik pada soalan tadi..  Mommy Takut Stok EBM cair didalam perjalanan kerumah sendiri. Barang-barang diperlukan :- 

Cooler box/ Gabus, Ice Cube/ice pack, Garam dan Towel kecil

Masukkan ice cube kedalam cooler box dan taburkan garam sedikit demi sedikit, untuk melambatkan proses pencairan  ice cube, susun EBM dan lapiskan dengan ice cube. Susun bertingkat2 . dah penuh . letak towel kecil atas EBM tadi dan taburkan garam, spray air diatas towel tu untuk mengekalkan kelembapan towel tersebut. 


Tutup cooler box dgn rapat dan letakkan dibelakang tempat duduk kereta kalau bonet suhu dia lebih panas,takut pulak cepat cair nantikan. Kekal tahan dalam masa 5-6jam perjalanan. 


Bila dah sampai ke destinasi yang dituju masukkan terus pada tempat beku, walaupon susu yang dibekukan kehilangan banyak nutrien tapi SUSU IBU lebih jauh berkhasiat.

Note : susu yang dibekukan jika cair mesti dihabiskan dalam masa 24jam. 

Happy Breastfeeding !!!


Wednesday 12 December 2012

KULIT KU SEMAKIN JELITA



Dengan mengamalkan Set D selama 2 bulan dan ESP selama 3 Minggu Inilah hasilnya. Cukup membanggakan untuk diri sendiri.




Set D - Skin Care Set 

B com, Vitamin C and Vitamin E.
Sangat sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin mencantikkan kulit dan mendapatkan struktur kulit yang halus dan cerah
Sesuai untuk mengatasi masalah kulit sensitif dan jerawat
Sesuai untuk mengurangkan kesan parut pada wajah dan badan
Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah nipple melecet

Sesuai untuk merapatkan keintiman / hubungan suami isteri
 



+



Berminat :-

SMS/PM/ Whatapps saya di 018 4044 834

Order Sekarang Dengan Harga Istimewa. 

Dapatkan Konsultasi Percuma Dari saya Setelah Pembelian Produk  Ini. 


Monday 10 December 2012

Normal? Rambut Gugur Selepas Bersalin

Cuti Umum utk org selangor jekkkkk...hehehehe. en somi kena kerja ari ni. sian..org keje key ell keje k. ngeeeee. Mama2 semua mcm mana cuti sekolah ni , ada yang jadi tarzan dak... kalau mama wiwin kat umh mmg mcm tarzan terjerit2 gak bila si wiwin buat sepah . kita kemas depan dia sepah dapur kita kemas bilik diorg sepah depan. Adoyaiiii . 

Saja nk panjangkan topikkan. ni ha nak story kawan kat kat grup penyusuan mintak pendapat .Rambut saya gugur banyak selepas bersalin. Normal ke?

Wednesday 5 December 2012

kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?


1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).

Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.

Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.

Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.

Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

Wednesday 28 November 2012

NAK KURUS SELEPAS BERSALIN DISAMPING MENYUSUKAN BAYI


Set slimming shaklee memang terbaik.. Nak kurangkan berat badan ketika sedang menyusukan anak? 
X perlu bimbang, set ni xganggu penyusuan anda, malah sangat memb
antu memekatkan susu ibu n cepatkan penghasilan susu

Jom Order sekarang. Macam Mana Nak Beli , Boleh Komen dibawah saya akan PM anda semua.


Cara membuat pesanan:
  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya. 
  • Anda juga boleh terus kecawangan shaklee berdekatan anda dan membuat pembelian menggunakan ID: 882909 untuk pembelian pada harga ahli. Setelah pembelian bagi saya invoice dan saya akan memberi konsultasi percuma sepanjang pengambilan produk.

Monday 26 November 2012

9 PEMAKANAN - ANAK MEMBACA AL-QURAN KETIKA BERUSIA 3 TAHUN




Pemakanan yang membentuk perkembangan otak bayi.  Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. 

kredit to kak lina karim : blog DarwishDarwisya..

mama diluar pernah baca tak dimana kedua-dua anaknya boleh menghafal Al-Quran dan menghafal 30 surah Al-Quran semasa berumur 3tahun.  

9 PEMAKANAN YANG BANYAK KEBAIKANNYA PADA OTAK
===========================================

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 

2) Kismis 
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran; 
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26) 

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin 
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1). 

Sabda Rasulullah s.a.w. 
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha 
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan. 

Resepi dari kak lina karim:-

Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita.  Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.

Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..
Ni suapan yang ketiga ni!

Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi.  Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan!

Ekstrak Daun Zaitun dan Air Surah Taha adalah cecair, maka ia bergantung kepada kecairan atau kepekatan yang kita inginkan semasa mencampurkannya. Kedua2 ini boleh dibacakan serentak. Semasa membacakan surah ke atas air, pastikan bukan hanya cukup untuk mencampur kedalam resepi ini sahaja. Buatlah lebih supaya ia boleh digunakan sebagai air minuman anak kita. 90% badan kita terdiri dari kandungan air. Air yang baik boleh menyuci dan melembutkan hati dan jiwa mereka. InsyaAllah.


Jom Kita cuba resepi di atas mudah-mudahan dapat membantu kita mendidik anak-anak  kita menjadi anak  yang soleh dan solehah. Dan dapat membentuk perkembangan otak anak kita lebih bijak dan pandai dalam hal keagamaan.

kredit to kak lina karim...

Friday 23 November 2012

18SX... HANGATKAN HUBUNGAN CINTA


Dingin Seks Selepas melahirkan ... Oh TIDAK !!!!!!!!!!!!!


Jom Hangatkan semula hubungan yang sudah sekian lama terjalin jangan jadikan satu alasan untuk tidak bersama pasangan..Penat bekerja , Letih di rumah , melayan anak-anak. Bahagi lah masa bersama berdua untuk menikmati hubungan yang segar seperti dulu..


Vitamin E , terbaik untuk Si suami 

1) Memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma lelaki supaya dapat bertemu dengan ovum. 
2) Merupakan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dalam tubuh badan daripada merosakkan sperma dan ovum. Oleh itu, pengambilan Vitamin E yang mencukupi adalah penting bagi menjaga kualiti sperma yang dihasilkan. Taknak la nanti ada risiko dapat anak yang tak sempurna...
3) Merangsang LIBIDO iaitu keinginan seks, kerana ia meningkatkan paras testosteron dalam badan. Kekurangan testosteron menyebabkan nafsu semakin menurun dan stamina semakin berkurangan.
4) Vitamin E Shaklee disertai dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa Selenium. Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Alfalfa produk terbaik untuk si isteri
1) Merawat masalah keputihan yang sering dialami oleh golongan wanita. Pastinya masalah keputihan ni harus dibendung secepat mungkin bagi mengelakkannya jadi lebih teruk. 
2) Memberi keselesaan sewaktu melakukan hubungan intim. Tidak mustahil untuk mengulangi pengalaman malam pertama :)

Jangan Malu dan Segan Apa Tunggu Lagi ...


Cara membuat pesanan:
  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya. 
  • Anda juga boleh terus kecawangan shaklee berdekatan anda dan membuat pembelian menggunakan ID: 882909 untuk pembelian pada harga ahli. Setelah pembelian bagi saya invoice dan saya akan memberi konsultasi percuma sepanjang pengambilan produk.

TIPS-TIPS BAHAGIAKAN SUAMI DALAM HUBUNGAN INTIM


Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cuku
p memuaskan hati suami anda? 

Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kpd pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.

Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

2) Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tpt tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami utk bercinta dgn anda.

4) Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau siteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..

Sayangnya, dlm perkara ini yg aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

5) Penuhi Kehendaknya
Dlm bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yg diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.

7) Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jgn sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yg sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami utk bercinta.

8) Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

9) Tidak Mengeluh
Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yg suka berbual. tetapi perkara ini jgn diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dlm menikmati percintaan.

11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemstian dlm bercinta, katalah isteri tidak suka apa yg dilakukan oleh suami, jgn sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yg seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yg begini akan menambah semangat suami dlm bercinta.

12) Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, jgn lupa utk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dgn pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jgn dicela. Dgn cara yg baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.

"SELAMAT MENCUBA"

OUCHHHH...ELAK DIGIGIT KETIKA PENYUSUAN


Di Group penyusuan seringkali mama-mama bertanya "macam mana yer nak buat bila baby dah start mengigit ..Ouccchhhh rasa mcm nak cubit, hehehe

Hari ni terbaca di majalah Pa & Ma nampak tips-tips ni disana. Mudah-mudahan membantu mama-mama diluar sana. Mama Wiwin juga pernah mengalami situasi yang sama ketika menyusukan si kembar ...mmg perit siap jerit lagi sampai si kembar terkejut. HAHA.

Bagi bayi yang nak tumbuh gigi , gusi mereka dah terasa gatal-gatal jadi memang inilah masanya si mama kena berwaspada, hati-hati terkena GIGITAN si manja. 

Kesannya boleh mengakibatkan puting kesakitan dan lama-kelamaan menimbulkan masalah untuk anda meneruskan penyusuan eksklusif.

Jom baca tips -tips di bawah :-

1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.
Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.
Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.

3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.
Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.


7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!

8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.