Wednesday 28 November 2012

NAK KURUS SELEPAS BERSALIN DISAMPING MENYUSUKAN BAYI


Set slimming shaklee memang terbaik.. Nak kurangkan berat badan ketika sedang menyusukan anak? 
X perlu bimbang, set ni xganggu penyusuan anda, malah sangat memb
antu memekatkan susu ibu n cepatkan penghasilan susu

Jom Order sekarang. Macam Mana Nak Beli , Boleh Komen dibawah saya akan PM anda semua.


Cara membuat pesanan:
  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya. 
  • Anda juga boleh terus kecawangan shaklee berdekatan anda dan membuat pembelian menggunakan ID: 882909 untuk pembelian pada harga ahli. Setelah pembelian bagi saya invoice dan saya akan memberi konsultasi percuma sepanjang pengambilan produk.

Monday 26 November 2012

9 PEMAKANAN - ANAK MEMBACA AL-QURAN KETIKA BERUSIA 3 TAHUN




Pemakanan yang membentuk perkembangan otak bayi.  Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. 

kredit to kak lina karim : blog DarwishDarwisya..

mama diluar pernah baca tak dimana kedua-dua anaknya boleh menghafal Al-Quran dan menghafal 30 surah Al-Quran semasa berumur 3tahun.  

9 PEMAKANAN YANG BANYAK KEBAIKANNYA PADA OTAK
===========================================

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 

2) Kismis 
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran; 
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26) 

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin 
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1). 

Sabda Rasulullah s.a.w. 
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha 
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan. 

Resepi dari kak lina karim:-

Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita.  Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.

Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..
Ni suapan yang ketiga ni!

Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi.  Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan!

Ekstrak Daun Zaitun dan Air Surah Taha adalah cecair, maka ia bergantung kepada kecairan atau kepekatan yang kita inginkan semasa mencampurkannya. Kedua2 ini boleh dibacakan serentak. Semasa membacakan surah ke atas air, pastikan bukan hanya cukup untuk mencampur kedalam resepi ini sahaja. Buatlah lebih supaya ia boleh digunakan sebagai air minuman anak kita. 90% badan kita terdiri dari kandungan air. Air yang baik boleh menyuci dan melembutkan hati dan jiwa mereka. InsyaAllah.


Jom Kita cuba resepi di atas mudah-mudahan dapat membantu kita mendidik anak-anak  kita menjadi anak  yang soleh dan solehah. Dan dapat membentuk perkembangan otak anak kita lebih bijak dan pandai dalam hal keagamaan.

kredit to kak lina karim...

Friday 23 November 2012

18SX... HANGATKAN HUBUNGAN CINTA


Dingin Seks Selepas melahirkan ... Oh TIDAK !!!!!!!!!!!!!


Jom Hangatkan semula hubungan yang sudah sekian lama terjalin jangan jadikan satu alasan untuk tidak bersama pasangan..Penat bekerja , Letih di rumah , melayan anak-anak. Bahagi lah masa bersama berdua untuk menikmati hubungan yang segar seperti dulu..


Vitamin E , terbaik untuk Si suami 

1) Memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma lelaki supaya dapat bertemu dengan ovum. 
2) Merupakan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dalam tubuh badan daripada merosakkan sperma dan ovum. Oleh itu, pengambilan Vitamin E yang mencukupi adalah penting bagi menjaga kualiti sperma yang dihasilkan. Taknak la nanti ada risiko dapat anak yang tak sempurna...
3) Merangsang LIBIDO iaitu keinginan seks, kerana ia meningkatkan paras testosteron dalam badan. Kekurangan testosteron menyebabkan nafsu semakin menurun dan stamina semakin berkurangan.
4) Vitamin E Shaklee disertai dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa Selenium. Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Alfalfa produk terbaik untuk si isteri
1) Merawat masalah keputihan yang sering dialami oleh golongan wanita. Pastinya masalah keputihan ni harus dibendung secepat mungkin bagi mengelakkannya jadi lebih teruk. 
2) Memberi keselesaan sewaktu melakukan hubungan intim. Tidak mustahil untuk mengulangi pengalaman malam pertama :)

Jangan Malu dan Segan Apa Tunggu Lagi ...


Cara membuat pesanan:
  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya. 
  • Anda juga boleh terus kecawangan shaklee berdekatan anda dan membuat pembelian menggunakan ID: 882909 untuk pembelian pada harga ahli. Setelah pembelian bagi saya invoice dan saya akan memberi konsultasi percuma sepanjang pengambilan produk.

TIPS-TIPS BAHAGIAKAN SUAMI DALAM HUBUNGAN INTIM


Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cuku
p memuaskan hati suami anda? 

Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kpd pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.

Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

2) Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tpt tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami utk bercinta dgn anda.

4) Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau siteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..

Sayangnya, dlm perkara ini yg aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

5) Penuhi Kehendaknya
Dlm bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yg diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.

7) Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jgn sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yg sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami utk bercinta.

8) Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

9) Tidak Mengeluh
Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yg suka berbual. tetapi perkara ini jgn diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dlm menikmati percintaan.

11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemstian dlm bercinta, katalah isteri tidak suka apa yg dilakukan oleh suami, jgn sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yg seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yg begini akan menambah semangat suami dlm bercinta.

12) Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, jgn lupa utk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dgn pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jgn dicela. Dgn cara yg baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.

"SELAMAT MENCUBA"

OUCHHHH...ELAK DIGIGIT KETIKA PENYUSUAN


Di Group penyusuan seringkali mama-mama bertanya "macam mana yer nak buat bila baby dah start mengigit ..Ouccchhhh rasa mcm nak cubit, hehehe

Hari ni terbaca di majalah Pa & Ma nampak tips-tips ni disana. Mudah-mudahan membantu mama-mama diluar sana. Mama Wiwin juga pernah mengalami situasi yang sama ketika menyusukan si kembar ...mmg perit siap jerit lagi sampai si kembar terkejut. HAHA.

Bagi bayi yang nak tumbuh gigi , gusi mereka dah terasa gatal-gatal jadi memang inilah masanya si mama kena berwaspada, hati-hati terkena GIGITAN si manja. 

Kesannya boleh mengakibatkan puting kesakitan dan lama-kelamaan menimbulkan masalah untuk anda meneruskan penyusuan eksklusif.

Jom baca tips -tips di bawah :-

1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.
Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.
Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.

3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.
Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.


7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!

8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.

PCOS

**Sukar Hamil**

Fakta Penting PCOS

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
1. Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap k

itaran haid dan ovulasi.
2. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
3. Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
4. Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
5. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
6. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
7. Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
8. Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
9. Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
a. Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
b. Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
c. Polycystic Ovari
10. Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
11. PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
12. PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
13. Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.






Thursday 22 November 2012

HASIL ESP MEMBANGGAKAN

Cuti persekolahan dah hapir 2 minggu, mama bawa anak-anak kemana. Mama wiwin belum tau lagi nak bercuti kemana..hehe. Tunggu bln 12 baru nak jalan-jalan cari makan. Ngeh3x.

Sebenarnya masih nak bercerita pasal kebaikan dan ke "best" an ESP ni. Ramai Kawan-kawan di group penyusuan rahsia susu ibu banyak sangat berpuas hari dengan ESP. Kulit semakin cantik, Cik B cepat penuh ...hehe tanda-tanda nak dipam. susu semakin pekat dan kekuningan. Rasa kenyang yang lama.. tak perlu nak diet-diet badan pulak susut. BEST memang lah BEST. 

Jom kita tengok testimoni :-








Tunggu Apa Lagi Jom Ber ESP... 

SMS/PM/ Whatapps saya di 018 4044 834 
FB : AZLINA SHAKLEE

Untuk Konsultasi percuma sepanjang pengambilan setelah pembelian produk dengan saya dan dapatkan TIPS TIPS PENYUSUAN

Wednesday 21 November 2012

15 min pam 6oz - pam manual


Hari ini dalam dalam sejarah..15 minit pump , guna pump manual jer dapat 6oz. 
Seronok Tengok kawan-kawan didalam group yang berjaya dengan tips2 penyusuan yang diberikan.. berkat kesabaran dan usaha juga penting. 



Dalam Hati Niat Untuk Anak-Anak.



Tunggu Apa Lagi Jom Ber ESP... 


SMS/PM/ Whatapps saya di 018 4044 834

Untuk Konsultasi percuma sepanjang pengambilan setelah pembelian produk dengan saya dan dapatkan TIPS TIPS PENYUSUAN




Friday 16 November 2012

PANDUAN PENJAGAAN IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Salam Pagi tuk semua, Entry mama wiwin hari ni berkenaan dengan Bersalin Secara Pembedahan . Terfikir nak cerita berkenaan pembedahan hari ni. Sepupu paling rapat dengan  sudah bersalin 7 hari lepas secara pembedahan dan dimasukkan ke ICU semula kerana turun darah.pelik juga ..rupa rupanya uri masih melekat di rahim . so kena bedah semula. Ya Allah ,Bayangkan 2 kali bedah.. mmg seram sejuk mama wiwin mendengar nya. malah dia tak sedarkan diri agak beberapa jam lamanya.  Alhamdulillah sekarang di sudah sedar dan beransur pulih.. dan dikurniakan seorang bayi perempuan yang begitu tembam dan comel seberat 3.7kg. 

"seorang ibu , walaupon kita merasai kesakitan sebegitu bila melihat wajah si bayi yang comel yang dikurniakan oleh Allah kepada kita , hilang segala kesakitan itu" Setuju tak para ibu 

Jom kita kongsi bersama , 

Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan
=========================================

Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.

Ada juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan rasa

 sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.

Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal.

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.

Penjagaan Dan Rawatan Luaran


=========================
Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.

Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.

Panduan Cucian Bahagian Sulit
==========================



Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.

Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi
===============================

Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.

Panduan Mandian


================
Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.

Panduan Berbarut Atau Berbengkung


============================
Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.

Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.

Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.

Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.

Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.

Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.


Jom Kita Tengok Supplement yang sesuai yang diambil semasa berpantang secara pembedahan walaupon anak jaundice.



Dalam Trial Pack C (Confinement Set) saya menyedikan : 
  • 40 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 40 tablet B Complex
  • 40 tablet Vitamin C
  • 40 tablet Zinc 
Lengkap untuk kegunaan 40 hari perpantang dengan harga tak sampai RM100 (postage free)

Jika anda inginkan dalam bentuk Full Set (botol) dengan harga ISTIMEWA boleh hubungi saya.

  • 120 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 120 tablet B Complex
  • 180 tablet Vitamin C
  • 120 tablet Zinc 
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu yang menghadapi masalah pembuangan air besar bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

SMS/PM/ Whatapps saya di 018 4044 834


Untuk Konsultasi percuma sepanjang pengambilan setelah pembelian produk dengan saya dan dapatkan TIPS TIPS PENYUSUAN di dalam Grup penyusuan Rahsia Susu Ibu Banyak


Kenapa Perlu Berpantang Selepas Bersalin

Soalan tu... saya tujukan pada semua ibu-ibu kat luar sana. Dulu Uolss duk dengan mak mertua atau mak sendiri semasa dalam pantang. Mama Wiwin duk dengan mak mertua sebab mak mertua labih muda dari mak saya so dia boleh tolong tengok-tengok kan , lagi pula waktu tu saya mak tinggal dengan mak mertua.

Mak mertua saya moden sikit dan cara / penjagaan saya dalam pantang taklah rumit sangat , ini tak boleh itu tak boleh ...

Dalam masa 7 hari selepas bersalin kami panggil bidan kampung untuk berurut di waktu pagi, pagi-pagi dah mandi air akar kayu dan herba serta pokok tetulang... pernah tengok tak. Dalam semasa pantang saya tak makan jamu sebab panas , so saya bertukar pada set berpantang shaklee di mana lebih pada vitamin kesihatan . 

Walaupon berulang alik ke hospital badan saya masih cergas dan segar . Setiap hari saya akan ke hospital sebab wiwin masih di incubotor sehingga berat meningkat .

Wah panjang lebar pulak si mama wiwin ni kan...  Kenapa yerk kita kena berpantang. Cuba bagi 10 sebab. 


Thursday 15 November 2012

Hasil Mengepam Dalam Pantang


Produk Shaklee memang terbaik... Alhamdulillah Walaupon berkerja dan berkejaya Tetap baby full breastfeed sekarang baby dah masuk 6 bulan. 
Pengambilan Supplement secara konsisten semasa dalam pantang lagi .. Now inilah hasilnya untuk anak tersayang... 


Tekejut !!! Satu Sesi Pam 15oz. Banyakkan ...

Hasil yang terbaik sangat terkejut selalu pam dapat 10 oz meningkat ke 150z satu sesi sahaja. rezeki anak. 



Sahabat Saya di Group Rahsia Susu Ibu Banyak ... Mula Beli Set Berpantang dan  ESP dari saya 2 bulan lepas . Juga Beli Letichin Untuk Mengawal berat badan Tetapi susu tetap maintain. 

Tunggu Apa Lagi Jom Ber ESP... 


SMS/PM/ Whatapps saya di 018 4044 834

Untuk Konsultasi percuma sepanjang pengambilan setelah pembelian produk dengan saya dan dapatkan TIPS TIPS PENYUSUAN


Wednesday 14 November 2012

Susu Banyak Sampai Melimpah Sewaktu Pam

Jemput Baca Testimoni dari sahabat saya mama wiwin juga ni ..hehehe

"Leka ngepam sambil layan fb...susu melimpah x sedarr...adeeehhhh....sayangnyaa....2 session pump" 




Rose ni rajin pam dan jadual pam yang teratur..air memang minum 3-4 liter shari serta 

Supplement makan dengan konsisten .  Mesti Nak tahukan Rose makan apa .


Rose Pengamal Tegar ESP .. Tara, ni dia ESP 





Friday 9 November 2012

Jom Pre - Order ESP. Hot Produk


Rindu dgn ESP ... Next Week InsyaAllah stok akan sampai
Jom Pre -Order.


Thursday 8 November 2012

Solat amat bahaya ketika haid tetapi amat baik ketika HAMIL


Salam pagi jumaat semua sahabat-sahabat ... Bagi mama yang hamil atau tidak hamil jemput baca :-


Pergerakkan semasa solat seperti rukuk dan sujud amat baik buat ibu yang sedang hamil kerana membantu kesuburan bayi tetapi solat amat bahaya buat wanita yang sedang haid kerana pergerakkan semasa solat boleh menambah kandungan darah dalam rahim.

* Pergerakan badan dan riadah spt solat sgt baik utk org yg hamil, dan memudaratkan untuk org yg haid, kerana ketika rukuk dan sujud darah mengalir dgn banyak ke rahim.
* Tidak syak lagi bahawa rahim org yg hamil memang memerlukan banyak darah supaya dpt menyuburkan janin, dgn bersolat dpt membantu mengalirkan darah yg banyak kpd janin.
* Adapun org yg haid apabila bersolat, akan menyebabkan tumpah darah ketika haid.
* Dianggarkan bahawa isipadu darah dan cecair yang hilang dari tubuh wanita semasa haid kira2 34 ml, jika wanita haid menunaikan solat dia sebenarnya telah memusnahkan sistem imunnya, kerana sel-sel darah putih yang memainkan peranan yang penting dalam melawan penyakit akan hilang melalui darah haid . Oleh itu, berdoalah ketika haid supaya dijauhi daripada penyakit. Mohonlah perlindungan daripada Allah.
* Dan adapun wanita yang solat ketika haid akan kehilangan banyak darah putih, serta akan menjejaskan kesihatan organ2 badannya yg lain spt hati, limpa, limfoma tiroid dan sistem kawalan penyakit. Maka, jelaslah di sini hikmah/kebaikan larangan Allah kepada wanita yg berhaid utk bersolat sehingga dia suci daripada haid seperti yg diterangkan dlm firman2Nya.
* Di samping itu menggerakkan badan, terutamanya dalam sujud dan rukuk, akan meningkatkan aliran darah ke rahim dan membawa kpd tumpah darah. Seterusnya, menyebabkan kehilangan banyak garam mineral dalam badan. Doktor mengesyorkan wanita yg haid, supaya banyakkan berehat dan makan makanan yg berkhasiat, supaya tidak kehilangan banyak darah dan garam mineral yg penting dari badan. Hal ini juga mencerminkan kebijaksanaan Allah mengapa Dia melarang wanita yg haid daripada berpuasa.

Rujukan:
http://www.ibtesama.com/vb/showthread-t_47283.html

Wednesday 7 November 2012

SAYA NAK MENGANDUNG






Syukur alhamdulillah dengan izin Allah kawan atas kawan tu mengandung 4 Minggu . 

Tertanya-tanyakan apa kah produk yang digunakan oleh kawan atas kawan tu..hehehehe

Pada Kawan-kawan yang belum dikurniakan Anak , Apa Lagi tunggu Jom berusaha sebaik yang boleh mana tahu ada rezeki kita kali ni. Semuanya Dengan Izin Allah. 


Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. 

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^
Jadi,  kawan-kawan yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda.

Jadi, penting ya kawan-kawan untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur

SMS/PM/ Whatapps saya di 018 4044 834

Untuk Konsultasi percuma sepanjang pengambilan setelah pembelian produk dengan saya dan dapatkan TIPS TIPS HAMIL. 

Monday 5 November 2012

Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir

Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu. 


Menarikan ni membuatkan mama wiwin tak sabar2 nak dapat baby yg ketiga ni... chaiyok2..hehehehe.. rindu saat2 mengandung