Wednesday 30 January 2013

Berkat Produk Shaklee Susu Melimpah Ruah

Jom mama wiwin nak show uolss testimoni 
Sebelum ni tgk stock susu org je byk..sekarang Alhamdulillah..berkat produk SHAKLEE susu melimpah ruah..sy surirumah..boleh je direct feed baby..tp baby cepat kenyang stp kali lepas menyusu..susu bengkak sesgt dah..sbbtu wat stock..dulu mase anak 1st xambil shaklee sekali pump nak dpt 1oz pun ssh.. :)



Tips Penyusuan, hamil dan berpantang klik sini :-
http://mama2win.blogspot.com/2013/01/susu-merudum-berdoa-mengepam-df.html
Jika Anda Berminat dan ingin membuat sebarang pembelian serta KONSULTASI PERCUMA sepanjang pengambilan produk ini 

PM sy di FB Azlina Aziz / Azlina Aziz II harga yg ISTIMEWA!!
Cara membuat pesanan:

Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan

Susu Meriah, Resdung Kronik Berkurangan, Kulit semakin Putih

Syukur diizinkan Allah saya boleh berkongsi cerita dengan uolss semua. Selamat pagi semua , selamat datang ke blog mama wiwin...

Jom Kongsi kegembiraan 
Tak pernah terfikir langsung! skrg saya consume ESP+Alfafa+Oste. Syukur pada Allah banyak perubahan hidup saya. selain susu meriah. Officemate pun tegur kulit semakin putih. Sya juga adalah penghidap resdung kronik hingga sentiasa bergantung pada ubat & nasal spray sbb hidung sentiasa tersumbat dgn amalkan alfafa berterusan resdung saya juga semakin berkurangan. Syukur sgt2.


Tips Penyusuan, hamil dan berpantang klik sini :-
http://mama2win.blogspot.com/2013/01/susu-merudum-berdoa-mengepam-df.html
Jika Anda Berminat dan ingin membuat sebarang pembelian serta KONSULTASI PERCUMA sepanjang pengambilan produk ini

PM sy di FB Azlina Aziz / Azlina Aziz II harga yg ISTIMEWA!!
Cara membuat pesanan:

Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan

Tuesday 29 January 2013

Vitamin Shaklee - Cara Makan Supplement



1. Energizing Soy Protein (ESP)
Elok diambil waktu pagi semasa perut kosong, ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding waktu lain. Maka, semua asid amino dapat diserap dengan baik.

2. Alfalfa Complex
Jangan diambil bersama Vitamin E atau GLA. Kerana ianya akan mengganggu penyerapan vitamin E jika diambil bersama. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat sangat suka menyerap lemak yer...perlu inagt tu ;-)

3. Ostematrix sebagai Sumber Kalsium
Elok diambil sebelum tidur. Tidak boleh diambil bersama iron (sumber iron adalah Vita-Lea Multivitamin)

4. Vita-C Sustained Release 
Jika anda selsema dan demam, bolehlah dipatahkan dua vita-C sebelum ditelan. Ianya juga boleh dilarutkan dengan sedikit air untuk dijadikan masker muka.

5.Vita-Lea Multivitamin
Jangan diambil bersama minuman bersusu dan sumber kalsium lain seperti Ostematrix kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi (iron). Baik jika diambil bersama vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap. Di dalam Vita-Lea ada mengandungi 60mg Vitamin C.

6. Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)
Diambil selepas mengambil makanan berlemak/ berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein.
Ianya boleh mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin. Jikalau nak amik minuman berkafein gak...amik la 1/2 jam sebelum atau selepas makan vitamin yer ;-)

Testimoni Hamil



Alhamdulillah ini semua dari Allah, Kita mampu berusaha dan bertawakal kepadaNya. Tanpa berputus asa Dengan set kesuburan shaklee ni dia di sahkan mengandung dalam tempoh 2 bulan pengambilan produk.

Isteri 
GLA + Alfalfa - Betulkan Hormon
ESP + Bcomplex with asid folic - Kesan yang lebih baik

Suami
Zink + Vit E - Memekatkan sperma

Jika Anda Berminat dan ingin membuat sebarang pembelian serta KONSULTASI PERCUMA sepanjang pengambilan produk ini 


PM sy di FB Azlina Aziz / Azlina Aziz II  harga yg ISTIMEWA!!
Cara membuat pesanan:

  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Simptom Simptom Di Awal Kehamilan.

Alhamdulillah , Selamat pagi mama mama semua. Adoiyaiiii dh 5 hari tak update blog naik bersawang dah sib baik tak berkulat...kekekekeke.
Mama Wiwin last week ke mersing abang bertunang sehingga hari isnin kak selangor dan wilayah cuti apalagi jalan lah.. Mak aiii first time sampai mersing jauh jugak ek . hampir 6-7jam. Tapi pengalaman best dapat duduk chalet betol-betol depan pantai, angin malam sejuk dan best sangat. 
Ceria tak pagi anda semua ari ni, harap2 lebih ceria dari semalam .Mama Wiwin doakan semuga pembaca blog ni lebih cergas , sihat dan ceria selalu . okeyyyy. 

Nak citer bab hamil utuk hari ni.. Credit to Dr Suhaimi (Kelinik Wanita).

Apakah simptom-simptom kehamilan dan apa yang anda perlu lakukan?
        a. Haid Terlewat

Menanda hari pertama haid keluar setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Ada ibu yang datang bila saya tanya bilakah hari pertama darah haid terakhir, ramai yang tidak pasti. Kami kira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir!

Kami menggunakan formula Naegele untuk mengira ‘due date’. Terdapat perbezaan tarikh ‘due date’ jika kita menggunakan carta roda obstetrik yang banyak klinik-klinik pakai. Perbezaan mungkin dalam beberapa hari sahaja.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tarikh ‘due date’ jauh berbeza dengan tarikh ultrasound. Di antaranya adalah haid tidak tetap, penyusuan badan dan pengambilan pil-pil hormon, suntikan dan Implanon sebagai cara mencegah kehamilan.
Lebih kurang 40% hari.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda tidak pasti bila haid turun atau anda menyusu badan atau menggunakan hormon perancang?

Mudah saje. Segera mendapatkan imbasan ultrasound. Di antara 8 hingga 13 minggu, ultrasound memberikan ukuran yang paling tepat kalau dibandingkan dengan kandungan pada trimester 2 dan 3. Jika terdapat lebih dari 2 minggu perbezaan dari tarikh mengikut haid, maka tarikh ‘due date’ menggunakan ultrasound boleh dipakai.

Kelebihan lain selain dari untuk tarikh, ultrasound juga digunakan untuk menentukan yang kehamilan itu berlaku dalam rahim, bukan kandungan molar dan bukan juga kes-kes keguguran.

         b. Loya dan Muntah

Ini adalah lumrah pada trimester 1 dan boleh berlaku bila-bila masa dan kadangkala sepanjang mengandung. Muntah selalunya akan hilang selepas 16 minggu. Dalam entri yang lalu saya telah bincangkan dengan terperinci. Anda boleh semak semula.

        c. Kerap Kencing

Ini disebabkan pengeluaran air kencing banyak semasa hamil kerana volum plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.
·         
d. Keletihan/Kepenatan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Ini akan hilang selepas 12 minggu.

         e. Payudara Bengkak, Sakit dan Sensitif

        f. Pergerakan Bayi

Biasanya pada usia kandungan 20 minggu bagi anak pertama dan 18 minggu anak kedua ke atas.

Apakah ujian awal yang anda bolih lakukan sebelum berjumpa dengan doctor untuk ultrasound?

Sudah tentu ujian air kencing/Urine Pregnancy Test (UPT). Saya rasa tunggu seminggu lewat baru ujian UPT dilakukan. Di luar sana banyak kit-kit ujian air kencing. Jadi yang mana elok? Terdapat 2 jenis ujian UPT ini. Kebanyakkan ujian kit UPT hanya akan positif jika paras hCG dalam air kencing lebih dari 50 IU/l. hCG adalah hormon yang dihasilkan oleh tisu trofoblastik kehamilan. Kit-kit ini murah dalam RM 10 sahaja. Ada juga kit-kit ujian UPT ini yang boleh positif biarpun paras hCG dalam kencing serendah 25 IU/l. Kit-kit ini selalunya lebih mahal dalam RM 30-40.

Dalam kes-kes yang ‘doubtful’/kurang pasti sama ada seseorang itu mengadung atau tidak, hCG juga boleh diukur dengan menggunakan darah. Ujian hCG menggunakan darah amat sensitif dan telah menunjukkan positif selepas persenyawaan berlaku!

Paras hCG dalam darah akan meningkat 2 kali ganda setiap 48 jam bagi kehamilan yang normal. Jika kandungan etopik, kenaikan paras hCB tidak 2 kali ganda. Bagi kandungan Molar pula, paras hCG adalah amat tinggi sekali.


Menggunakan ultrasound pada peringkat awal kehamilan, mungkin sukar kerana di bawah 6 minggu amat sukar melihat embrio dalam kantungnya. Bagi saya dapat melihat kantung kandungan sudah mencukupi bagi peringkat awal dan saya akan sahkan embrio ada 2 minggu kemudian. Paling awal jantung embrio dapat dilihat dengan ultrasound adalah 6 minggu jika kita scan dari bawah/vagina dan 7 minggu jika ultrasound secara biasa. Janin akan mula bergerak seawal 9 minggu. Pergerakan ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan ultrasound.

Kesimpulan dari perbincangan di atas, jika anda berasa anda hamil, lakukan ujian UPT selepas seminggu lewat haid dan waktu yang sesuai untuk ultrasound adalah 7 minggu. Ujian ultrasound pada awal kehamilan mempunyai banyak kebaikan selain dari mengesahkan anda hamil ianya juga membantu mengesahkan usia kandungan, di mana kehamilan ini berlaku dan memastikan kandungan bukan kandungan Molar dan keguguran.

Anda masih berusaha untuk hamil?

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^
Jadi, kawan-kawan yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda.

Jadi, penting ya kawan-kawan untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Testimoni kawan saya :-
http://mama2win.blogspot.com/2012/11/saya-nak-mengandung.html

Thursday 24 January 2013

Persediaan Untuk Menyambut Cahaya Mata

Mama-mama yang sedang menunggu hari ni mesti tak sabar sabar nak menimang cahaya mata especially anak pertama kan.. Dah Buat persedian ke belum
1)      Persediaan Kewangan
Persediaan kewangan untuk menyambut si comel memerlukan perancangan dan persiapan yang rapi mengikut kemampuan supaya kelengkapan dan peralatan penting dapat disediakan. Banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya mengenai barang-barang dan keperluan ibu dan bayi, pemilihan hospital swasta atau kerajaan, penjagaan ibu selepas bersalin dan banyak lagi. Perbincangan dengan kedua pihak suami dan isteri sangat penting supaya masing-masing dapat mengetahui kedudukan kewangan masing-masing dan dapat berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
2)      Persediaan Kesihatan dan fizikal.
Kesihatan ibu yang mengandung sangat penting untuk dijaga supaya bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat dan aktif. Makanan yang mempunyai khasiat dan sumber zat vitamin yang tinggi sangat penting untuk diambil terutamanya di awal kandungan. Ada yang mengalami alahan yang teruk dan ada juga yang langsung tidak mengalami apa-apa masalah di awal kandungan hingga bersalin. Para suami perlu sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan isteri dan banyak membantu meringankan tugasan isteri di rumah seperti memasak, sidai baju dan sebagainya. Ini kerana si isteri yang mengandung biasanya cepat letih terutamanya di trimester yang ke-3.
3)      Kerjaya- jangan bebankan diri dengan kerja yang berat.
Bakal ibu masih lagi perlu bekerja seperti biasa walaupun sudah berbadan dua lantaran amanah yang telah ditanggungjawabkan. Walaubagaimanapun ketika ini perlulah dikurangkan bebanan kerja dan dikehendaki banyak berehat. Bukanlah sampai tidak buat kerja langsung tetapi kerja yang diberi bersesuaian dengan keadaan kesihatan si ibu mengandung.
4)      Lakukan rutin harian seperti biasa.
Rutin harian sebagai isteri tetap perlu diteruskan di rumah. Bukanlah istilah banyakkan berehat semasa mengandung boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan apa-apa kerja dan makan dan tidur sahaja. Cuma kurangkan melakukan aktiviti yang lasak dan kerja-kerja yang agak berat dan mintalah bantuan anak-anak yang sudah besar ataupun dari suami tersayang. 
5)      Membeli peralatan dan kelengkapan bayi.
Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai waktu bilakah yang sesuai untuk membeli peralatan dan kelengkapan bayi. Ada yang berpandangan elok beli dari awak sikit-sikit supaya ketika masa hampir bersalin nanti tidaklah perlu lagi berjalan-jalan di ‘Shopping Mall’ dalam keadaan perut dah memboyot.
Apa-apa pun terpulang kepada kesempatan masing-masing dan eloklah beli sikit-sikit tapi janganlah beli terlalu awal. 
6)      Memilih hospital.
Pemilihan hospital dari awal lagi juga sangat penting dengan mengambil kira faktor kewangan, lokasi dari rumah atau tempat tinggal, keselesaan, pemilihan doktor lelaki atau perempuan dan sebagainya.
Hospital kerajaan dan swasta masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda bebas memilih untuk keselesaan si ibu dan juga si comel yang sudah tidak sabar-sabar melihat dunia baru. Eloklah membuat perbandingan dan pergi ‘survey’ sendiri supaya mudah pada hari mahu bersalin nanti.
7)      Berbincang dengan ibu dan ibu mertua.
Hal ini nampak saja remeh tetapi perbincangan perlulah dilakukan oleh kedua belah pihak supaya tidak berlaku perebutan siapa yang mahu menjaga si isteri ketika berpantang nanti. Keselesaan si isteri yang baru bersalin juga perlu diambil kira. Berbincanglah secara baik dan terangkan kepada ibu atau si ibu mertua supaya salah seorang dari mereka tidak berkecil hati.
Semoga tips dan panduan ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua…

Supplement Untuk Ibu Sakit Pinggang Ketika Mengandung

Selamat pagi jumaat mama mama semua, hari ni hujan di awal pagi, kat sekolah wiwin ada pertandingan mewarna bagi tahun 1,2,3 jadi tak payah lah mama susah-susah nak gosok baju. perkara yang paling tak suka gosok baju.. bley . HAHAHA 

Shttt malu kat orang.. kekeke. 

Ni ha nak citer dlm minggu ni mmg ramai yang rembat Ostematrik kalsium . nak nak nyer mama yang sdg pregnant. Mereka tak lalu minum susu so apa lagi bertukarlah dgn tablet kalsium. siap beli 2 3 botol utk buat stok. 

Tablet Ostematrix adalah pilihan tepat anda , Kenapa?
Baik Untuk yang mengalami kaki kejang / cramp, bisa-bisa
Bagus Untuk pelawasan (sembelit)
Untuk Pembentukan janin bayi 
Melegakan migrain
Mencegah Osteoporosis
Tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi 
Melegakan sakit pinggang

Kalsium

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih 90% benda keras dalam tulang dan gigi. Sangat diperlukan dalam pembentukan dan mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.  Jika Ibu mengalami gusi berdarah semasa sedang hamil, kalsium sangat bagus kerana ia bantu dalam proses pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf serta kontraksi otot.







PM sy di FB Azlina Aziz harga yg ISTIMEWA!!

Cara membuat pesanan:
Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan. / KOMEN saje dibawah —

Wednesday 23 January 2013

Jom Cuba Kaedah Menambah Pengeluaran Susu Ibu

(1) Tambahkan kekerapan dan masa mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan demand-supply, bermaksud semakin banyak demand semakin banyak supply yang dihasilkan. Tambah kekerapan menyusukan bayi secara terus sewaktu berada bersama bayi. Setiap kali selepas menyusukan, perah susu bagi menghantar mesej kepada badan untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Jangan kecewa sekiranya susu yang berjaya diperah tidak banyak, kerana tujuan asal adalah untuk menambahkan pengeluaran susu. Menurut kajian, susu lebih banyak dihasilkan pada waktu pagi. Oleh yang demikian, bangun pada pukul 3:00 atau 5:00 pagi untuk memerah susu.

(2) Menggunakan kaedah double-pumping
Sekiranya hanya mempunyai single-pump, anda boleh menyusukan bayi sambil memerah susu. Ramai ibu-ibu yang telah berjaya setelah mencuba kaedah ini. Kesabaran adalah penting kerana biasanya kesan hanya dapat dilihat selepas 2 minggu.

(3) Melalui pemakanan
- Minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari
- Air soya
- Air barli
- Jus pegaga
- Air rendaman halba
- Air rebusan longan kering (Boleh didapati di Giant)
- Ulam jantung pisang
- Lobak putih masak bening
- Oats
- Kurma
- Madu
- Milkmaid tea ( Boleh dibeli di kedai-kedai online)
- Betik muda masak bening

(4) Pengambilan Vitamin lebih mudah dan ringkas. Jangan Lupa mendapatkan konsultasi yang betul semasa pengambilan vitamin tersebut

Berbincanglah dengan pakar sekiranya susu masih tidak mencukupi. Elakkan daripada meminta pendapat orang yang kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. 

Semua terletak ditangan mama mama semua.




Set Penyusuan Lengkap ini Mengandungi :- 

 1 . Vitalea (multivitamin) meningkatkan tahap imunisasi badan 
2. Bcomplex with asid folic dapat mengawal stress dan memberi tenaga
3. ,Alfalfa  mengatasi keputihan dan sebagai perapat serta milk booster
4. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria

BONUS : membantu membakar lemak (utk pelangsingan badan bg ibu) 
5. Ostematrik(kalsium) mengatasi lenguh lenguh sakit pinggang dan lutut juga sbg milk booster 
6. ESP mencantikkan kulit disamping memberi tenaga serta sebagai pengalak susu

PM sy di FB Azlina Aziz / Azlina Aziz II  harga yg ISTIMEWA!!

KONSULTASI PERCUMA MENANTI ANDA , Sepanjang pengambilan produk ini.

Cara membuat pesanan:

  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Tuesday 22 January 2013

5 rahsia kekal sihat cara Tun Dr. Mahathir

Hah.. Tun Dr Mahathir pon ambil supplement multivitamin shaklee 

1. Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4 – Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

Info
Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

credit : sususejat.com
Nak kekal sihat dengan multivitamin klik link ini:-
http://mama2win.blogspot.com/2013/01/kenali-perbezaan-multivitamin-vitalea.html

Kenali Perbezaan (Multivitamin) Vitalea Shaklee dgn Vitamin lain

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

Adakah Lelaki Perlukan Makanan Tambahan Untuk Tenaga

Mama wiwin berpendapat  lelaki perlu mengambil supplement kerana mereka lebih cenderung mendapat penyakit jantung di sebabkan stress di tempat kerja, Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun.


Monday 21 January 2013

Panduan Pemakanan dan Aktiviti Yang bagus Untuk Merangsang Otak Anak Pintar


Benarkah anak yang bijak bermula dari dalam rahim ibu dan diawal usia muda anak-anak. Perlukan masa pengorbanan dan usaha kedua ibu bapa. 

Perasankah anda? Mengapa di barat anak mereka lebih bijak.

Jom Tingkatkan Kecergasan Otak Anak

Salam selasa utk semua, baik yang berkerja atau surirumahtangga macam mama wiwin...hehehe . Amboi eksen yer dh tak keje lah katakan. Tahun baru semangat baru, macam mana mama mama yang lain...Alhamdulillah walaupon azam thn lepas saya dah dimakbulkan oleh Allah. Semoga azam tahun ni juga akan dimakbulkan oleh Nya. Amin.

Nak cerita sikit ni, sekarang mama wiwin bagi si kembar tiap pagi MEALSHAKE dan malam Omega Guard sebagai makanan tambahan untuk mereka. Untuk kesihatan dan kercergasan mereka berdua. 

Susu Merudum!!!! Berdoa, Mengepam, DF & Supplement sangat Penting

AMALAN, DOA DAN ZIKIR UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU
=======================================
Pesanan..mommies diluar jgn tension2 ok jika susu merudum. Jgn Lupa Mengepam dan pengambilan supllement yang betol serta  banyakkan berdoa semoga susu bertambah meriah.

Rahsia Susu Ibu Meriah - 100oz Seminggu


Rahsia SUSU IBU meriah!
- Susu dihasilkan 2-3kali ganda dari biasa 
- Susu dihasilkan dengan cepat dan lancar 
- Susu lebih pekat berkrim

Saturday 19 January 2013

Resepi berpantang -Sup Ikan Haruan

Halu..haluuu haluuu mama wiwin in the haus..Bagi mama mama  yang lepas melahirkan anak selamat berpantang . Jom tengok resepi dalam berpantang. 


Friday 18 January 2013

Vit E & Zink Shaklee Membantu dalam Masalah Kesuburan

Tingkatkan kesuburan dengan Vitamin E dan Zinc
===================================
Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Thursday 17 January 2013

Mencuci Minda/Hati - Untuk Lebih Berjaya Dan Gembira

“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Alfalfa Dan Esp Membantu Dalam Penyusuan Saya Tanpa Bantuan Susu Formula

Assalamualaikum semua, macam mana pagi anda semua ada yang terkerjar-kejar nak pi hantar anak sekolah ker.. heehee macam-macam pengalaman kan termasuklah mama wiwin sendiri. Hari ni wiwin ok ok jer cuma ada lah regekkan budak darjah 1 ni nak suh mama yang pakaikan baju . 

Hari ni mama wiwin nak citer pasal ESP dan Alfalfa. Khasiat dan Testimoni dari customer.


Alfalfa ni bagi kawan-kawan yang tak tahu baik tau utk masalah keputihan dan untuk hubungan intim bertindak sebagai Kacip Fatimah.. Rugi woooo tak cuba. Dengan pengambilan yang konsisten dan air masak cukup 3-4liter sehari payudara akan cepat penuh dan berat ini bermakna penghasilan susu lebih cepat dan lancar dihasilkan. Bagi yang mengalami sembelit baik untuk melegakan sembelit dan menghilangkan kelesuan.



ESP shaklee ramai para ibu di luar sana mengetahui khasiat dan kebaikan mengamalkan secara konsisten ia membantu dari  aspek luaran dan dalaman. Dimana Luaran kulit kelihatan cantik , gebu dan cerah. Menganjalkan kulit kendur dan merawat kulit kusam. Komponen utama susu ibu adalah protein, jadi pengambilan ESP membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat,lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
Membakar kalori sehingga 35% dan memberi rasa kenyang lebih lama. Sebab tu ramai yg berjaya kurangkan berat badan dengan ESP dengan pengambilan sebelum makan.

Alfalfa dan ESP membantu ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ibu perlu memilikinya sekarang.  Bukan hanya untuk 'boost' supply susu, tapi ia juga membantu memberi tenaga, badan ibu semakin sihat dan kurang letih apabila anak selalu meragam.


Lihat Testimoni:-



Jom dapatkan Alfalfa & ESP hari ini!!
PM sy di FB Azlina Aziz II harga yg ISTIMEWA!!


Cara membuat pesanan:


  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya. (Note : ESP tiada percubaan)
  • Anda juga boleh terus kecawangan shaklee berdekatan anda dan membuat pembelian menggunakan ID: 882909 untuk pembelian pada harga ahli. Setelah pembelian bagi saya invoice dan saya akan memberi konsultasi percuma sepanjang pengambilan produk.

Wednesday 16 January 2013

Dengan ESP Susu Lebih Pekat Selepas Pengambilanya

Kenapa??
Komponen utama susu ibu ialah PROTEIN dan KALSIUM. Jadi pengambilan ESP sebagai sumber protein utama untuk ibu menyusu memang sangat membantu mendapatkan susu yg lebih pekat dgn lebih cepat..

Susu pekat/hindmilk ini terdiri daripada kandungan air rendah, kandungan lemak tinggi - hasilnya >> ramai ibu2 yang mendapati bayi mereka mudah kenyang, tidur lebih lena dan kurang meragam.. 

** NOTE : Bukan kata susu cair tidak punya antibodi ye.. cuma susu cair/foremilk ini terdiri daripada kandungan air tinggi, kandungan lemak rendah >> untuk menghilangkan dahaga bayi.

**INFO : Tidak semua susu ibu mengandungi zat dan khasiat lengkap kerana gaya hidup dan cara pemakanan yang tidak teratur menyebabkan susu ibu kekurangan nutrisi. 


Testimoni:-


Jom dapatkan ESP hari ini!!
PM sy di FB Azlina Aziz II harga yg ISTIMEWA!!


Cara membuat pesanan:

  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya. 
  • Anda juga boleh terus kecawangan shaklee berdekatan anda dan membuat pembelian menggunakan ID: 882909 untuk pembelian pada harga ahli. Setelah pembelian bagi saya invoice dan saya akan memberi konsultasi percuma sepanjang pengambilan produk.