Showing posts with label PANDUAN KETIKA HAMIL. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN KETIKA HAMIL. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

Kepentingan Kalsium & Wanita Hamil


Anda tidak suka minum susu, bau susu meloyakan? Tahukah anda bahawa wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala1 peratus untuk darah dan jaringannya. Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi.

Antara peranan kalsium ialah

Penting ketika proses ovula
si

Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

Untuk tulang

Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

Untuk gigi

Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi

Untuk Jantung

Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

Untuk Sistem Imun

Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit sperti keradangan kulit dan jerawat.

Untuk pertumbuhan dan kesihatan janin

Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.

Tips Ibu Hamil:-
http://mama2win.blogspot.com/2013/01/ostematrik-penganti-susu-tepung-bagi.html

Friday, 25 May 2012

TANDA-TANDA ANDA HAMIL

Rajinnye lah mama wiwin hari ni mengupdate blog... hehe. memandangkan mama wiwin pon bercadang nak mengandung lagi jom kita kongsi bersama-sama kawan-kawan yg diluar tu...


Firstly, benda yang salalu akan kita tengok pada tarikh kedatangan haid seseorang. tapi tak aci juga sebab ada sesetengah wanita ada yang datang haid 2 3 bulan sekali. Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 
keduanya , Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan kita berasa seperti baru selesai berlari sedangkan hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
sambungan :-

PERKEMBANGAN FETUS ANDA

Hamil? Tahniah! saya faham yang ibu mengandung memang banyak soalan, termasuk bagaimana berjimat bila membeli baju materniti! kesihatan pranatal, perkembangan fetus, diet kehamilan dan proses kelahiran dan bersalin. Ibu baru juga boleh mendapat lebih maklumat mengenai penjagaan selepas bersalin, termasuk berpantang.
Sekarang banyak informasi-informasi yang boleh kita tengok contoh di internet, majalah dan surat khabar. Teruja mama wiwin nak pregnat lagi... ngehngehngeh... kali ni nak kembar 4 pulak..larat ke nak bawak perut tu sok mama oiiiii.... 
JOM KETAHUI , Perkembangan fetus anda

Trimester pertama
Persenyawaan 4 minggu 5 minggu 6 minggu 7 minggu 8 minggu 9 minggu 10 minggu 11 minggu 12 minggu 13 minggu

Trimester kedua
14 minggu 15 minggu 16 minggu 17 minggu 18 minggu 19 minggu 20 minggu 21 minggu 22 minggu 23 minggu 24 minggu 25 minggu 26 minggu 27 minggu

Trimester ketiga
28 minggu 29 minggu 30 minggu 31 minggu 32 minggu 33 minggu 34 minggu 35 minggu 36 minggu 37 minggu 38 minggu 39 minggu

sambungan