Thursday 28 February 2013

Kepentingan Kalsium & Wanita Hamil


Anda tidak suka minum susu, bau susu meloyakan? Tahukah anda bahawa wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala1 peratus untuk darah dan jaringannya. Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi.

Antara peranan kalsium ialah

Penting ketika proses ovula
si

Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

Untuk tulang

Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

Untuk gigi

Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi

Untuk Jantung

Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

Untuk Sistem Imun

Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit sperti keradangan kulit dan jerawat.

Untuk pertumbuhan dan kesihatan janin

Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.

Tips Ibu Hamil:-
http://mama2win.blogspot.com/2013/01/ostematrik-penganti-susu-tepung-bagi.html

Kenapakah susu ibu paling terbaik?

Selamat Petang semua , Lama mama wiwin dah berceloteh sejak kebelakangan ni kesuntukan masa. Jom Kita baca seterusnya tentang susu ibu 

Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga. 

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda – sekurang-kurangnya 400 jenis – termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi. Malah, kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar. Dan selain dari manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan kontak kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu. 


Monday 25 February 2013

Cara Untuk Menambahkan Stok Susu

Salah satu usaha untuk menambah stok susu ibu ialah dengan mengamalkan TANDEM NURSING(sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)..Mula-mula memang rasa kekok nk buat kedua-dua perkara ni serentak..tapi,seperti biasa,PRACTICE MAKES PERFECT..Biasakan dengan amalan ini,InsyaAllah perkara ni akan jadi rutin biasa bagi anda.

Antara amalan mengepam lain yang boleh diamalkan untuk menambah stok susu ibu ialah:

1. Pam di waktu pagi sebelum bayi bangun tidur. Biasanya waktu pagi buubies sedang engorge.
2. Pam sedikit sebelum menyusukan bayi. Biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.
3. Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.
4. Pam semasa bayi tidur.
5. Pam sebelum ibu tidur.
6. Pam di antara waktu tidur (bangun malam untuk pam).


[Tips tambah susu ibu secara natural]
Teknik hypnobreastfeeding:
1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula
2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
- melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu - hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan

Masuk ke bilik yang sunyi
Pasang zikir/muzik yang menenangkan
Pasang aromaterapi yang menenangkan
Duduk tegak
Rilekskan otot
Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh
Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
Masukkan setting positif "Aku boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun".

Sunday 17 February 2013

I am FREE


Isnin Isnin oooo Isnin. Malas nak pergi kerja..Siapalah tu yer Ngeeee Ngeeeee . Dulu Mama wiwin pon camgitu gak skrg tak agi lah.. kita dh jadi WAHM.. Senyum Sokmo
Buat kerja atas sofa empuk sambil minum cofee... chewah. Rugi Beb Uolss tak nak ke Sekarangni mama wiwin Tersangatlah FREE . Sampai bila nak di arah oleh orang lain suh buat kerja , Sampai bila nak beli brg mintak duit kat en asben kan. 

Dah senang nak cuti ker , nak jalan ker  makan angin sana sini .. tak payah nak tunggu kelulusan bagai. 

Join Geng Mama wiwin baru uollsss tau kebest san nyer.. (betol ke ayat kak kiah nih..hiii)

Saturday 16 February 2013

PROMOSI OMEGA GUARD

Promo Feb Buy 6 Free 1

Apa itu OMEGA?
Omega adalah Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Tahukah anda bahawa masih banyak khasiat Omega3 yg kurang anda sedari ! Teruskan membaca dan anda akan mendapati zat ini amat baik untuk kesihatan anda!

Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

EPA MENCEGAH
Kanser
Pembekuan Darah
Pembekuan Lemak dalam Darah
Kadar Kolestrol berlebihan
Penyakit Jantung
Tekanan Perasaan
Tekanan Darah Tinggi
TUGAS DHA
Mencegah Radang Sendi
Mencegah Asma
Meningkatkan Daya Seks
Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
Mencegah Penyakit Kulit
Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.
Sumber OMEGA3 ?
Telur
Ikan salmon
Ikan Tuna
Ikan sardin
Ikan bilis
Ikan makarel

Panduan Pemakanan anak:-
http://mama2win.blogspot.com/2013/01/panduan-pemakanan-dan-aktiviti-yang.html

Nak 1 PM saya AZLINA AZIZ / AZLINA AZIZ II
Wassap 0184044834

Friday 15 February 2013

Nak Tambah Pendapatan Suami

Niat nak bantu suami.. duduk umah dari tak dapat income apa2 boleh lah buat sikit-sikit buat belanja dapurkan.

Bayangkan jika sekiranya suami pergi dulu dari kita tanpa meninggalkan apa-apa dan kita pon tak pernah kerja mcm mana kan... sediakan payung sebelum hujan , sekurang-kurangnya kita juga ada simpanan tetap untuk kita dan anak-anak. 

Dulu saya pon tak terlintas nak kerja part time dirumah. Setelah si kembar membesar saya mula berfikir untuk buat sesuatu yang menguntungkan , apa saja nak beli atau makan kita sebagai ibu boleh tunaikan.. 
Saya makan shaklee dah lama so tak salah saya share pada kengkawan yang lain kehebatan vitamin ini dan membantu para para ibu mengambil supplement dengan betol dan membantu dalam masalah penyusuan dimana saya pon pergi seminar berkenaan penyusuan.

Permulaan saya cuma dapat dlm RM200 dan sekarang dah cecah 5 angka pon tak sampai setahun.
Memang berbaloi jadi ahli/member shaklee.. Dah komfom2 la dapat bli barang harga ahli kan.. Dan yg lebih best nyer dapat income besar stiap bulan walaupun buat biz secara part time je.. Ramai dah kawan2 yang join sy dapat RM800-RM1500 sebulan dari biz part time ni je.. SAPE nak bg kan?

Yang lebih best nyer, sangat senang nk jalan kan biz ni..
Keahlian Cuma RM65 tambah RM10 untuk starter kit sem msia , akan di hantar ke rumah

X perlu simpan stok kat rumah
X perlu susah payah bungkus n pos barang
100% biz dijalankan secara online
X perlu jumpa orang/customer
X perlu tinggalkan anak
Tunjuk ajar dan bimbingan diberikan secara percuma

Berminat? PM sy segera di FB 
https://www.facebook.com/azlina.aziz.336.. Insya Allah sy akan bantu tunjukkan jalannya bg yang benar2 ingin mencari duit tambahan , duplicate shja apa yg saya buat pasti anda juga berjaya..InsyaAllah. 

Thursday 14 February 2013

TIPS BAYI TIDUR LENA

1. Urutan tubuh – teknik ini bukan sahaja berkesan kepada orang dewasa, bayi juga turut merasa selesa dan nyaman apabila diurut dan ini dapat membantu bayi mudah tidur.

2. Dodoikan bayi dengan lembut – Sentuhan ibu bapa memainkan peranan penting untuk membuatkan bayi selesa. Lagu yang lembut, dan tidak terlalu kuat (lagu zikir contohnya) juga boleh membantu bayi lelap.

3. Balutan atau bedung – Teknik ini dapat membantu bayi berasa selamat ketika tidur dan mengelakkan daripada berlaku kejutan atau gangguan seperti tersentak tubuh atau tangan. Pastikan balutan tidak terlalu ketat dan tidak terlalu tebal. Kain lampin adalah contoh yang sesuai.

4. Tetapkan rutin tidur – Latih anak anda untuk tidur pada waktu yang ditetapkan, mengikut jadual. Ini membantu bayi tidur lena apabila tiba waktu malam jika waktu siang tidak banyak tidur.

5. Pengcahayaan persekitaran – Ini juga penting. Setiap kali saya buka lampu waktu malam untuk menukar lampin, pasti anak saya berkerut matanya kerana silau. Pastikan lampu bilik cukup gelap untuk memudahkan bayi tidur.

6. Elakkan ransang bayi – Mainan, bunyi televisyen atau radio boleh menyukarkan bayi untuk tidur. Pastikan keadaan sunyi dan cukup selesa untuk bayi tidur lena.

7. Pastikan tempat tidur selesa – Pastikan tempat tidur bayi selesa dan selamat daripada habuk, tiada serangga seperti semut atau nyamuk dan tidak lembap atau basah. Keadaan suhu pula tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Barulah selesa!

Tips Penyusuan disini :-
http://mama2win.blogspot.com/2013/01/jom-cuba-kaedah-menambah-pengeluaran.html

Wednesday 13 February 2013

Surah Yang Boleh Di Amalkan Ketika Mengandung

•Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.

•Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.

•Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.

•Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

•Surah al-Fatihah

•Surah Yaasin

•Surah Kursi
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

•Surah Al-Araaf ayat 189
Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

•Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

•Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

•Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

•Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

•Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Semoga bermanfaat, InsyaAllah...

komunikasi dgn bayi anda, Klik sini :-
http://mama2win.blogspot.com/2013/02/komunikasi-dengan-bayi-anda.html

TANTRUM KANAK-KANAK

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,

kredit prof.dr.rozieta shaary

Tuesday 12 February 2013

Komunikasi dengan bayi anda

Menangis adalah satu satunya cara bayi berkomunikasi.
Bayi Anda Lapar? Mengantuk? Boring.. hehehe bayi pon boleh boring tau sebab mama dia tak layan dia... perasan tak bila kita agah dia ketawa.. bila kita buat tak tahu startlah dia menangis semula.

Dengan info diatas, pasangan yang baru pertama kali mendapat cahaya mata mungkin boleh memanfaatkan fakta iaitu
Tangisan bayi bukan bermaksud lapar susu semata mata
Atau susu yang saya hasilkan sedikit, jadi dia kerap menangis
Bergelar ibu bapa bukan memastikan anak sentiasa kenyang  sahaja objektifnya kan?
Fahami tangisannya, ianya akan lebih mudah untuk anda sekeluarga
Susukan bayi anda on demand iaitu pada bila bila masa yang dimahukannya dan sekerap mungkin ( 2 jam sekali jika bayi tidur)
Perah/pam susu ibu keluar semasa payudara membengkak dan bayi masih tidur
(Atau sudah kenyang)

Jadual pam setiap individu adalah berbeza kan... 
Contoh jika
Jadual mengepam ialah pada setiap waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur
Susukan bayi terlebih dahulu Dan kemudian mereka akan tertidur
So mama perlu  mengepam kiri dan kanan selama lebih kurang 20 minit

Tips mengepam :
- Minum segelas air
- Bertenang, nikmati pagi anda (didepan Facebook..ekeke)
- Tiada kuantiti yang dijangkakan
Maksudnya, saya bukan mahu banyak sehingga penuh botol 5 oz Atau botol besar 8 oz
Kita cuma mahu mengepam susu supaya susu ini dapat ditinggalkan pada anak anak semasa keluar berkerja nanti.
- Mengambil supplement yang betul dan berkhasiat untuk melancarkan penghasilan susu ibu


Set Penyusuan Lengkap ini Mengandungi :- 

1. Vitalea (multivitamin) meningkatkan tahap imunisasi badan 
2. Bcomplex with asid folic dapat mengawal stress dan memberi tenaga
3. Alfalfa  mengatasi keputihan dan sebagai perapat serta milk booster
4. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria
BONUS : membantu membakar lemak (utk pelangsingan badan bg ibu)
5. Ostematrik(kalsium) mengatasi lenguh lenguh sakit pinggang dan lutut juga sbg milk booster 
6. ESP mencantikkan kulit disamping memberi tenaga serta sebagai pengalak susu



untuk si ibu di dalam pantang digalakkan menambah ZINK untuk membaik pulih luka dalaman ketika bersalin dan merawat rambut yang gugur



PM sy di FB Azlina Aziz / Azlina Aziz II  harga yg ISTIMEWA!!

KONSULTASI PERCUMA MENANTI ANDA , Sepanjang pengambilan produk ini.

Hari ini 5 YANG TERAWAL , pembelian Package ini RM400 dan keatas akan menerima 5 TIPS untuk mendidik ANAK BIJAK melalui program FGS

Jika Berminat untuk package ini serta 5 tips ini .. PM saya dan Katakan " YES". 
PM sy di FB Azlina Aziz / Azlina Aziz II wassap 0184044834

Inginkan Anak GENIUS

Selamat pagi semua.. ari ni masih ada yang cuti kan. Sekolah ada yang cuti sampai seminggu termasuk sek si wiwin. Saya Bersyukur sangat sekarang ni si wiwin dan boleh buat homework sendiri tanpa kita suruh. Alhamdulillah semoga berterusan begini , apa yang kita suruh pon dia terus buat tak perlu nak ulang ulang...

Syukur pada Allah telah mengerakkan hati mama wiwin ke program Intensif Mentor Kejayaan dan Kejayaan DrAzizan Osman . Wow, banyak yang dipelajari dan diterima dari beliau , beliau seorang yang hebat dan tak kedekut ilmu. Sesungguhnya insan itu sungguh baik hati.


Kata kata beliau :-
"Jika kita ada kelebihan bakat dan ilmu yang boleh dimanafaati oleh orang ramai, berdosa jika kita tidak kongsikan." 

Oleh itu mama wiwin mahu memastikan kita boleh berkongsi sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman bersama. 


Sesuatu yang mama wiwin belajar dari seminar tersebut dah mula di praktikan pada si wiwin.. nampak perubahan.

Anda Berminat dan ingin tahu mengenai FGS ?


Semua ibu bapa inginkan anak GENIUS dan Berpekerti mulia serta anak yang soleh. Bentuk dan bimbinglah anak anak kita dari usia nya muda. 

" Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung" 



Jika anak-anak AKTIF jangan samakan dengan hiperaktif. Anak-anak bijak memang suka melakukan aktiviti. Support and encourage.

Ibu adalah yang terbaik untuk anak anaknya


Saturday 9 February 2013

DEFINISI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF

Penyusuan susu ibu atau Breastfeeding ialah menyusukan anak dengan susu ibu melalui payudara dan bukannya daripada botol susu.

Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong). Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.

Walaubagaimanapun ubat dan oral rehydration salts (ORS) boleh diberikan kepada bayi yang menyusu secara eksklusif (sekiranya perlu).

Bayi perlu diberikan makanan yang berkhasiat ketika usianya 6 bulan. Makanan yang diberikan perlulah seimbang dengan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi dan dalam masa yang sama penyusuan susu ibu masih diteruskan.
Pada ketika ini, penyusuan susu ibu bukan lagi penyusuan eksklusif.

Penyusuan susu ibu dicadangkan untuk diteruskan selama 2 tahun (atau lebih). Ianya bukan lagi penyusuan eksklusif selepas bayi berusia 6 bulan kerana beliau sudah mula bersedia untuk menerima makanan lain selain susu ibu.

Teknik Lekapan Susu Ibu :-
http://mama2win.blogspot.com/2012/04/teknik-lekapan-dan-penyusuan-susu-ibu.html
sumber : www.who

MENGAPA ADA IBU BAPA YANG GAGAL menjadikan anak-anak yang kasih akan Allah?

Diantaranya:-

- Anak-anak itu dikenalkan kepada Allah dengan cara menakutkan anak-anak itu. Contohnya, " Nanti Allah marah.." Atau " Mari sembahyang, kalau tidak Allah bakar di dalam neraka."

Bila anak-anak mengenali Allah sebagai Tuhan yang kejam dan asyik marah dan menghukum, bagaimana mungkin anak-anak akan rasa kasih Allah.

- Bersungut dengan ketidak berian Allah. Contohnya duit tidak cukup, maka marah dengan rezeki yang diterima. Sedangkan orang lain kerja sikit sudah dapat rezeki melimpah ruah.

Anak-anak yang mendengar akan merasai Allah ini memilih kasih dan dia dan keluarganya adalah mangsa.

credit : Prof Dr Rozieta Shaary

Friday 8 February 2013

Relaktasi


Relaktasi ialah proses menyambung semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Sebab sebab ibu mahu memulakan relaktasi antaranya ialah bayinya tidak boleh menerima susu formula (formula intolerance), keadaan kesihatan ibu dan anak, perubahan rumah mahupun tempat kerja dan keinginan untuk menyusukan semula anak selepas bercerai susu(weaning) terlalu awal.
Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.
Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.
Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza
Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.
Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti.
Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.
Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Thursday 7 February 2013

Seminar Dr Azizan Osman - IMKK 2013

Salam jumaat semua... rindu tak dgn coretan mama wiwin.. saya amatlah rindu nak cerita kat uolls semua.

Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana... saya rasa baru hidup . so amazing. mesti uollss semua pelik kan apalah yang diceritakan oleh mama wiwin hari nih.. kekeke

last week attend seminar Dr Azizan Osman di Setia City Mall. Memang awesome hampir 3500 peserta yang High Positif Level dan High Energy. Siapa yang pergi baru tau ... super super power. U're my MENTOR DAO... 



bukan senang nak dapat ambil gambar tau beb.... ni pon mmg DAO benarkan sib baik duk depan.. walaupon bayaran boleh tahan.. tapi nilai yang diberikan sangat bermakna dan ELMU yang mama wiwin dapat sangat-sangat HEBAT . Perasaan yang gembira dan segar tak boleh di ungkai dgn kata2. 

Peserta-peserta terdiri dari jutawan muda, dr, pensyarah, Manager semua terbaekkkk. so awesome baik budi pekerti , peramah , rendah diri dan bersemangat tinggi.

Seminar yang paling bagus terbaek yang pernah saya sertai. The Best we are the powerfull money magnet.

All the POWER semua keluar dalam seminar nih..

Power Of Love
Power Of Desire
Power Of Ideas 
Power Of Faith
Power Of Imagination
Power Of Pesistence
Power Of Money Magnet
Power Of Visualization
Power Og Gratitute
Power Of leadership
Power Of Submision.

ELMU yang diberikan sangat bermakna utk saya , suami dan anak-anak. relationship kami semakin baik diantara satu sama lain. 

Bestkan dapat programkan anak sendiri.. Menakjubkan.