Showing posts with label KEHAMILAN KEMBAR. Show all posts
Showing posts with label KEHAMILAN KEMBAR. Show all posts

Friday, 24 August 2012

Fakta Kelahiran Kembar

pejam celik pejam celik sekarang kita dah masuk 6 syawal. mama 2win dah dapat ank sepupu baru lagi . baby girl lagi. ngeeee seronok-seronok mmg idam sgt nak ank girl pulak lepas ni. memandangkan mak saudara mama2win ni kembar so kita cerita pasal kembar lagi..

Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu

 ketahui tentang kelahiran kembar.

1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

2. Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.

3. Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

4. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

5. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

6. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

7. Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.

8. Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.

9. Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.

10. Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

11. Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

12. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.

Wednesday, 2 May 2012

MEMILIH MAINAN BAYI 0 - 3 BULAN





Mainan adalah harta karun berharga bagi anak-anak. Termasuk bagi bayi di bawah usia 3 bulan sekalipun.

Fungsi mainan bayi 3 bulan adalah:

• Dapat menghibur bayi.

Mainan dapat mengubati rasa bosan pada bayi, juga dapat digunakan untuk menenangkan perasaan bayi anda.

• Mencerdaskan dan merangsang panca indera.

Bayi akan belajar untuk mengenali warna-warni dan macam-macam bentuk benda. Juga melatih koordinasi dan fokus pada benda yang menarik perhatiannya.

Hal yang Dipertimbangkan Saat Memilih Mainan Bayi Usia 0-3 bulan

Bagaimana cara mengetahui sebuah mainan sesuai bagi bayi kita? Salah satu cara adalah membaca keterangan jarak usia yang tertera pada bungkusnya. Selain itu, kita dapat mengamati saat bayi kita bermain dengan mainan tersebut.

Mainan yang tepat akan membantu bayi kita untuk menyempurnakan keterampilan yang sudah ia pelajari dan juga mengembangkan sebuah ketrampilan baru.

Berikut beberapa tips yang dapat menjadi panduan untuk memilih mainan bayi usia 0-3 bulan:

* Mainan memiliki warna yang menarik namun tidak luntur bila mengalami proses pencucian beberapa kali. Hingga aman bila bayi menggigit-gigit mainan tersebut.

* Teliti seluruh bagian mainan, apakah dijahit dengan baik. Hal ini untuk mencegah risiko bayi tersangkut pada benang yang terlepas.

* Mainan yang berkualiti baik, tidak akan memiliki komponen yang mudah terlepas.
* Carilah mainan yang dapat mengeluarkan bunyi-bunyian, seperti muzik atau gemerincing. Ini dapat menarik perhatian bayi yang senang berekspolrasi dengan mainannya. Pilih yang bersuara lembut, hindari yang bersuara keras karana dapat merosak pendengaran bayi.

* Ukuran mainan harus lebih besar dari ukuran mulut bayi. Ini untuk mencegah bahaya bayi tercekik mainan.

Jenis Mainan Bayi Usia 0-3 Bulan

Beberapa jenis mainan yang dapat diberikan:

• Mainan yang digantung

Mainan ini dapat merangsang indera penglihatan bayi. Warnanya yang cerah disertai suara yang nyaman membuat bayi memberi perhatian dan fokus pada mainan.

• Mainan untuk digigit (theeters)

Bayi secara naluri akan memasukan benda ke dalam mulut dan mengigitnya, termasuk mainan kesayangannya. Kegiatan ini dapat merangsang indera pengecap bayi.

• patung yang lembut dan ringan

Meskipun belum mampu memegang secara sempurna. Namun, mainan yang ringan dan empuk ini sebaiknya dimiliki. Tujuannya untuk merangsang minda bayi

• Gelang gemerincing (rattle)

Mainan ini sangat popular sepanjang masa. Dapat melatih koordinasi panca indera dan pendengar
an bayi anda.
 

Thursday, 19 April 2012

20 TIPS ANAK BELAJAR

Selamat pagi jumaat mama-mama diluar sana... hari ni mama rasa ceria sangat nak tau sebab apa mama si mata $$$$$$ ni en somi dapat BONUS semalam. Lagipon anniversary mama 2win 26/4/2012 dah masuk 7 thn. Alhamdulillah semoga Allah mempermudahkan perjalan kehidupan kami sekeluarga.


Pagi ni mama nak citer sikit / nk bg tips sikit tentang anak belajar untuk anak 1-2 tahun.  


PART 1 Pertama - Kelima)


Pertama : Meneroka Objek 
Anak-anak mula mengunakan tangan untuk meneroka objek yg ada disekitar mereka . dia akan mengenggam dan memegang objek itu utk mengembangkan kemahiran fizikalnya.






Kedua : Perlu Tidur Yang Cukup
Wujudkan rutin waktu tidur yang konsisten utk anak-anak dan perlu tidur siang walaupon sekejap untuk mendapat rehat yang cukup. sekurang-kurangnya mama pon dapat rehat juga ...hehehe. Semakin letih si kecil semakin sukar untuk mereka tidur dengan baik.


Ketiga : Luahkan Emosi.
Sudah pandai Meluahkan kasih sayang kepada kita mereka akan mencium dan membelai kita sebagaimana kita membelai mereka. Dia juga dah pandai menunjukan emosi yang lebih kuat iaitu MARAH.


Keempat : Tunjukkan Perasaan Seronok dan Gembira
Bila kita membawa meraka berjumpa dgn nenek, datuk atau kaum keluarga atau rakan-rakan mereka mula mengambarkan keseronokan meluangkan masa bersama. Dengan ini menunjukan dia sedang membina suatu hubungan yang erat dan mesra.


Kelima : Berkongsi 
Sebut berkongsi , anak kembar mama 2win tak suka berkongsi barang/ permainan. Tapi anda boleh mengatasinya dengan memberi ganjaran jika dia suka rela mahu berkongsi barang. 

TEKNIK URUTAN BAYI


Sewaktu azim azam kat hospital , saya sempat belajar teknik-teknik mengurut bayi. Di ajar oleh Pn ros ker rosnah ..ingat-ingat lupalah nama dia. 


Urutan ni di ajar untuk mempercepatkan pertambahan berat badan baby..  Jom kita belajar mcm mana nak urut baby....


1. Kaki � Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luluskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut � Gunakan kedua-dua tangan. Lebih mudah jika anda di hujung kepala bayi. Urut perutnya perlahan-lahan dalam bentuk huruf U. Pegang kakinya dan bengkokkan hingga ke perut.

3. Tangan � Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada � Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu, dan turun ke tulang rusuk. Urut secara menyerong dari paha kanan ke bahu kiri. Ulang untuk kaki sebelah lagi.

5. Muka � Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Untuk pipi, usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan � Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan kanak-kanak akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu dan anak tapi dapat :- 

> Memperbaiki perjalanan darah.
> Merangsang deria.
> Mengurangkan tekanan.
> Memperbaiki sistem penghadaman.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
> Membantu memudahkan bayi tidur.
> Merangsang aliran oksigen dalam badan.
> Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
> Membantu perkembangan fungsi otot.
> Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
> Merangsang penghasilan hormon.



Bagi mama-mama yang baru melahirkan anak pra matang boleh lah belajar teknik-teknik seperti di atas... ini lah juga saya buat pada azim azam utk cepat keluar dari hospital

Wednesday, 18 April 2012

BAYI PRA MATANG PERLU PENJAGAAN RAPI

Sebelum ni kita pernah bercerita berkenaan dengan bayi saya pra matang yang lahir 1.3 dan 1.4kg sahaja.  Bayi saya dipaksa lahir kerana air ketuban sudah pecah dengan sendirinya. mula -mula saya ingat saya kencing malam tau, napa pulak aku terkencing ni..huhu terkejut gak sebab anak pertama kan takde pengalaman. Bila beritahu mak mertua dia suruh cepat-cepat pergi hospital ...eh dah nak bersalin ni sebab air ketuban dan keluar, dlm hati pelik gak baru 7 bulan ni. nk bersalin ke aku ni...muka cuak. takut sebenarnya..rilex2. buat-buat muka mcm tak takut tapi dlm hati hanya tuhan yang tahu... Akhirnya setelah 5 hari kat hospital , doktor sebulat suara menyarankan aku buat pembedahan mengeluarkan bayi, sepanjang berada di hospital aku discan dan diperiksa dan sentiasa dipantau.


24/3/2006 lahirlah muhammad azimshah dan muhammad azamshah ke dunia , berat mereka 1.3kg dan 1.4kg terus dimasukkan ke dalam NICU untu dijaga rapi. Setelah 3 hari semua keadaan mengizinkan dan semua ujian dibuat ..alhamdulillah kedua-dua sihat tapi memelukan penjagaan yang rapi. hampir 40 hari mereka dihospital dan baru boleh keluar..so habis pantang kat hospital je lah. 


Keperluan bayi pra matang iaitu HABA / kepanasan persekitaran yang cukup. mereka tak mempunyai lemak secukupnya untuk kekal suhu badan walaupun kita selimutkan. Di masukkan kedlm incubator sehingga berat bayi cukup utk mengekalkan suhu badan.  
Pemakanan dan tumbesaran memerlukan nutrisi yg lebih tinggi, lazimnya tumbesaran mereka lebih cepat dr bayi cukup bulan lebih-lebih lagi sistem pencernaan mereka tidak efectif .


SUSU ibu adalah adalah makanan paling baik untuk si manja, memulakan penyusuan sedikit demi sedikit mengikut sukatan, kerna boleh membahayakan masalah usus.  Susu ibu mengadungi protien membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran . Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

Masalah Penyakit kuning (jaundis) disebabkan bilirubin yg dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah, ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Tahap jaundis yg terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak dan kecacatan pendengaran.


Mama-mama pernah dengar Apnea tak. ini adalah keadaan bayi yang berhenti bernafas, sewaktu saya duduk di wad saya penah tengok sendiri kes seperti ini. ank kawan sebelah katil sya berhenti bernafas.Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkinkelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome) ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dansecara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi denganlebih baik.

Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.
* Patent Ductus Arteriosus(PDA) , Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang,mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh
mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.



Masalah retina, tahu tak mama-mama kat luar sana kesian dengan bayi waktu tu baru keluar hospital 2 bulan umur mereka dah kena cek mata. dikangkang mata mengunakan alat untuk melihat di dalam retina anak-anak.. kalu tak silap 3 kali appointment cek mata. takut mata mereka tidak memberi tindak balas.


Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi

Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilaiperkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.

BAYI PRA-MATANG DAN SUSU IBU

Bayi pra-matang akan dimasukkan dalam incubator jika beratnya kurang . kebanykan bayi pra matang ni yang melahirkan kembar. 


Macam saya , saya melahirkan azim azam sewaktu kandungan 7 bulan iaitu bayi pra-matang. Memang takde susu sangat, sampai menangis-nangis nak perah susu yang sikit. sampai puting pon berdarah-darah. Sebagai seorang mama, kasihan kan dua orang bayi yang lahir hanya berat 1.3kg dan 1.4kg sahaja yang duduk didalam incubator hampir 2 minggu untuk mencapai berat 1.7kg baru keluar dari incubator . Pertama sekali nurse akan minta susu ibu bukan susu formula.


Sewaktu mereka duduk di incubator , saya pon duduk dihospital sekali sehingga mereka mencapai berat 1.8kg baru keluar. habis pantang gaklah duduk kat hospital. memang dah tak pantang dah lah...mane taknya 40 hari kat hospital. Rugi tak pantang betul-betul  sib baik waktu tu saya ada ambil susu dan vitamin. kalu tak amik memang penat gila duk hospital dah lah waktu tidor tak teratur, dengan makan minum pon tak terpantang dengan nak jaga jahit operation lagi memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan lah...


Bercerita tentang susu ibu, di hospital kita digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga berusia 6 bulan. dan selepas 6 bulan barulah diberi makanan tambahan seperti bubur formula, air minuman sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun ke atas atau atas kehendak ibu dan anak. Untuk bayi pra matang seperti anak saya memerlukan susu ibu untuk mereka cepat menaikkan berat badan dan juga memerlukan belaian dan urutan . nanti kita belajar pula teknik untuk bayi menambahkan berat badan yer...


Di hospital saya di ajar bagaimana mengepam susu ibu yang kurang . pertama sekali masa. peruntukan 4 jam sekali untuk mengepam susu ini bermaksud start pukul 6 pagi so 10 pagi pam lagi, pukul 2 pam lagi dan seterusnya . jangan miss walaupon tengah malam. kedua urutan di payudara , ketiga   vitamin / supplement perlu diambil oleh si ibu jika mempunyai susu yang kurang (milk booster) dan si ibu lebih cergas. bila si ibu ceria dan cergas outamatiknya kita kurang tekanan.  keempat jangan stress, bila si ibu stress susu akan berkurangan.


Simpan lah susu yang kita pam tadi didalam peti sejuk dan dilabelkan tarikhnya. Boleh bertahan selama 72 jam , jika kat tempat beku boleh bertahan selama setahun. 


mama-mama kat luar sana mesti tahu kan kebaikan susu ibu, dpt mengurangkan risikio Sindrom kematian bayi mengejut, jangkitam telinga tengah, kesejukan, demam selsema, asma, leukimia, ekzema dan banyak lagi. tahu tak dengan memberi penyusuan kepada bayi boleh juga menurunkan berat badan si ibu.. credit pada ibu-ibu yang memberi susu badan kepada anak-anak, seiring itu gak boleh kurus.

PANDUAN MENJAGA ANAK KEMBAR

Memandangkan mama ada anak kembar nak bagi panduan untuk menjaga anak kembar..jom kita baca bagi mama-mama diluar sana yang baru melahirkan kembar. 

Masa menyusu

Sebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama.

Cara pertama: Peruntukkan 10 minit bagi setiap seorang iaitu selepas menyusukan kembar pertama selama 10 minit, susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang.

Namun, jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.

Bagaimanapun, jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah kedua-duanya secara serentak.

Cara kedua: Menyusukan kembar pada waktu berasingan. Kaedah ini boleh diamalkan kerana ada pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang berbeza.

Misalnya, kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur.

Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin, susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan membancuh susu berdekatan.

Mandi

Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.

Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.

Pakaian

Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi. Satu lagi, jangan biasakan diri terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai – bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa, jangan bimbang

Tuesday, 17 April 2012

DOA DAN AMALAN SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum ...


nak share sikit dengan kengkawan kat luar sana, mama-mama yang sedang mengandung ni dia doa dan amalan semasa mengandung . Mudah-mudahan diberkati olehNya. Amin


Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.
Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.
Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.
Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).
Surah al-Fatihah
Surah Yaasin
Surah Kursi
Surah Al-Araaf ayat 189
Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.




PETUA MEMUDAHKAN BERSALIN

Petua Memudahkan Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.




Monday, 16 April 2012

KEHAMILAN KEMBAR

Kehamilan Kembar 
Sebahagian kecil wanita memang bernasib baik apabila mereka disahkan mengandung, tetapi adalah lebih menggembirakan pasangan apabila kandungan itu kembar pula.

Mengikut kajian, kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap lapan puluh kehamilan. Kejadian ini biasanya berlaku secara spontan dan tidak siapa yang boleh mengawal kejadian ini. Tegasnya seseorang tidak berupaya melakukan apa-apa usaha untuk menjadikan kehamilannya kembar walaupun dia benar-benar menginginkannya. Kelahiran kembar seringkali berlaku berulang kali dalam sesuatu keluarga. Dalam hal-hal lain, ia ada kaitan dengan keturunan bagi menentukan kejadian kehamilan kembar ini.

Selain faktor keturunan, penggunaan ubat penyubur telah menyumbang kepada peningkatan peratus kejadian kehamilan kembar dan berganda (multiple pregnancy). Misalnya, dengan menggunakan ubat penyubur ´clomiphene´ iaitu sejenis pil yang diberi kepada wanita yang kurang subur, kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan mereka ialah lebih kurang empat hingga lima peratus. Dengan penggunaan ubat suntikan yang lebih kuat lagi iaitu hormon yang digelar ´gonadotrophin´ kejadian kehamilan kembar meningkat berganda lebih tinggi mungkin dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus. Ubat pil penyubur ´clomiphene´ dan suntikan ´gonadtrophin´ ini kerap digunakan oleh doktor pakar di klinik pakar mandul dan klinik pakar ginaekologi.

Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita. Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid. 

Setelah persenyawaan berlaku menerusi percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan, embryo akan terbentuk. Jika dua benih perempuan yang dikeluarkan serentak, maka kedua-dua benih perempuan yang disenyawa akan menghasilkan dua embryo yang berlainan.

Pasangan kembar yang dihasilkan daripada satu telur, yang kemudiannya pecah untuk menghasilkan dua jasad akan menjadi pasangan kembar satu uri. 

Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada keduanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama. Manakala pasangan kembar yang dihasilkan dari dua telur ataukembar tidak seiras (non-identical twin) biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan rupa paras, perwatakan dan sifat mereka adalah tidak sama. Dalam kembar yang sama biasanya satu uri sahaja yang dihasilkan dan uri ini digunakan bersama oleh kedua-dua bayi ketika dalam kandungan. Manakala dalam pasangan kembar yang tidak sama uri biasanya ada dua, satu bagi setiap bayi.

Kembar seiras (Identical twin) dari satu embryo kebanyakan menjadi dua insan (lengkap) sama rupa, jantina, dan lain-lain.