Wednesday 27 June 2012

Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi


Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.

Apakah penyebab jaundis

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

* Bayi lahir pra matang
* Darah ibu dan bayi yang berlainan.
* Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
* Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
* Etnik Asia
* Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.

1. Jaundis Normal/Physiologic

Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.

2. Jaudis Pathologic

Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.

3. Jaudis Susu Ibu

Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Rawatan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.

1. Jaundis Normal/Physiologic

Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.

* Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
* Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
* Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
* Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
* Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
* Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya

2. Jaudis Pathologic

Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.

3. Jaudis Susu Ibu

Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Adakah ianya merbahaya?

Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.

Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk me
ngelak menjadi kekeringan.

Monday 25 June 2012

POWER PUMPING - Cara paling efektif untuk masalah susu sikit / merudum


Apa itu "Power Pumping"?

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkanteknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu dan secara x langsung dapat meningkatkan bekalan susu ibu.

Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. For more information on basic pumping techniques, see the pumping section below. Here is a brief explanation of power pumping.

Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged.

Some mothers prefer to concentrate their efforts and have a power pumping weekend, called “Power Pumping Boot Camp” by some lactation consultants. They power pump at each pumping for a couple of days before returning to routine pumping.-Quote from MOBI-

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
2. Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
4. Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni. Boleh juga minum segelas air sebelum dan selepas sesi power pumping. Boleh lakukan sebelum tidur juga dan pastikan waktu melakukan power pumping adalah tetap dan konsisten.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Ibu-ibu jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

seorang ibu yang rajin buat power pumping untuk maintainkan production susunya..owh ya! Jangan lupa pastikan pengambilan air harian anda tidak kurang dari 3 liter yer.


supplement juga perlu diamabil kira bagi memastikan penghasilan peningkatan susu yang dengan cepat. 



BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA.

HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sunday 24 June 2012

PEMAKANAN ANAK PINTAR







* 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.


* 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

* 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

* 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

* 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

* 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Saturday 23 June 2012

RISAU RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN


Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan ke atas. Biasanya rata-rata orang mengatakan apabila bayi mula pandai main buih atau mula menyemburkan air liur, rambut kita akan gugur.

Apa yang anda perlu ketahui:

* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.

Untuk mengurangkannya:

* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
* Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

Cara mengatasinya:

-Potong rambut lebih pendek. Rambut pendek lebih senang dijaga dan tidak membahayakan bayi. Rambut yang gugur boleh membelit bayi anda yang boleh menyebabkan kesakitan pada bayi. Dinasihatkan kerapkan menyapu/vacuum untuk membuang rambut yang gugur. Sekiranya bayi menangis tanpa sebab, pastikan samada ada rambut yang terbelit pada badan bayi.

Tips penjagaan rambut:

-Makan makanan yang seimbang.
-Amalkan minum air suam dan jus buah-buahan

- juga boleh mengambil supllement yang baik utuk kesihatan menyeluruh.



BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA.

HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday 22 June 2012

PERKARA YANG BOLEH MENGGAGALKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA


Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:


1) TIADA KEYAKINAN - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.


2) KURANG ILMU- Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.


3) TIDAK BERSUNGGUH- Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.


4) TIADA SOKONGAN SUAMI - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.


5) CEPAT PUTUS ASA - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.


6) TIDAK BERSEDIA- Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.


7) TIDAK KISAH - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.


8) TIDAK JAGA PEMAKANAN- Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.


9) STRESS - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.


10) KURANG BERDOA PADA-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya. 


P/s: Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki..

Tips semasa mengepam - untuk hasil lumayan

  1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
  2. Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.
  3. Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
  4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.
  5. Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.
  6. Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.
  7. Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.

Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik.



INFO HAMIL : Petua Ketika Mengandung Untuk Mendapatkan anak Yang Sihat. .

*Seorang ibu yang sedang mengandung hendaklah menerima ketentuan Allah terhadap keadaan diri dan kandungannya dengan perasaan redha sabar dan anggaplah kurniaan Allah itu sebagai Rahmat dan kasih sayang-Nya.

*Sementara suami pula hendaklah sentiasa menjaga perasaan isteri khususnya bagi permulaan pertama kerana wanita yang mengandung perlu banyak perhatian.

*Perhatian yang lebih itu akan mengembirakan hati isteri dan memberi kesan kepada keadaan anak dalam kandungan.

*Tunjukkan rasa gembira dan girang dengan kandungan itu dan banyakkan memberi harapan kepadanya.

*Ibu hendaklah sentiasa mengawal perasaan jangan terlalu memikirkan masalah, jangan terlalu bimbang atau terlalu takut dan perasaan lain yang tidak baik.Serahkan semuanya kepada Allah.

*Elakkan memakan makanan yang berbisa seperti ikan sembilang , ikan pari,nanas, tapai dan lain-lain.

*Hendaklah menyedut udara bersih setiap pagi kerana disamping menyihatkan diri amalan ini juga akan menyihatkan anak dalam kandungan.

*Tidur dan rehat dengan cukup setiap hari mengikut masa dan kesesuaian. Elakkan tidur pada masa yang tidak baik seperti selepas subuh, slps asar atau hampir waktu senja dan selepas maghrib. Jangan terlalu banyak tidur pada waktu siang. Semuanya mewarisi anak yang malas dan lembab.

*Mengadakan pergerakkan seperti berjalan-jalan diruang lapang . jangan terlalu banyak duduk, kerapkan berdiri. Jika letih duduk sekejap dan berdiri semula. Pergerakkan itu baik untuk masa-masa hampir bersalin untuk memudahkan kelahiran.

*Banyakkan minum air sekurang-kurangnya enam atau tujuh gelas sehari. Dgn cara ini akan menambahkan kesegaran dan memudahkan melahirkan anak

Wednesday 20 June 2012

SAKIT PINGGANG KETIKA MENGANDUNG



Sakit pada pinggang merupakan hal yang biasa terjadi pada wanita hamil. Namun jika hal tersebut sudah mengganggu keselesaan anda selama masa kehamilan, maka penanganan serius perlu di lakukan. Ada tiga faktor yang bisa menyebabkan wanita hamil merasakan sakit pada pinggang selama masa kehamilan, iaitu:


1. Meningkatnya hormon selama kehamilan membuat sendi anda tidak stabil sehingga area pelvis mengembang seiring dengan pertumbuhan bayi.

2. Kenaikan berat badan mencapai 11-15 kilogram selama kehamilan yang biasanya rasa sakitnya menjalar hingga sekeliling perut.

3. Perubahan postur tubuh saat hamil yang semakin membesar sehingga mengubah pusat gravitasi anda sebelumnya.

pencegahan

Sebelum rasa sakit pada pinggang menyerang kehamilan anda, tidak ada salahnya ada melakukan beberapa pencegahan. Berikut beberapa tips mencegah rasa sakit pada pinggang saat hamil:

* Mulailah gunakan sepatu tanpa hak dari mulai awal kehamilan. Hal ini akan mengurangi ketegangan pada tulang.

* Hindari duduk dengan posisi yang sama dalam waktu lama

* Tidurlah dalam posisi mengiring dengan bantal diantara kedua kaki anda jika sakit pinggang juga anda rasakan saat tidur.

* Pada trisemester kedua anda bisa meletakan bantal dibawah perut anda. Ini akan membuat anda merasa lebih nyaman.

* Gunakan belt penyangga khusus ibu hamil yang membantu menyokong perut anda dan mengurangi rasa sakit pada pinggang.

* Jika rasa tegang atau kram menyerang otot anda, gunakan ais batu atau atau air hangat yang di masukan dalam kantung kompres untuk menuam pinggang otot anda setidaknya selama 10 hingga 15 menit.

* Biasakan berjalan kaki paling tidak 20-30 menit setiap hari.

* Perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membungkuk atau tegak.

* Hindari mengangkat benda berat atau menggendong anak


Monday 18 June 2012

Rahsia Anak Bijak Dengan Susu IBU



Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.

Smarter fats
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.

Nutrisi
Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.

Kolestrol
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.

Smarter sugars
Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.

Perhubungan bijak
Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.

Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.

Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.

-----------------------------------
Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!
Klik Sini utk supllement anak>>

Bagaimana susu ibu di hasilkan??


Refleks Prolaktin dan Oksitosin 

Prolaktin
 dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.
Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.
Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.
Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus).  Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.

pabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagairefleks prolaktin.

Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:
  • Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara
  • Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari
  • Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu
  • Payudara diisi dengan susu semula
  • Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin
  • Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan
  • Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula
Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.
Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).
milk-secretion&milk-ejection
Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.


Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu

Tuesday 12 June 2012

SUSU BANYAK KENA RAJIN-RAJINLAH PAM



3 Langkah ini perlu di lakukan jika anda mengambil Set Breastfeeding Shaklee
  1. Minum 3 liter air masak sehari : air merupakan indicator yang sangat penting bagi mereka yang mengambil natural supplement kerana air membantu untuk mengatasi masalah healing crisis, sebagai contoh ibu mengalami pening kepala jika kurang air dalam badan.
  2. Pam 3jam sekali : lagi kerap anda kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan (supply by demand). Power pumping juga sangat membantu buat jika perlu.
  3. Niat IKHLAS, DOA dan TAWAKAL : mintaklah dengan Allah S.W.T kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia, Ikhlaskan hati untuk menyusukan anak bukan sebab ikut-ikutan atau ingin bersaing dengan kawan-kawan, dan seterusnya Tawakal..banyakkan berzikir sewaktu menyusukan dan mengepam. Sabar dengan usaha yang telah dilakukan jangan cepat mengalah bila hasil tidak seperti yang diharapkan.
Ada juga yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee tetapi masih tiada perubahan..KENAPA?
  1. Tidak amalkan 3 langkah diatas : makan supplement dalam Set Breastfeeding Shaklee tapi minum air tak cukup, pam pun jarang-jarang hanya pam bila breast bengkak je..katanya kalau breast tak bengkak susu tak de..kalau macam tu lah caranya memang tak de maknalah perhabis duit beli supplement. Silap hari bulan dapat pening kepala je sebab bahana healing crisis (badan kurang air).
  2. Tidak tahu fungsi vitamin : senang cerita main makan je, bila kawan-kawan kata set ni bagus ibu ni pun beli dan tak tahu pun apa yang dia beli dan apa yang dia makan. Vitamin ni bukan ubat, ia tiada dadah seperti yang tedapat dalam pil hormon untuk tambah susu. Vitamin bertindak secara perlahan dan lembut di dalam badan dan mungkin mengambil masa untuk serasi dengan badan kita. Janganlah mengharap bila makan Set Breastfeeding ni terus susu memancut-mancut keluar sedangkan baru je sehari makan, terus nak salahkan vitamin.
  3. Tidak sabar dan tamak : seperti yang saya katakan tadi Natural Supplement Shaklee tiada mengandungi dadah dan mengambil masa untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu kene sabar dan jangan cepat mengalah. Natural Supplement Shaklee bertindak mengikut badan kita jika badan kita banyak sel yang rosak maka lambatlah untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu jangan tamak, bila dah mengambil satu jenis milk booster jangan pula dalam masa yang sama mengambil milk booster lain..atas alasan untuk memeriahkan susu, tapi apa yang ibu-ibu dapati anak yang akan cirit-birit. Makan dulu satu jenis jangan setiap jenis milk booster anda ingin cuba.
  4. Berniat tidak baik : dalam apa jua perkara yang kita buat mestilah dengan niat yang baik "Lillah hi Taala". Jangan kita pesongkan niat kita, mintaklah dengan Allah supaya usaha kita ini membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.
  5. Tidak merujuk kepada pengedar yang sah : "niat bukan nak berniaga semata-mata" saya agak kecewa bila ada ibu-ibu yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee ini tidak merujuk kepada pengedar apabila menghadapi masalah berkaitan pemakanan vitamin ini. Terus salahkan vitamin katanya tidak bagus tapi baru je makan 2 hari sebab pening kepala, itulah yang dinamakan healing crisis. Jika rujuk kepada saya, InsyaAllah saya cuba jawab bagi penyelesaian masalah anda.
Apa yang perlu ibu-ibu buat?
  1. Buat checklist : pastikan ibu-ibu telah buat 3 langkah di atas, wajib.
  2. Belajar tentang vitamin@supplement : ibu-ibu boleh menggali di blog saya berkaitan vitamin@supplement, tidak perlu membeli buku yang mahal mengenai vitamin @ supplement. Mesti tahu tentang vitamin@supplement apa yang anda makan, jangan jadi buta dan terus mendengar kata-kata mereka yang tidak pro-vitamin. Sangat sedih bila ibu-ibu tidak tahu apa yang di makan dan terus salahkan vitamin.
  3. Bersabar : bukan setiap usaha kita terus membuahkan hasil, kesabaran itu sangat penting untuk mengatasi sesuatu masalah. Jangan terburu-buru.
  4. Betulkan niat : berniatlah untuk berubat, bukan berniat untuk cari kesalahan penjual semata-mata. "Lillah hi Taala" dalam apa jua yang anda buat.
  5. Dapatkan nasihat pengedar anda : dapatkan dulu nasihat dari pengedar anda, kerana kebiasaannya pengedar akan merujuk kepada Pakar Nutrisi Shaklee, bukan memberi maklumat tanpa asas yang betul. Bukan semua Doktor pro-supplement (sama juga bukan semua Doktor pro-breastfeeding) kalau tidak masakan ibu yang tidak cukup susu disuruhnya tambah dengan Susu Formula. 




BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA.

HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Panduan asas penyimpanan susu ibu



Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan




Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • 1)  bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan    sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

  • 2) catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya

  • 3) simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas

  • 4) jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

  • 5) susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

  • 6) jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

  • 7) sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar

  • 8) jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Thursday 7 June 2012

Resepi Kampung Untuk Ibu Dalam Pantang

SUP HARUAN - Cuma memerlukan sedikit air asam jawa, lada hitam dan juga halia. Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak. Kata orang tua-tua, dalam pantang elok makan ikan haruan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan. Ikan haruan akan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

HARUAN BAKAR - Ikan haruan dibakar dan hanya boleh dimakan dengan air asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam. Ulam boleh ditambah iaitu ulam pegaga.



SUP AYAM
- Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.

SUP KENTANG
- Ibu berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak. Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun. Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.

BILIS SANGAI
- Ikan bilis disangai hingga garing. Kemudian dicampurkan dengan halia. Bahan tambahan ialah air asam jawa dan dimakan dengan 5 ulas bawang merah dan ulam pegaga.

HALIA PADI
- Halia padi adalah halia yang kecil isinya. Dengan memakan halia ini, ia bertindak membuang angin dalam badan. Hidangan ini boleh dimakan dengan air asam, bawang merah dan juga lada hitam.

HALIA BARA
- Halia bara dihidangkan dengan 5 ulas bawang merah, air asam jawa dan sedikit lada hitam. Ia hendaklah selalu dimakan kerana ia dapat memanaskan badan ibu yang baru bersalin. Selain halia bara, anda juga boleh makan isi jerangau ataupun lempoyang.

BONGLAI
- Ia berguna untuk menghilangkan bau ketiak dan badan. Susu badan juga tidak akan berbau. Bonglai dibuangkan kulit dan dimakan dengan bawang besar yang dimayang dan juga air asam jawa pekat yang dibancuh dengan sedikit garam. Air asam membantu mengecutkan dinding perut yang mengembang setelah bersalin.

POKOK KUNCI - Ia berbentuk panjang berwarna coklat. Kulitnya dibuang dan ia dimamah begitu sahaja dengan nasi. Pokok Kunci bertindak mengunci nafsu makan