Tuesday, 18 June 2013

TIPS IBU MENYUSU DI BULAN RAMADHAN



Di bulan Ramadhan, ramai ibu yang menyusukan bayi akan berdepan dengan masalah kekurangan tenaga untuk menyusukan bayi atau kekurangan air susu akibat kurangnya vitamin atau mineral yang diperlukan untk menghasilkan susu di dalam badan.

Hal ini akan membuat para ibu lesu dan tidak bermaya meneruskan puasa mereka dan akan menjejaskan kesihatan bayi yang menyusu akibat kekurangan penghasilan susu badan. Sekaligus menjejaskan kesihatan kedua-dua ibu dan bayi. Berikut adalah tips ibu menyusu yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramdhan supaya ibu yang menyusukan anak mempunyai tenaga yang cukup sepanjang berpuasa dan penghasilan susu badan mampu menampung kehendak bayi mereka.



Sebelum Bulan Puasa Tiba

  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi protein dan kalsium yang tinggi seperti kekacang, daging dan tempe.
  • Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan badan,
  • Kerap mengepam dengan teknik yang betul.
Ia mampu meningkatkan penghasilan susu badan sehingga menjelang bulan Ramadhan. Tips ibu menyusu di bulan Raadhan ini bukan sahaja digalakkan diamalkan semasa bulan Ramadhan sahaja. Ia juga perlu dilakukan berterusan sejak sebelum bulan Ramadhan supaya badan anda mendapat signal dan telah diset untuk menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda.

Sewaktu Bersahur 

  • Makan vitamin atau supplement.
  • Minum banyak air kosong atau susu.
  • Makan madu atau kurma.
  • Bersahur di penghujung waktu bukan di awal waktu.
  • Makan makanan yang mempunyai indeks glycemik yang rendah; bijirin, oat, pasta, kentang, keledek, buah plum atau jagung.
Ia akan memberi anda tenaga sepanjang hari berpuasa.

Sewaktu Berbuka
  • Berbuka di awal waktu.
  • Makan Kurma terlebih dahulu sebelum makan makanan berat.
  • Banyakkan minum air kosong selepas seharian badan kekurangan air.
Ia dapat meningkatkan semula tenaga anda setelah penat seharian berpuasa di bulan Ramadhan.


Harus Berbuka Puasa Jika Anda Mengalami Tanda-Tanda Berikut :


  • Anda rasa sangat dahaga.
  • Terasa ingin pitam, lemah atau lesu.
  • Air kencing berwarna gelap atau berbau kuat.
  • Anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Hal ini bermaksud anda mengalami ternyahhidrat dan ia boleh membahayakan badan anda. Penurunan berat badan berlebihan semasa bulan Ramadhan boleh menjejaskan penghasilan susu badan. 

Selamat beramal dengan tips ibu menyusu di bulan Ramadhan ini. Semoga tips ibu menyusu di bulan Ramadhan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi anda tenaga yang optimum untuk berpuasa serta dapat meningkatkan penghasilan susu badan untuk memenuhi kehendak bayi anda. InsyaAllah.

Jika anda risau akan kesihatan anda dan bayi, anda digalakkan merujuk kepada doktor untuk mendapatkan tips ibu menyusu di bulan Ramadhan daripada yang pakar dalam bidang penyusuan.

Digalakkan berdoa "Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerena suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku".

Kepada ibu-ibu di luar sana, selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi. Serikan Ramadhan anda dengan mengamalkan tips ibu menyusu di bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah senarai supplement yang boleh menggalakkan penghasilan susu badan dan memberi anda tenaga bagi melalui bulan Ramadhan :


  • Vita-Lea : menukarkan makanan kepada tenaga, menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dan membantu memberi badan rasa bertenaga dan tidak lesu.
  • Vitamin C : antioksidan semulajadi dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • B-Complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
  • Alfafa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Untuk Maintain penghasilan susu dan mengurangkan penghidratan , jemput baca link ini>>>>


Berkat produk Shaklee Susu melimpah ruah >>> 
http://mama2win.blogspot.com/2013/01/berkat-produk-shaklee-susu-melimpah-ruah.html 
✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee, boleh:
1. PM saya, Azlina set bersalin penyusuan dihttps://www.facebook.com/azlina.aziz.336
2. Call/SMS atau WhatsApp saya di 018 4044834

No comments:

Post a Comment