Thursday 24 January 2013

Persediaan Untuk Menyambut Cahaya Mata

Mama-mama yang sedang menunggu hari ni mesti tak sabar sabar nak menimang cahaya mata especially anak pertama kan.. Dah Buat persedian ke belum
1)      Persediaan Kewangan
Persediaan kewangan untuk menyambut si comel memerlukan perancangan dan persiapan yang rapi mengikut kemampuan supaya kelengkapan dan peralatan penting dapat disediakan. Banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya mengenai barang-barang dan keperluan ibu dan bayi, pemilihan hospital swasta atau kerajaan, penjagaan ibu selepas bersalin dan banyak lagi. Perbincangan dengan kedua pihak suami dan isteri sangat penting supaya masing-masing dapat mengetahui kedudukan kewangan masing-masing dan dapat berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
2)      Persediaan Kesihatan dan fizikal.
Kesihatan ibu yang mengandung sangat penting untuk dijaga supaya bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat dan aktif. Makanan yang mempunyai khasiat dan sumber zat vitamin yang tinggi sangat penting untuk diambil terutamanya di awal kandungan. Ada yang mengalami alahan yang teruk dan ada juga yang langsung tidak mengalami apa-apa masalah di awal kandungan hingga bersalin. Para suami perlu sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan isteri dan banyak membantu meringankan tugasan isteri di rumah seperti memasak, sidai baju dan sebagainya. Ini kerana si isteri yang mengandung biasanya cepat letih terutamanya di trimester yang ke-3.
3)      Kerjaya- jangan bebankan diri dengan kerja yang berat.
Bakal ibu masih lagi perlu bekerja seperti biasa walaupun sudah berbadan dua lantaran amanah yang telah ditanggungjawabkan. Walaubagaimanapun ketika ini perlulah dikurangkan bebanan kerja dan dikehendaki banyak berehat. Bukanlah sampai tidak buat kerja langsung tetapi kerja yang diberi bersesuaian dengan keadaan kesihatan si ibu mengandung.
4)      Lakukan rutin harian seperti biasa.
Rutin harian sebagai isteri tetap perlu diteruskan di rumah. Bukanlah istilah banyakkan berehat semasa mengandung boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan apa-apa kerja dan makan dan tidur sahaja. Cuma kurangkan melakukan aktiviti yang lasak dan kerja-kerja yang agak berat dan mintalah bantuan anak-anak yang sudah besar ataupun dari suami tersayang. 
5)      Membeli peralatan dan kelengkapan bayi.
Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai waktu bilakah yang sesuai untuk membeli peralatan dan kelengkapan bayi. Ada yang berpandangan elok beli dari awak sikit-sikit supaya ketika masa hampir bersalin nanti tidaklah perlu lagi berjalan-jalan di ‘Shopping Mall’ dalam keadaan perut dah memboyot.
Apa-apa pun terpulang kepada kesempatan masing-masing dan eloklah beli sikit-sikit tapi janganlah beli terlalu awal. 
6)      Memilih hospital.
Pemilihan hospital dari awal lagi juga sangat penting dengan mengambil kira faktor kewangan, lokasi dari rumah atau tempat tinggal, keselesaan, pemilihan doktor lelaki atau perempuan dan sebagainya.
Hospital kerajaan dan swasta masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda bebas memilih untuk keselesaan si ibu dan juga si comel yang sudah tidak sabar-sabar melihat dunia baru. Eloklah membuat perbandingan dan pergi ‘survey’ sendiri supaya mudah pada hari mahu bersalin nanti.
7)      Berbincang dengan ibu dan ibu mertua.
Hal ini nampak saja remeh tetapi perbincangan perlulah dilakukan oleh kedua belah pihak supaya tidak berlaku perebutan siapa yang mahu menjaga si isteri ketika berpantang nanti. Keselesaan si isteri yang baru bersalin juga perlu diambil kira. Berbincanglah secara baik dan terangkan kepada ibu atau si ibu mertua supaya salah seorang dari mereka tidak berkecil hati.
Semoga tips dan panduan ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua…

No comments:

Post a Comment