Tuesday 17 April 2012

KEBERANGKALIAN MENDAPAT ANAK KEMBAR


Jom kita berkongsi keberangkalian mendapat anak-anak kembar seperti saya

Untuk mendapat bayi kembar, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu. Ambil vitamin yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu lebihkan makan ubi kayu dan daging. 

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.
Macam mama, mungkin juga disebabkan faktor genetik kerana sebelah en somi mempunyai makcik kembar sebelah emak, dan sepupu perempuan sebelah emak, pakcik kembar sebelah bapak, sebelah saya pula atuk kembar dan sepupu jauh.  kembar. jiran-jiran kembar dan anak jiran-jiran kembar ..ni boleh dikira sekali ker..kehkehkeh

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause. 

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.




No comments:

Post a Comment