Sunday 22 April 2012

Recurring blocked duct (susu Tersumbat)


Bagaimana lecithin boleh membantu?

Kejadian blocked duct atau duktus susu tersumbat sering kali terjadi apabila payudara tidak dikosongkan dengan SEMPURNA. Lazimnya keadaan ini terjadi kepada ibu menyusu yang mempunyai produksi susu yang tinggi. Antara punca berlakunya perkara ini adalah tempoh antara dua sesi penyusuan yang terlalu lama, proses cerai susu yang terlalu drastik mahupun penggunaan saiz corong breast shield yang tidak sesuai. Keadaan duktus susu tersumbut yang tidak dirawat bukan sahaja boleh mengakibatkan penghasilan susu menjadi kurang malah boleh turut menyebabkan mastitis kerana susu yang masih tertinggal menjadi tempat pembiakan bakteria yang baik.

Symptom:
  • kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pump 
  • penghasilan susu yang merundun
  • terdapat tompok putih pada puting yang dikenali sebagai “bleb”
Susu dalam payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya akan menjadi lebih pekat dan melekit. Kerana itulah, ada di kalangan ibu yang mendapati walaupun mereka telah direct feeding mahupun pump, keadaan bengkak atau benjolan tersebut masih tidak surut. Apabila perkara ini berlaku, adalah penting untuk payudara tersebut dituam bagi melancarkan aliran susu di kawasan yang tersumbat.

Rawatan:
  • Tingkatkan kekerapan direct feeding bagi memastikan payudara dapat dikosongkan
  • Urut pada bahagian payudara yang bengkak bagi membantu melancarkan aliran susu sekaligus merawat keadaan duktus yang tersumbat
  • Tuam payudara bagi mengembangkan saluran duktus susu dan mencapai letdown dengan lebih cepat. Gunakan heating pad sebelum menyusu sekiranya perlu.
  • Tekan pada kawasan benjolan semasa proses penyusuan sedang berlangsung 
  • Mandi dengan air panas dan halakan payudara terus pada air yang mengalir
  • Jalankan terapi ultrasound (perlu ke klinik bagi prosidur ini)
Pencegahan:
  • Selalu ubah posisi penyusuan agar pengaliran susu menjadi rata bagi kesemua bahagian payudara
  • Elak daripada menggunakan bra yang terlalu ketat 
  • Mengambil lecithin bagi mengelakkan daripada recurring blocked duct 
  • Memastikan payudara dikosongkan dengan sempurna setiap kali selepas sesi penyusuan selesai. Sekiranya perlu, pump setelah anak selesai menyusu bagi mengeluarkan saki baki susu yang masih terdapat dalam payudara 
TESTIMONI dari Marina Nasir

Mengambil lecithin bagi merawat recurring blocked duct

Semasa Zana berumur 5 bulan, saya telah sering kali terkena blocked duct. Kejadian pertama berlaku apabila saya menjarakkan tempoh penyusuan dari satu sesi ke sesi seterusnya melebihi 3 jam berikutan terlalu ghairah untuk mengemas rumah dan tidak mahu diganggu selagi kerja tersebut belum siap. Akibatnya perkara tersebut memakan diri sendiri.

Segala kaedah rawatan telah saya cuba dari tuam dengan air panas ke urut ke pump dan direct feeding namun selang beberapa hari, ianya terjadi lagi. Selepas lebih kurang 2 minggu berlalu dan 3 - 4 kali kejadian blocked duct terpaksa saya lalui, saya dapati penghasilan susu saya telah terjejas dan tidak semeriah sebelumnya. 

Keadaan ini telah merisaukan saya kerana perjalanan penyusuan saya ketika masih terlalu jauh. Setelah membuat research dan pembacaan dari pelbagai sumber dan laman web penyusuan di Internet, saya telah memutuskan untuk mencuba lecithin kerana ramai yang mendakwa ianya mampu merawat recurring blocked duct seperti yang sedang saya lalui ketika itu.


Testimoni :-
Ternyata keputusan yang diambil tidak sia-sia kerana selepas saya menghabiskan 1 botol lecithin, Alhamdulillah keadaan saya menjadi bertambah baik dan sehingga ke hari ini Zana telah menjengah usia 21 bulan, saya tidak lagi mengalami masalah blocked duct selain penghasilan susu turut menjadi lancar semula.
credit : marina nasir

No comments:

Post a Comment