Monday 13 May 2013

Ibu Hamil

Ibu hamil?

Jika anda baru sahaja tahu yang anda Ibu hamil, tahniah! Memandangkan sekarang anda bakal menjadi ibu, anda mungkin tertanya-tanya apa yang anda boleh dan tidak boleh makan, dan berapa kalori yang anda perlukan. 

Pada masa ini ibu hamil mungkin tidak begitu berselera, terutamanya jika anda mengalami mabuk hamil pagi. Tetapi cubalah makan secara sihat apabila anda boleh. Diet yang sihat akan membuatkan anda berasa lebih baik dan akan membantu bayi mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukannya untuk membesar. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit serta kerap meminum air boleh membantu menangani loya dan keletihan yang sedang ibu hamil alami sekarang. 

Berbeza daripada apa yang sering anda dengar, anda tidak perlukan kalori tambahan dalam dua trimester yang pertama, jadi jangan fikir yang anda perlu makan untuk dua orang.
Fokus pada asid folik

Juga dikenali sebagai folat atau folasin, asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B. Ia penting semasa kehamilan , ibu hamil perlu TAHU kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa nutrien yang diketahui boleh mengelakkan kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. Badan anda juga memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah serta norepinefrin dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf anda). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) yang mengnormalkan fungsi-fungsi otak dan merupakan satu komponan penting dalam cecair saraf tunjang.

Pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan.

Anda Ibu Hamil , Masalah dalam "MORNING SICKNESS"
untuk mendapatkan Khidmat PERCUMA mari saya bantu anda.

Taipkan Kod "MORNING SICKNESS" ke 0184044834
Beri nama, Kawasan dan Email anda Untuk Tips Menarik Ini. Jangan Lepaskan Peluang TERHAD pada 5 yang Terawal

No comments:

Post a Comment