Sebelum ni kita pernah bercerita berkenaan dengan bayi saya pra matang yang lahir 1.3 dan 1.4kg sahaja. Bayi saya dipaksa lahir kerana air ketuban sudah pecah dengan sendirinya. mula -mula saya ingat saya kencing malam tau, napa pulak aku terkencing ni..huhu terkejut gak sebab anak pertama kan takde pengalaman. Bila beritahu mak mertua dia suruh cepat-cepat pergi hospital ...eh dah nak bersalin ni sebab air ketuban dan keluar, dlm hati pelik gak baru 7 bulan ni. nk bersalin ke aku ni...muka cuak. takut sebenarnya..rilex2. buat-buat muka mcm tak takut tapi dlm hati hanya tuhan yang tahu... Akhirnya setelah 5 hari kat hospital , doktor sebulat suara menyarankan aku buat pembedahan mengeluarkan bayi, sepanjang berada di hospital aku discan dan diperiksa dan sentiasa dipantau.
24/3/2006 lahirlah muhammad azimshah dan muhammad azamshah ke dunia , berat mereka 1.3kg dan 1.4kg terus dimasukkan ke dalam NICU untu dijaga rapi. Setelah 3 hari semua keadaan mengizinkan dan semua ujian dibuat ..alhamdulillah kedua-dua sihat tapi memelukan penjagaan yang rapi. hampir 40 hari mereka dihospital dan baru boleh keluar..so habis pantang kat hospital je lah.
Keperluan bayi pra matang iaitu HABA / kepanasan persekitaran yang cukup. mereka tak mempunyai lemak secukupnya untuk kekal suhu badan walaupun kita selimutkan. Di masukkan kedlm incubator sehingga berat bayi cukup utk mengekalkan suhu badan.
Pemakanan dan tumbesaran memerlukan nutrisi yg lebih tinggi, lazimnya tumbesaran mereka lebih cepat dr bayi cukup bulan lebih-lebih lagi sistem pencernaan mereka tidak efectif .
SUSU ibu adalah adalah makanan paling baik untuk si manja, memulakan penyusuan sedikit demi sedikit mengikut sukatan, kerna boleh membahayakan masalah usus. Susu ibu mengadungi protien membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran . Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
Masalah Penyakit kuning (jaundis) disebabkan bilirubin yg dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah, ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Tahap jaundis yg terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak dan kecacatan pendengaran.
Mama-mama pernah dengar Apnea tak. ini adalah keadaan bayi yang berhenti bernafas, sewaktu saya duduk di wad saya penah tengok sendiri kes seperti ini. ank kawan sebelah katil sya berhenti bernafas.Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkinkelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome) ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dansecara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.
Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi denganlebih baik.
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.
* Patent Ductus Arteriosus(PDA) , Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang,mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh
mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.
Masalah retina, tahu tak mama-mama kat luar sana kesian dengan bayi waktu tu baru keluar hospital 2 bulan umur mereka dah kena cek mata. dikangkang mata mengunakan alat untuk melihat di dalam retina anak-anak.. kalu tak silap 3 kali appointment cek mata. takut mata mereka tidak memberi tindak balas.
Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi
Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilaiperkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.
No comments:
Post a Comment