Monday 28 May 2012

KENAPA AMBILVITAMIN PERLU MINUM AIR YANG BANYAK




Ada customer yang menyoal kepada saya kenapa saya sakit pinggang dan pening semasa mengambil produk , kenapa saya membuang air kecil , air kencing berwarna hijau, Kenapa saya berasa dahaga dan panas sejak mengambil vitamin...Ada yang bertanya juga susu badan semakin berkurang sejak mengamalkan set breasfeeding shaklee........ Setelah diselidik kesemuanya, hanya satu jawapan saja 

KURANG AIR

mereka tidak meningkatkan pengambilan air selepas mengambil suplemen vitamin. Lalu menyebabkan mereka mengalami healing crisis yang teruk.


Mengapakah perlu banyak air apabila mengamalkan suplemen?

(1) Suplemen vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, berbanding vitamin dalam makanan yang biasa kita makan. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan oleh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Sebaliknya suplemen vitamin terus dalam bentuk yang ringkas.


Analoginya, satu gelas air cukup untuk melarutkan 1 sudu gula, tapi kita perlukan lebih air untuk melarutkan 1 senduk gula.

(2) Suplemen vitamin memerlukan air untuk membuang toksin dalam badan.


Analoginya, bila kita basuh kotoran dengan air sabun, kita perlu lebih air untuk membersihkan sisa sabun itu pula.
Jadi, pengambilan air bukan main-main bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan melebihi 3 liter sehari. Jangan risau kalau asyik rasa nak ke tandas (sebenarnya cuma persepsi saja).


Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya.



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mama untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan mama.
BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA

HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Friday 25 May 2012

SUSU IBU VS SUSU FORMULA

Selamat pagi semua mama - mama di luar sana yang sentiasa sihat dan ceria disamping bayi  yang comel dan aktif . Untuk memastikan bayi kita sihat dan sentiasa cergas hari ni jom kita kongsi bersama kebaikan susu ibu berbanding susu formula yang kita boleh beli di pasaraya, hypermarket, kedai ubat, diluar sana.. . melambak pilih je apa jenama yang kita nak beli dari yang harga yang murah sehingga yang mahal...
Bagi mama-mama yang baru melahirkan bayi tu harap dapatlah memberi sepenuhnya pada bayi kita susu ibu, susu kita sendiri yang tak dapat kita beli diluar atau pon dipasaraya-pasaraya ternama. 


Jom kita senaraikan apa kebaikan susu ibu VS susu formula :-

TANDA-TANDA ANDA HAMIL

Rajinnye lah mama wiwin hari ni mengupdate blog... hehe. memandangkan mama wiwin pon bercadang nak mengandung lagi jom kita kongsi bersama-sama kawan-kawan yg diluar tu...


Firstly, benda yang salalu akan kita tengok pada tarikh kedatangan haid seseorang. tapi tak aci juga sebab ada sesetengah wanita ada yang datang haid 2 3 bulan sekali. Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 
keduanya , Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan kita berasa seperti baru selesai berlari sedangkan hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
sambungan :-

PERKEMBANGAN FETUS ANDA

Hamil? Tahniah! saya faham yang ibu mengandung memang banyak soalan, termasuk bagaimana berjimat bila membeli baju materniti! kesihatan pranatal, perkembangan fetus, diet kehamilan dan proses kelahiran dan bersalin. Ibu baru juga boleh mendapat lebih maklumat mengenai penjagaan selepas bersalin, termasuk berpantang.
Sekarang banyak informasi-informasi yang boleh kita tengok contoh di internet, majalah dan surat khabar. Teruja mama wiwin nak pregnat lagi... ngehngehngeh... kali ni nak kembar 4 pulak..larat ke nak bawak perut tu sok mama oiiiii.... 
JOM KETAHUI , Perkembangan fetus anda

Trimester pertama
Persenyawaan 4 minggu 5 minggu 6 minggu 7 minggu 8 minggu 9 minggu 10 minggu 11 minggu 12 minggu 13 minggu

Trimester kedua
14 minggu 15 minggu 16 minggu 17 minggu 18 minggu 19 minggu 20 minggu 21 minggu 22 minggu 23 minggu 24 minggu 25 minggu 26 minggu 27 minggu

Trimester ketiga
28 minggu 29 minggu 30 minggu 31 minggu 32 minggu 33 minggu 34 minggu 35 minggu 36 minggu 37 minggu 38 minggu 39 minggu

sambungan 

Thursday 24 May 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN



Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W


Tazkirah kita di hari jumaat ini.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Monday 21 May 2012

TAZKIRAH : KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. 

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)



CREDIT : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com


SAYA SUKA SUSU SAYA PEKAT KEKUNINGAN

Testimoni dari liza "sejak amik ESP...saya realize susu bertambah pekat , cantik je bila tengok dl agak cair kit, ESP membantu sy memekatkan susu..suke suke..suke" 

Testimoni Siti Ainani " ni lah hasilnya sya perlukan deep freezer. Ada separuh EBM lg simpan kat umah kakak dan kat rumah mak Alhamdulillah , Pengambilan Ostematrik dan ESP dan rajin pam"



BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA
HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

KAWAN-KAWAN PUJI SUSU BANYAK

 Seronok dengar geng gbs izura mohammad bercerita nak baca Jom tengok " dalam keadaan tak tenang nak cepat-cepat pon boleh pam 9oz susu apalagi dalam keadaan tenang dia dapat mengepam 12oz stok susu.. 
meriahkan. syukur sangat ank sihat xpenah demam"


Jom berkongsi rahsia tentang ESP :- 



BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA
HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday 17 May 2012

SET 3 M - MASALAH PENYUSUAN


Set 3M Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. 
SIAPAKAH YANG PERLU AMBIL SET INI?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
si ibu yang nak mula menyimpan stok,
si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.



Lihat Testimoni :
Pn Izura nak kongsi pengalaman dengan set 3M susu lebih banyak dan lebih pekat. Perbezaan yang dialami jika tak ambil ESP susu lebih cair sedikit . Semuanya terletak ditangan anda ibu-ibu. Inginkan anak sihat dan cergas bukan.. 

Testimoni pn farah baru start makan 3M lepas lunch alhamdulillah kumpul 7oz ..sampai tak terkata dulu mampu 3oz sahaja.. amin.
Pn Zatul " rezeki anak saya Aqil Rayyan ...Terima kasih Allah... Semoga memberi inspirasi kepada ibu-ibu diluar sana.

BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA
HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

MASALAH KESUBURAN PERLU PEMERIKSAAN

Sambungan dari post yang lepas-lepas mengenai kehamilan. Post kali ni jom kita jenguk-jenguk tentang pemeriksaan yang perlu dibuat.  Ada 7 pemeriksaan yang boleh kita lakukan :- 
GAMBAR SEKADAR HIASAN

1. Pemeriksaan Fizikal
Biasanya bahagian anggota badan yang akan diperiksa:
  1. Buah dada
  2. Kilang tiroid pada leher
  3. Sistem peranakan
Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.
Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

2. Pemeriksaan Sistem Peranakan
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan kita normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

3. Ujian D&C
Ujian D&C pula adalah khusus untuk wanita yang mempunyai masalah tidak subur . Ia sebenarnya berupa pembedahan kecil yang dilakukan dengan cara pangkal rahim akan dikembangkan. Proses ini dinamakan 'dilatation'. Ruang rahim tersebut kemudiannya dikikis dengan alat tajam digelar 'curettage'. Tatacara ini dilakukan kepada anda yang mempunyai pangkal rahim yang sempit. Dengan ini akan memudahkan benih lelaki masuk ke dalam sistem peranakan anda.
Melalui kaedah atau proses mengikis ruang rahim juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D&C juga boleh dilakukan untuk mengetahui samada anda boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini juga merupakan salah satu bukti yang secara tidak langsung bagi menentukan keluaran benih anda.
Sesetengah doktor mungkin akan mengunakan kaedah pancutan air berwarna 'insufflation' ke dalam salur peranakan anda. Tatacara ini bertujuan untuk menguji samada salur 'fallopian' anda terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Namun ujian ini amat jarang dilakukan sekarang ini kerana ia tidak memberi kepastian keadaan pada saluran peranakan tersebut.

4. Ujian Darah
Ujian darah merupakan proses penting untuk mengesan paras hormon dan ia juga boleh menentukan samada anda ada mengeluarkan benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone akan dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid. Jadi bagi anda yang pusingan haid tidak teratur - contoh datang haid 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali, maka anda tergolong dalam kategori tidak subur kerana benih anda keluar dengan tidak teratur. Dalam hal ini anda dinasihatkan menjalani beberapa ujian bagi mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting untuk menyukat paras hormon dalam aliran darah kita ialah seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) danprolaktin .
GAMBAR SEKADAR HIASAN
5. Jangkitan Faraj
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga antara rakan kita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan ini boleh menyebabkan masalah kesuburan.

6. Pemeriksaan Laparoskopi
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sebarang penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan segera yang sewajarnya perlu diambil.
Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis . Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.
Bagi anda yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kemungkinan akan dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi' dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.
Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

7. Ujian Hysterosalpingogram
Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelarHysterosalpingogram . Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.

Wednesday 16 May 2012

MERANCANG UNTUK HAMIL


Teringat waktu mama dulu waktu sahaja bergelar isteri dan baru masuk di alam perkahwinan, wanita yang baru menjejak kan kaki ke alam perkahwinan mesti teringin sekali untuk cepat-sepat menimang cahayamata macam mama wiwin jugak.. mama wiwin kosong selama 3 bulan sahaja dan dengan izin Allah mama wiwin pon mengandung. 


Dengan membuat keputusan untuk mempunyai anak adalah keputusan penting dalam sebuah perkahwinan. Dengan kehadiran cahayamata dalam sesebuah keluarga akan mengubah cara hidup setiap pasangan suami isteri. Perancangan dan persediaan awal ini penting bagi setiap pasangan terutamanya dari segi kesihatan, emosi dan kewangan.

Tahu tak kawan-kawan ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum  kita hamil:
  • Pasangan perlu cuba mengurus tekanan dalam kehidupan seharian sebaiknya kerana ini akan menyukarkan anda hamil.
  • Jika salah seorang pasangan bekerja dengan bahan kimia, plumbum, anestetik atau sinaran x-ray, ini juga memberi risiko pada kehamilan. Dalam hal ini berbincanglah dengan doktor sebelum anda merancang kehamilan.
  • Wanita yang berusia 35 tahun ke atas dinasihatkan tidak hamil kerana pada usia ini risiko ketidaksuburan dan memperolehi anak cacat adalah tinggi.
  • Merokok, meminum alkohol dan penyalahgunaan dadah meningkatkan risiko kehamilan dan kelahiran anak cacat. Lagipun sebagai seorang Islam jauhilah dari perkara-perkara buruk ini agar anak yang lahir kelak sihat lagi beramal soleh.
  • Ibu bapa yang sihat dan kehidupannya harmoni melahirkan bayi yang sihat dan bersifat positif.
  • Seorang wanita perlukan diet yang seimbang sebelum dan semasa hamil. Jadi sebagai persediaan awal biasanya wanita digalakkan mengambil VITAMIN/SUPPLEMENT untuk melahirkan anak yang sihat, cergas dan pintar. Malah membantu mengurangkan risiko keguguran. Ibu akan senantiasa merasa tenang dan yakin.
    Bagi wanita yang menggunakan alat pencegah hamil, anda boleh berhenti menggunakannya untuk membolehkan anda hamil.

INGIN HAMIL


Salam Petang pada semua yang sudi melawat blog mama wiwin. Memandangkan ramai customer-customer dan kengkawan yang message dari kalangan kawan-kawan yang belum dianugerahkan rezeki untuk menimang cahayamata lagi. Usaha, doa dan tawakal serta pemakanan vitamin/supplement  juga harus dititikberatkan dalam hal ini. Mudah-mudahan kawan-kawan diluar sana di kurniakan oleh Allah cahayamata tidak lama lagi. Disini mama nak berkongsi dengan anda semua 




Perbanyakkanlah doa di bawah ini untuk mendapatkan anak:
  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الوَارِثِينَ    
(Al-Anbiyaa 089)
Yang bermaksud,“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkau jua sebaik yang mewarisi.
Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat.  Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.
Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

BERSENAM

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

MENGELAKKAN PENCEMARAN

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

MENGAMBIL SUPPLEMENT (VITAMIN & MINERAL) UNTUK MENAMBAH KESUBURAN

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc
Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita C+alfalfa) bersama GLA

Ada budget boleh Tambah ESP . 


BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA

HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE

Monday 14 May 2012

SUSAH HATI - HB RENDAH KETIKA MENGANDUNG

Gambar sekadar Hiasan

Salam Pagi Selasa mama-mama kat luar sana. Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada pagi ni yer. InsyaAllah. 

Malam Tadi saje borak-borak dengan my Sister in Law yang sedang hamil dan menghadapi HB rendah. Selalu pergi check up di klinik Desa..sehingga beliau sangat susah hati. Jangan Risau dan Jangan Susah hati setiap apa yang berlaku mesti ada jalan penyelesaiannya. 

Tahukah kita mengapa paras HB ibu mengandung lazimnya boleh menjadi lebih rendah dari biasa? Perkara ini berlaku kerana darah ibu mengandung akan meningkat sekaligus menyebabkan kurangnya kehadiran hemoglobin di dalam darah kita. Kekurangan hemoglobin menjadi punca seseorang itu mengalami ANEMIA atau turut dikenali sebagai masalah kekurangan darah.


Hemoglobin merupakan komponen utama berwarna merah yang terkandung di dalam darah dan berfungsi untuk menyalurkan bekalan oksigen kepada seluruh badan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna kepada semua organ badan bagi fungsi yang optimum.

Secara amnya, julat normal kandungan HB darah akan berubah mengikut umur dan jantina.

Antara simptom-simptom HB rendah di kalangan ibu mengandung termasuk:
  • Sering keletihan
  • Pening kepala atau pitam
  • Sesak nafas atau tercungap-cungap
  • Sering kelihatan pucat dan lesu
  • Berat badan yang menurun
  • Kadar denyutan jantung menjadi cepat
  • Lemah daya ingatan 
Masalah HB rendah ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakitkan kelahiran pramatang serta kerencatan pada pertumbahan bayi di dalam kandungan. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, si ibu digalakkan mengamalkan pemakanan yang tinggi isi kandungan zat besinya. Antara makanan yang kaya dengan zat besi termasuk kerang dan tiram, sayuran hijau seperti sawi dan bayam, kuning telur dan hati.

Di samping itu, PENGAMBILAN VITAMIN atau SUPLEMEN juga dapat MEMBANTU MENINGKATKAN KADAR HB ibu mengandung. Vitamin yang sesuai diamalkan bagi tujuan ini adalah seperti berikut:

Vita-lea with Iron Formula: Selain bertindak sebagai multivitamin, Vitalea Shaklee sememangnya telah dilengkapi dengan kandungan zat besi bagi memenuhi keperluan ibu mengandung. Hasilnya, badan akan sentiasa merasa sihat kerana si ibu mendapat segala nutrisi yang diperlukan ketika hamil.

Vitamin C: Penting sebagai menyokong kesihatan jantung, meningkatkan imuniti badan, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

B-Complex: Membantu meningkatkan kandungan sel darah merah dan hemoglobin, mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang telah hilang termasuk folat yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat.

PERINGATAN:
  1. Elakkan daripada meminum minuman berkafein seperti teh, kopi (Nescafe), dan minuman berkarbonat kerana ianya akan mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan 
  2. Elakkan pengambilan Vita-lea bersama-sama dengan Ostematrix (kalsium) kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi 
  3. Elakkan pengambilan Vita-Lea bersama-sama dengan susu kerana susu mengandungi kalsium dan
  4. Pesakit THALASSEMIA TIDAK BOLEH mengambil VITA-LEA kerana mengandungi zat besi
Suplemen tambahan yang digalakkan untuk diambil oleh ibu mengandung bagi masalah HB rendah adalah:


OSTEMATRIK (kalsium) - juga baik untuk mengelakkan masalah muscle cramp (simpul biawak)
ENERGY SOY PROTIEN (ESP) (bagi yang mempunyai masalah HB kritikal)

Jom Lihat Testimoni dari puan Eyna yang telah mengambil produk shaklee - badan rasa dah sihat dan HB pon dah NORMAL.  

Ibu-ibu diluar jangan susah hati cubalah dapatkan produk shaklee hari ini dan rasailah perubahannya... Ibu sihat dan anak yang bakal lahir juga sihat

BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA

HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE