Tuesday 15 January 2013

10 Panduan Untuk Ibu Menyimpan Hasil Perahan

Salam Sayang untk semua, nak citer pasal cara nak simpan susu perahan walaupon rasanya dah pernah citer, kita citer lagi utk ibu-ibu yang baru saja melahirkan, sekarang ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.

2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.

3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.

4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.

5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.

6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.

7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.

8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.

9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.

10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
..............................................................................................

Q1 - Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Q2 - Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

Q3 - Bagaimanakah cara yang betul dalam bab penyimpanan susu yang di pam? Gambar di atas menunjukkan cara penyimpanan susu perahan ibu.

Panduan Penyimpanan Susu Yang Di Pam
Susu yang berada dalam suhu bilik – bertahan hingga 4 jam
Susu yang di simpan dalam peti ais (bukan bahagian sejuk beku) – bertahan hingga 48 jam (2 hari)
Susu yang di simpan dalam peti ais (bahagian sejuk beku) – bertahan hingga 3 bulan
Susu yang di simpan dalam peti sejuk beku (deep freezer) – bertahan hingga 6 bulan

sumber : http://pama.karangkraf.com/famili/10-pilihan-cara-simpan-susu-perahan-1.21850
...............................................................................................

Semoga panduan ini dapat membantu ibu-ibu menyimpan susu perahan.


Untuk set berpantang , mama wiwin boleh sarankan para ibu yang tak mahu mengambil jamu boleh bertukar pada produk shaklee baik juga utk bayi kuning, ibu yang sembelit dan sebagai perangsang susu.

1. Multivitamin - Vitalea untuk memberi tenaga sepanjang berpantang
2.Bcomplex - untuk memgurangkan stress dimana si ibu akan tidur kurang
3. Zink - Untuk luka cepat sembuh dan mengurangkan rambut gugur
4. Ostematrik - Untuk melancarkan penghasilan susu, untuk pelawasan dan migrain



Jika berminat boleh add saya di FB azlina aziz II atau 

Cara membuat pesanan:
  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya. 
  • Anda juga boleh terus kecawangan shaklee berdekatan anda dan membuat pembelian menggunakan ID: 882909 untuk pembelian pada harga ahli. Setelah pembelian bagi saya invoice dan saya akan memberi konsultasi percuma sepanjang pengambilan produk.

No comments:

Post a Comment