Thursday 28 February 2013

Kepentingan Kalsium & Wanita Hamil


Anda tidak suka minum susu, bau susu meloyakan? Tahukah anda bahawa wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala1 peratus untuk darah dan jaringannya. Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi.

Antara peranan kalsium ialah

Penting ketika proses ovula
si

Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

Untuk tulang

Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

Untuk gigi

Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi

Untuk Jantung

Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

Untuk Sistem Imun

Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit sperti keradangan kulit dan jerawat.

Untuk pertumbuhan dan kesihatan janin

Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.

Tips Ibu Hamil:-
http://mama2win.blogspot.com/2013/01/ostematrik-penganti-susu-tepung-bagi.html

No comments:

Post a Comment