Wednesday 31 October 2012

Rahsia Keintiman Wanita

Lama Menyepi... mama wiwin dah lama tak update blog. bz sangat ke tu..heeeeeheee

Hari ni nak story pasal Alfalfa tahu tak kawan2, Alfalfa ni fungsi dia seperti "KACIP FATIMAH" membantu dalam masalah keintiman wanita dan hubungan suami isteri. bukan itu sahaja ia mempunyai banyak khasiat lain jom kita baca dibawah khasiatnya :-




Khasiat daun alfalfa :
  1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit
AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE dan Ibu Mengandung .

Dah baca ..so apa tunggu lagi jom rembat sebotol , belum cuba belum tahu.

Nak bagi satu testimoni :- 


Ni cerita rumah tangga takleh lah letak gambar kan..malu pulak. 

"Hubungan semakin intim Itu lah rahsia sofea. Mendapat pujian dari suami setelah mengamalkan Alfalfa . Niat nak makan alfalfa sebagai milk booster lain pulak jadi nya..heeehee.. tq shaklee

KELEBIHAN PEMBELIAN DENGAN SAYA AKAN DIMASUKKAN DI DALAM GRUP TERTUTUP  DISANA KITA BOLEH BERKONGSI TIPS-TIPS PENYUSUAN DAN CARA MAKAN SUPPLEMENT DENGAN BETUL. JOM SERTAI KAMI DI GRUP PENYUSUAN RAHSIA SUSU IBU BANYAK .  ANDA BERHAK TENTUKANNYA...  ANDA MESTI NAK TAHUKAN TIPS-TIPS DARI  KAWAN-KAWAN YANG BERJAYA 

PM DI FB : AZLINA SHAKLEE

TEL / Whatsapps : 018 4044834 my new number 


Monday 8 October 2012

PANDUAN - ASAS PENYIMPANAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua, semoga hari ini lebih baik dari hari semalam Dah 10 hari mama wiwin tak update blogkan.. bz sangat ker tu .hehe

Hari ni mama wiwin nak kongsi tips dan panduan asas cara nak simpan susu ..nak tahu tak. Taknak tau takpelah bace jer kot... HAHA.

Perkara asas yang perlu kita ambil tahu :-

PERTAMA : Bekas penyimpanan susu dibasuh dengan BERSIH menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

KEDUA : Catat tarikh perahan pada bekas susu sebelum kita simpan di dalam peti sejuk (tarikh dan masa: untuk mudah kan kita tahu hayat susu)

KETIGA : Biasakan simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas

KEEMPAT : Jangan Simpan susu terlalu penuh dalam setiap botol/plastik dan beri sedikit ruang.

KELIMA : susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

KEENAM : Bahagian tepi peti sejuk tidak sesuai untuk menyimpan susu perahan kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)






KETUJUH : Tempatkan susu perahan paling atas dan paling dalam suhunya lebih stabil dan malar

KELAPAN: Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.


KESEMBILAN : KHAS UNTU IBU BERKERJAYA .
 Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

KESEPULUH:  Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair

KESEBELAS :  Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

KEDUA BELAS :  Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

KETIGA BELAS :  Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.


Diharap Dengan pengkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mama-mama diluar sana. Kita akan bincang lagi berkenaan dengan topik kendali EBM ni pada coretan yang akan datang yer..