Monday, 24 June 2013

Oh Tidak! Stretch Marks Pada Kulit!



Stretch marks adalah sesuatu fenomena yang normal yang akan dialami oleh setiap wanita mengandung. Stretch marks terjadi apabila kulit perut yang biasanya kecil, meregang dan semakin membesar sewaktu hamil dan kulit mengalami regangan yang melampau dan akan mengakibatkan stretch marks. Tanda-tanda awal terjadinya stretch marks adalah terhasilnya garis-garis berwarna pink dan ungu pada perut anda.

Siapa Yang Akan Mengalami Stretch Marks?

Namun, tidak semua ibu mengandung akan mengalami stretch marks. Cuba lihat perut ibu anda. Adakah dia mempunyai stretch marks? Jika ada, anda berisiko besar akan mengalami stretch marks. Keturunan adalah satu faktor yang menyebabkan stretch marks. Selain itu, sesetengah doktor mengatakan stretch marks terjadi apabila berlakunya perubahan hormon pada wanita mengandung yang akan menyebabkan stretch marks. Kulit yang kering dan meregang merupakan faktor utama terjadinya stretch marks.

Cara Mengatasi Stretch Marks

Setiap ibu mengandung dinasihatkan supaya menyapu pelembap pada kulit sebanyak 3-4 kali sehari. WAJIB menyapu pelembap setiap kali sebelum tidur pada setiap malam dan selepas mandi. Antara pelembap yang disyorkan adalah minyak zaitun, madu, minyak cocoa butter, bio oil, atau vitamin E. JANGAN menggaru stretch marks tersebut kerana ia akan meninggalkan parut pada perut anda dan akan membuat perut anda kelihatan lebih teruk akibat stretch marks yang semakin banyak dan besar!

Selamat mencuba tips-tips di atas untuk menghilangkan stretch marks pada perut para ibu yang mengandung agar perut anda kelihatan lembap dan cantik berseri!


No comments:

Post a Comment