Wednesday, 18 April 2012

PANDUAN MENJAGA ANAK KEMBAR

Memandangkan mama ada anak kembar nak bagi panduan untuk menjaga anak kembar..jom kita baca bagi mama-mama diluar sana yang baru melahirkan kembar. 

Masa menyusu

Sebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama.

Cara pertama: Peruntukkan 10 minit bagi setiap seorang iaitu selepas menyusukan kembar pertama selama 10 minit, susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang.

Namun, jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.

Bagaimanapun, jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah kedua-duanya secara serentak.

Cara kedua: Menyusukan kembar pada waktu berasingan. Kaedah ini boleh diamalkan kerana ada pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang berbeza.

Misalnya, kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur.

Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin, susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan membancuh susu berdekatan.

Mandi

Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.

Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.

Pakaian

Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi. Satu lagi, jangan biasakan diri terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai – bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa, jangan bimbang

No comments:

Post a Comment