Tuesday 8 May 2012

MEMAKSIMAKAN KESUBURAN ANDA



Bagaimana Untuk Memaksimakan Kesuburan Anda
Pertama sekali anda harus memahami bagaimana badan kita berfungsi, bila saat yang paling subur untuk hubungan seks dan bila perlu mendapatkan rawatan.

Kehamilan sebenarnya bergantung kepada beberapa kejadian penting. Setiap bulan, kelenjar pituitari yang terletak pada otak akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan meransang ovari untuk mengeluarkan telur. Proses ini dipanggil ovulasi. Ini berlaku selalunya pada hari ke 14-16 haid anda.

Sebaik sahaja telur dilepaskan dari ovari, ia akan memulakan perjalanan di dalam salur fallopian, pada saat inilah anda dalam keadaan subur sekali. Telur cuma mempunyai 24 jam sahaja untuk bersatu dengan sperma. Kerana sperma boleh hidup didalam salur peranakkan wanita dengan lebih lama iaitu 2-3 hari selepas ejakulasi, adalah disarankan anda membuat hubungan seks setiap hari sebelum saat kesuburan.

Sebaik sahaja telur sudah disenyawakan, ia akan memulakan perjalanan kedalam rahim dan kehamilan akan terjadi. Sekiranya anda tidak hamil, haid akan terjadi 14 hari dari tarikh anda ovulasi.


Memahami Bila Anda Paling Subur

Catitkan tarikh hari hari dimana anda mengalami haid setiap kali kitaran haid. Sekiranya haid anda sangat teratur, anda memang bernasib baik. Ovulasi selalunya terjadi 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya. Sebagai contoh: Bagi kitaran 28 hari, ovulasi akan terjadi pada hari ke 14 hari (28-14) dan bagi kitaran haid 32 hari pula, ovulasi akan berlaku ke 18 (32-14).

Walaubagaimanapun, Ia tidak begitu tepat bagi mereka yang mengalami haid yang tidak teratur.

Melihat perubahan ada lendir serviks.

Disaat-saat terakhir sebelum berlaku ovulasi, anda akan mendapati yang lendir faraj menjadi lebih cerah, tidak berwarna dan lebih licin. Ia kelihatan seperti putih telur. Masa inilah anda mengalami tempoh subur yang optimal. Selepas ovulasi, lendir akan menjadi likat dan pekat

Mengesan suhu badan asas.
Ini adalah suhu badan semasa anda dalam keadaan rehat. Ovulasi selalunya terjadi sekiranya terjadi kenaikkan suhu badan yang konsisten terutama ditengah bulan.

Teka hari ovulasi dengan Kit Ovulasi

Kit ovulasi boleh memberi jangkaan yang agak tepat bila anda akan berovulasi. Ia terdapat dimana mana farmasi tetapi harganya agak mahal. Untuk keputusan yang tepat sila ikuti arahan yang diberikan pada label.

Perkara Yang Perlu Diambilkira Semasa Mencuba Untuk Hamil

Perkara yang anda perlu buat

*Membuat hubungan seks dengan kerap. Sekiranya hubungan seks anda konsisten 2-3 kali seminggu, anda sememangnya sukar terlepas masa kesuburan anda. Bagi pasangan yang mencuba untuk hamil tiada istilah yang dikatakan terlalu banyak seks.
*Seks setiap hari semasa dekat dengan tarikh ovulasi. Mitos yang mengatakan konsentrasi sperma jatuh setiap kali seks adalah tidak benar sama sekali. Ia tidak berlaku sekiranya anda seorang yang sihat.
*Amalkan cara hidup sihat: kekalkan berat badan yang sihat, senaman secara tetap, makan makanan yang sihat dan kurangkan stress.
*Makan vitamin terutamanya asid folik. Ia boleh mengurangkan risiko spina bifina sebanyak 70%.

Elakkan perkara berikut

*Merokok. Merokok menukar tekstur mukus serviks menyebabkan sperma sukar menghampiri telur. Risiko keguguran juga bertambah sekiranya anda merokok.
*Minum alkohol
*Mengambil ubatan tanpa arahan doktor termasuk ubatan traditional kerana ia boleh memberi risiko kecacatan kepada bayi dan risiko keguguran terhadap kandungan anda.

No comments:

Post a Comment