Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts

Thursday, 6 February 2014

Mama Dah Bersalin

Salam Jumaat Untuk semua sahabat... Mama Dah Bersalin, Dalam wad tak dan nak ambil gambar .. (hati dup dap dup dap) (gambar hiasan)

Hi uollllsss... wah dah lama nyer mama wiwin tak update blog nih, dah naik bersawang . Mama wiwin masih di dalam pantang agi..sedang mengira hari tuk habis pantang weeeewittt.. ngeee 

Yang suka baca blog mama apa kabar mama2 semua, harap sihat dan ceria disamping anak-anak tersayang. Hari ni tetiba nak start update blog balik ..windu.

Nak tengok tak baby baru wiwin.. baby Alham. (muhammad Alhamshah Bin Nazri Shah) si baby yang tak sabar nak keluar due date mama 5/2/2014 tapi baby nak kuar cepat . Tadaaaa 30/12/2013 lahirlah si baby alham berat 2.42 secara caeseran di Pantai Medical centre ,Klang. Air ketuban pecah dari tengah malam 29hb. Dulu masa wiwin air ketuban tu pecah tak lah sehebat baby alham. giler macam air paip kau.. dekat wad di atas katil mama pusing kanan dikeluar laju mama pusing kiri keluar laju bila mama bangun lagi lah mcm sedang kencing sambil berdiri... hehehehehe. Nak citer agi, masa air ketuban nak pecah mama sedang sembang2 dengan wiwin dan en asben atas katil sambil baring2 nak tidur..sekali dapat rasakan ada bunyi "poop" . 

" Ayah, ni air ketuban atau kecing nak keluar..masih dalam keadaan baring, bila mama berdiri jer mencurah-curah air keluar so masuk toilet sebab nak cium kain yang mama pakai, kalau tiada bau bermakna sahlah itu air ketuban. mama pon cium lah.., ayah ni air ketuban dalam keadaan biasa taklah kelam kabut sebab air ketuban tak sakit . Si wiwin terpingga2..Ngeeee. 

Suruh en Asben siapkan air panas dan mandi , kemaskan diri sebelum ke hospital. sambil mama jalan ke bilik ke depan air ketuban meleleh-leleh satu rumah walaupon pakai pad. Tembus .. memang banyak gila. Dalam kereta siap letak kain towel kat tempat duduk sebab baju mengandung mama pakai tu dah basah . Dan dalam kereta jugak baru buat keputusan nak bersalin mana Hosp besar / private. 

Situasi di hospital... nak jumpa Doktor mana puan, ohhhh aku belum register dgn mana2 doktor lagi selama ni check up di klinik desa. Sister pon datang dan tanya mcm-macam soalan sebelum menelefon doktor pakar. Alhamdulillah doktor pakar terima kes saya di situ.. syukur dipermudahkan. Sebelum masuk wad kena seluk dulu lah beb... selok tiada bukaan lagi. cek jantung baby itu dan ini baru masuk wad dalam jam 1pagi. 
Keesokan pagi jam 10.00 jumpa pakar, dan seluk lagi tiada bukaan.. Doktor pakar menasihatkan bersalin secara pembedahan kerana takut komplikasi pada bayi dan ibu, mereka tak boleh induce atau apa ntah dah lupa. sebab previous bersalin juga secara pembedahan .. reason takut rahim pecah dan takut baby lemah sebab air ketuban kurang. 
Kami pon terima keputusan doktor 10.40 saya masuk di dalam bilik pembedahan , sebenarnya secara tidak tenang juga.. HOHOHO. HAnya doa padaNya tak putus-putus semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mudah. Trauma dgn pengalaman bersalinkan wiwin lepas bersalin batuk dan tempat operate tu sakit macam rasa luka pedih , perut sakit dan kembung. 

Mama mintak doktor pakar bius untuk bius sepenuh badan , 3 pakar bius memujuk mama amik spinal supaya dapat melihat baby keluar.. lama juga mama mengalah. Mereka janji buat lembut-lembut dan tak sakit. Bermula lah bius ditulang belakang.. pelan-pelan bius dimasukkan... sangat-sangat lembut, tidak rasa kesakitan disitu, dan mama dibaringkan . Sambil doktor menyuruh mengangkat kaki.. mama dalam keadaan mamai asik membebel jer dan jwb persoalan doktor hehehe. yang mama ingat lagi mama bgtau "saya ngantuk lah nak tidur" doktor cakap kita tengok baby keluar dulu ok... 
Jam 11.14am baby alham pon keluar... gebu "dalam hati ..eh baby girl ke, sekali pandang bird,... hehehehe"  so mama pon lihat baby dibersihkan dan diletakkan pada mama sambil mak bidan memberitahu tac nama kat baby pada kaki dan tangan.. selepas tu mama pon booommm tdo. 11.30 mama dah terjaga dan diberi injection di kaki sebelum dihantar ke wad.  

Masuk je wad mama pon sempat mengambil handphone bukak FB beb , update status ucapkan terima kasih pada kengkawan yg mendoakan. sembang2 dengan mak dan maksaudara yang ada didalam wad sebelum sambung tidur. 
Beza beb memang berbeza bersalin wiwin dgn bersalin alham..siap tnya nurse kenapa tak batuk, bius dah habis ker.. 

Seriuslah mama rasa masih bertenaga lagi tau, hari kedua baru dibenarkan mama berjalan.. selamba jer jalan macam takde apa-apa berlaku.. Sampai nurse bagi ubat tahan sakit , mama tolak saya tak sakit tak payah makan boleh tak... HAHA. 
Tapi makanan mama yang mama tak boleh tolak ..mama terus capai Zink Shaklee  makan pagi sebelum makan Sebiji. Selepas makan Mama ambil Bcomplex, vitalea dan Vitamin C shaklee . Malam mama makan Ostematrik kalsium Shaklee. Semuanya Atas izin Allah alhamdulillah sampai ke hari ini dah 30+ hari mama hanya tidur 3-4jam sehari . TAK LETIH serius, Jahitan pon tak sakit langsung, cuma perut jika masuk angin akan sakitlah..
Ni dia Produk yang mama makan dari awal pregnant lagi kecuali zink lepas bersalin baru ambil  Ditambah pula dengan Vitamin C untuk penyerapan yang baik . 

Jangan Baca dan dengar je orang cakap-cakap tentang produk ni.. cuba dan rasai sendiri. 
Pengalaman Mama dengan set bersalin terhebat ini :-
Cergas dan Lebih bertenaga walaupon kurang tidur
Kulit kusam/hitam kembali bersih dan cantik
Luka jahitan cepat sembuh
Pening atau sakit-sakit badan Tiada
Kurang stress dan sentiasa Happy
Rahim cepat kecut 
Kulit bayi bersih dan gebu 

Tak cuba anda adalah orang yang paling rugi.. Serius, tapi jangan lupa semuanya atas izin dari Allah. 

Bersambung..nanti mama wiwin update gambar baby alham okeh, Baby alham dah menangis nak susu.. 

✔ BERMINAT/ SEBARANG PERTANYAAN ? Sila Sms/Wassap di 018-4044834 SEKARANG JUGA!!!
Untuk HARGA ISTIMEWA


Hubungi di :-
Facebook : https://www.facebook.com/azlina.aziz.336
Fanpage : https://www.facebook.com/RahsiaSusuIbuBanyak

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Harga Yang berpatutan 
✔ Konsultasi "PERCUMA" sepanjang pengambilan produk.
                  

Wednesday, 17 July 2013

Mudah Bersalin + Pengeluaran Susu Lancar Pada Kelahiran Pertama

Assalamualaikum ibu-ibu. Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. Harini saya nak share satu pengalaman seorang ibu yang melahirkan anak pertamanya. Jom kita baca pengalaman beliau.



Ibu yang baru melahirkan anak pertamanya telah menggunakan set bersalin Shaklee sepanjang beliau hamil. Alhamdulillah, proses kelahiran bayinya mudah dan pengeluaran susu yang banyak walaupun ini pengalan pertama beliau bersalin. Kebiasaannya, bukan mudah untuk susu badan keluar terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali hamil. Namun, dengan berkat menggunakan set bersalin Shaklee dan diizin Allah swt, segalanya berjalan lancar buat ibu ini.

Kenapa set bersalin Shaklee? Apa kelebihannya?


Set bersalin Shaklee telah terbukti berkean oleh ramai penggunanya. Yang pertama disebabkan penghasilannya 100% daripada bahan semulajadi. Yang kedua, ia berperanan dalam merawat sistem badan kita yang berfungsi kurang baik dengan menyalurkan segala vitamin dan mineral yang diperlukan badan.

  • Vitalea adalah multivitamin yang mampu meningkatan imunisasi badan anda. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu hamil. Dengan itu, ibu hamil akan sentiasa sihat bertenaga.
  • B-complex with asid folic berperanan dalam mengawal stress dan memberi tenaga kepada ibu hamil dan ibu yang ingin bersalin. Ia juga berperanan meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah. Ia turut memudahkan proses kelahiran bayi serta mengelakkan ibu mengalami anemia.
  • Zink berfungsi untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat dengan merawat sel kulit dan mencantum semula koyakkan tersebut. Ia juga berperanan dalam membentuk kulit bayi menjadi halus dan gebu.
  • Lecithin penting untuk pertumbuhan otak bayi. Ia juga sesuai untuk ibu bersalin yang ingin kurus kerana lecithin berperanan dalam membakar lemak dan kolesterol agar anda kelihatan langsing selepas bersalin. Ia sangat popular dalam kalangan ibu berpantang yang ingin menurunkan berat badan mereka.
Ramai pengguna yang telah berpuas hati dengan set bersalin Shaklee ini. Jadi, apa tunggu lagi? Jom dapatkan set bersalin Shaklee ini sekarang!


✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 018 4044834 SEKARANG JUGA!!!

✉ boleh juga PM/inbox https://www.facebook.com/azlina.aziz.336 sy.. komen je pn boleh

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan



Tuesday, 16 July 2013

Kelebihan Set Bersalin Shaklee Yang Menakjubkan!

Ramai ibu yang sedang hamil mengalami penurunan kandungan haemoglobin secara mendadak. Hal ini membuatkan ibu sentiasa berasa letih dan tidak bermaya. Tenaga untuk melahirkan bayi terganggu akibat masalah ini. Masalah kedua, luka bersalin mengambil masa yang lambat untuk sembuh membuatkan pergerakan ibu bersalin terbatas dan terpaksa menanggung kesakitan dalam tempoh masa yang lama. Menakutkan bukan?

Tapi kini, anda tidak perlu lagi risau dengan masalah tersebut. Set bersalin terhebat Shaklee mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Ianya adalah vitamin yang sesuai diambil oleh ilbu hamil dan ibu berpantang agar sistem badan anda diperbetulkan dan menjadi normal.

Beberapa jenis vitamin yang terkandung dalam set bersalin terhebat Shaklee : 


  • Vitalea adalah multivitamin yang mampu meningkatan imunisasi badan anda.  
  • B-complex with asid folic berperanan dalam mengawal stress dan memberi tenaga kepada ibu hamil dan ibu yang ingin bersalin. Ia juga berperanan meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah.
  • Zink berfungsi untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat dengan merawat sel kulit dan mencantum semula koyakkan tersebut. 
  • Lecithin penting untuk pertumbuhan otak bayi. Ia juga sesuai untuk ibu bersalin yang ingin kurus kerana lecithin berperanan dalam membakar lemak dan kolesterol agar anda kelihatan langsing selepas bersalin.
Testimoni Pengguna : 



Ramai pengguna yang telah berpuas hati dengan set bersalin terhebat Shaklee ini. Jadi, apa tunggu lagi? Jom dapatkan set bersalin terhebat ini sekarang!



✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 018 4044834 SEKARANG JUGA!!!

✉ boleh juga PM/inbox https://www.facebook.com/azlina.aziz.336 sy.. komen je pn boleh

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan


Tuesday, 2 July 2013

Tips Terhebat Untuk Menyembuhkan Luka Prineum Dan Susu Badan Yang Banyak!



Kebiasaan ibu yang bersalin secara normal, pasti akan mengalami luka prineum. Luka prineum berlaku semasa proses pngeluaran bayi di mana vagina akan terkoyak untuk menampung kelebaran bayi tersebut dan akan dijahit semula oleh doktor untuk mencantumkan semula koyakan tersebut. Tetapi proses penyembuhan luka ini adalah berbeza bagi setiap ibu bergantung kepada sistem penyembuhan luka dalam badan mereka.

Ya, luke prineum ini memang sakit dan ia membataskan pergerakan ibu yang sedang berpantang. Tetapi, seorang ibu yang baru lepas bersalin berjaya merawat luka prineum mereka hanya selama seminggu! Jom kita tengok rahsia beliau.


Lihat! Ibu ini bukan sahaja dapat menyembuhkan luka dalam masa seminggu, malah dapat memperbanyakkan susu badan dan melicinkan kulitnya yang selama ni teruk akibat resdung. Set Hamil Shaklee sangat hebat untuk digunakan ibu yang lepas hamil.

ESP menyediakan sumber protein yang lengkap untuk badan kita. Setiap struktur dalam badan kita dibuat daripada protein. Luka juga, perlukan protein untuk sembuh. ESP akan merawat struktur badan yang telah rosak menjadi sempurna. Sebagai contah, menyembuhkan luka dan merawat kulit yang teruk. Ia turut membekalkan protein untuk penghasilan susu badan yang banyak.

Alfalfa adalah Bapa Kepada Semua Vitamin dan Mineral. Ia melengkapkan permintaan badan kita untuk mendapatkan badan yang sihat. Ia turut membekalkan enzim baik untuk melancarkan proses dan sistem dalam badan kita.

Ostematrix sebagai sumber pelengkap kalsium dalam badan kita. Ia bukan sahaja membantu mengekalkan tulang dan gigi yang baik, malah turut bertindak sebagai milk-booster. Ostematrix turut melancarkan peredaran darah dengan melancarkan kitaran haid anda dan mengurangkan stress. Jadi, ibu akan berasa sentiasa tenang selepas melahirkan bayi.

Set hamil terhebat daripada Shaklee ini akan memberi anda 3 kelebihan dalam satu masa! Hebat bukan?

Jadi, apa tunggu lagi? Jom dapatkan Set hamil terhebat daripada Shaklee ini sekarang!


✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 018 4044834 SEKARANG JUGA!!!

✉ boleh juga PM/inbox https://www.facebook.com/azlina.aziz.336 sy.. komen je pn boleh

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan


Monday, 17 June 2013

SET BERSALIN TERHEBAT





Set bersalin terhebat di pasaran terkini adalah set bersalin Shaklee. Set bersalin terhebat yang dihasilkan oleh syarikat makanan tambahan no 1 di dunia; Shaklee yang bertahan lebih daripada 55 tahun mengandungi 100% bahan-bahan semulajadi dan selamat; tumbuhan yang ditanam secara organik dari baka tulen.

Sunday, 10 March 2013

Susu Terus Keluar Bila baby hisap buat pertama kalinya

Salam Isnin buat pembaca blog mama wiwin, happy teruja sangat pagi ni.. malam tadi mimpi lahirkan baby tiwn agi.. sonok sgt...tak tahu nak bayangkan keseronokan nya mcm mana..ngeh3x

Pagi-pagi pula dapat PM dari adik shah irma berkongsi pengalaman ambil produk shaklee sebelum melahirkan..Saya hanya mampu buat yang terbaik utk adik2 diluar sana.. mana yang perlu di ambil , apa yang perlu di makan dan apa yang perlu dibuat..
Tumpang gembira dengan pengalaman adik ni... sangat2 bersyukur semoga Allah permudahkan segala urusan buat kawan-kawan di luar sana.
  • February 21
  • Shah Irma
    salam..saya akn undergo ceaser jumaat minggu dpn.apa set yg sesuai untk ibu2 yg ceaser n dlm ms yg sama fully breastfd
    • Azlina Set Bersalin Penyusuan
      ok set berpantang shaklee mmg baik utk luka dlman ketika pembedahan + ESP + Ostematrik kalsium
      ESP + OSTEmatrik ni dlm seminggu ni dh boleh makan ..utk cepat luka sembuh dan tenaga
    • Today
    • Shah Irma
      Alhamdulillah,today is my 11th day of confinement.juz nk share experience..4 hari sblum ceaser,saya amik b complex,vita lea dgn oste..Alhamdulillah during surgery x de apa2 masalah,sbb doc sgt risau memandangkn darah dlm badan x cukup(saya ada symptom darah cair wktu pregnncy).1 jam lps ceaser,saya dh mintak nurse bwk bby dlm bilik untuk brsfeed...sampai nurse tkejut sbb normally ibu2 lps ceaser akn rs lemah due to ubt bius n so on..lbh2 lg jahitan dperut yg sgt fresh,normally patient akn takut untk mmbuat any movemnt...sememangnya bila bius habis akn rs sakit,tp badan msh mampu dan kuat untk melawan rs sakit..n amazingly susu pun terus keluar,bila bby hisap untk prtama kalinya..slps bsalin saya consume zinc n esp..stock trkumpul is 30 auns...Alhamdulillah..even skali pump saya hanya dpt x sampai 4 auns tp susu nmpk.pekat..mgkin saya perlu tingkatkn power pumping spt yg dcadangkn dlm page ini..
      • Azlina Set Bersalin Penyusuan
        Alhamdullillah dear pengalaman yg hrus dikongsikan bersama.... syukur2 sbb akk tahu betapa lemah dan sakitnya selepas pembedahan... boleh ke kongsi pengalaman ni di wall akk.. Alhamdulillah. ..
        • Shah Irma
          nanti akak ajar buat power pumping bole?
          • Azlina Set Bersalin Penyusuan
            Kolustrom susu tu sbb pekat
            Kena minum air masak lebihkan 2 liter
            Sesi pam 2jam sekali...
            • Shah Irma
              Alhamdulillah akak bole share untk kebaikan semua
              • Azlina Set Bersalin Penyusuan
                Maksudnya 6pg pam 8 10 12 2ptg dn seterusnya. .supaya susu lebih lancar dn cepat terhasil
                Pagi2 dpt baca pengalaman mcm ni akk sgt2 gembira dan rasa bulu roma semua naik..seronok dpt bantu adik2
                • Shah Irma
                  Thanx sgt2 pd akak...doakn saya dpt stock susu yg meriah mcm akak..n mn tau satu hari nnti saya pun akn jd distributor mcm akak gak.. 
                  • Azlina Set Bersalin Penyusuan
                    Semoga Allah permudahkan segala urusan adik..
                    Banyak2 berzikir dan berdoa apa yang baik datang dariNya.
                    1) Zikir Ya matin supaya susu lebih meriah lagi..
                    2) Supplement utk kesihatan, jika ibu sihat happy dan cergas susu akan cepat di hasilkan dan banyak
                    3) Minum air masak lebih sbb dlm badan memerlukan air yg banyak dan susu pon akan lebih cepat dihasilkan
                    4) jadual pam kena ada .. memastikan kamu boleh membuat stok susu sebelum menjelang hari berkerja
                    5) Sekiranya berkerja pastikan anak diajar minum dalam botol seawal yg boleh..skrg pon dh boleh ajar...

                    Love uolss MamaTwin
                    http://mama2win.blogspot.com

                  Tuesday, 15 January 2013

                  10 Panduan Untuk Ibu Menyimpan Hasil Perahan

                  Salam Sayang untk semua, nak citer pasal cara nak simpan susu perahan walaupon rasanya dah pernah citer, kita citer lagi utk ibu-ibu yang baru saja melahirkan, sekarang ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

                  1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.

                  2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.

                  3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.

                  4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.

                  5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.

                  6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.

                  7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.

                  8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.

                  9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.

                  10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
                  ..............................................................................................

                  Q1 - Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
                  Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

                  Q2 - Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
                  Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

                  Q3 - Bagaimanakah cara yang betul dalam bab penyimpanan susu yang di pam? Gambar di atas menunjukkan cara penyimpanan susu perahan ibu.

                  Panduan Penyimpanan Susu Yang Di Pam
                  Susu yang berada dalam suhu bilik – bertahan hingga 4 jam
                  Susu yang di simpan dalam peti ais (bukan bahagian sejuk beku) – bertahan hingga 48 jam (2 hari)
                  Susu yang di simpan dalam peti ais (bahagian sejuk beku) – bertahan hingga 3 bulan
                  Susu yang di simpan dalam peti sejuk beku (deep freezer) – bertahan hingga 6 bulan

                  sumber : http://pama.karangkraf.com/famili/10-pilihan-cara-simpan-susu-perahan-1.21850
                  ...............................................................................................

                  Semoga panduan ini dapat membantu ibu-ibu menyimpan susu perahan.


                  Untuk set berpantang , mama wiwin boleh sarankan para ibu yang tak mahu mengambil jamu boleh bertukar pada produk shaklee baik juga utk bayi kuning, ibu yang sembelit dan sebagai perangsang susu.

                  1. Multivitamin - Vitalea untuk memberi tenaga sepanjang berpantang
                  2.Bcomplex - untuk memgurangkan stress dimana si ibu akan tidur kurang
                  3. Zink - Untuk luka cepat sembuh dan mengurangkan rambut gugur
                  4. Ostematrik - Untuk melancarkan penghasilan susu, untuk pelawasan dan migrain



                  Jika berminat boleh add saya di FB azlina aziz II atau 

                  Cara membuat pesanan:
                  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya. 
                  • Anda juga boleh terus kecawangan shaklee berdekatan anda dan membuat pembelian menggunakan ID: 882909 untuk pembelian pada harga ahli. Setelah pembelian bagi saya invoice dan saya akan memberi konsultasi percuma sepanjang pengambilan produk.

                  Wednesday, 9 January 2013

                  PERKEMBANGAN BAYI DI DALAM KANDUNGAN IBU

                  Selamat Pagi semua, Jom ibu-ibu lihat anda sekarang di minggu ke berapa, apa baby sedang buat

                  Minggu 1
                  Bayi
                  Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
                  Anda
                  Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

                  Minggu 2
                  Bayi
                  Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
                  Anda
                  Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

                  Minggu 3
                  Bayi
                  Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
                  Anda
                  Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.

                  Minggu 4
                  Bayi
                  Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
                  Anda
                  Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan

                  Minggu 5
                  Bayi
                  Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
                  Anda
                  Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan ada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

                  Minggu 6
                  Bayi
                  Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
                  Anda
                  Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

                  Minggu 7
                  Bayi
                  Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
                  Anda
                  Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.

                  Minggu 8
                  Bayi
                  Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
                  Anda
                  Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

                  Minggu 9
                  Bayi
                  Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
                  Anda
                  Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

                  Minggu 10
                  Bayi
                  Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
                  Anda
                  Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

                  Minggu 11
                  Bayi
                  Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
                  Anda
                  Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

                  Minggu 12
                  Bayi
                  Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
                  Anda
                  Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

                  Minggu 13
                  Bayi
                  Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
                  Anda
                  Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

                  Minggu 14
                  Bayi
                  Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
                  Anda
                  Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

                  Minggu 15
                  Bayi
                  Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
                  Anda
                  Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

                  Minggu 16
                  Bayi
                  Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
                  Anda
                  Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

                  Minggu 17
                  Bayi
                  Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
                  Anda
                  Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

                  Minggu 18
                  Bayi
                  Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
                  Anda
                  Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

                  Minggu 19
                  Bayi
                  Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
                  Anda
                  Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

                  Minggu 20
                  Bayi
                  Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
                  Anda
                  Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

                  Minggu 21
                  Bayi
                  Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
                  Anda
                  Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

                  Minggu 22
                  Bayi
                  Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
                  Anda
                  Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

                  Minggu 23
                  Bayi
                  Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
                  Anda
                  Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.

                  Minggu 24
                  Bayi
                  Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
                  Anda
                  Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.

                  Minggu 25
                  Bayi
                  Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
                  Anda
                  Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

                  Minggu 26
                  Bayi
                  Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
                  Anda
                  Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.

                  Minggu 27
                  Bayi
                  Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
                  Anda
                  Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

                  Minggu 28
                  Bayi
                  Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
                  Anda
                  Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.

                  Minggu 29
                  Bayi
                  Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
                  Anda
                  Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

                  Minggu 30
                  Bayi
                  Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
                  Anda
                  Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

                  Minggu 31
                  Bayi
                  Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
                  Anda
                  Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

                  Minggu 32
                  Bayi
                  Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
                  Anda
                  Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

                  Minggu 33
                  Bayi
                  Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
                  Anda
                  Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

                  Minggu 34
                  Bayi
                  Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
                  Anda
                  Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

                  Minggu 35
                  Bayi
                  Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
                  Anda
                  Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

                  Minggu 36
                  Bayi
                  Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
                  Anda
                  Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

                  Minggu 37
                  Bayi
                  Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
                  Anda
                  Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

                  Minggu 38
                  Bayi
                  Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
                  Anda
                  Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

                  Minggu 39
                  Bayi
                  Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
                  Anda
                  Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

                  Minggu 40
                  Bayi
                  Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
                  Anda
                  Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.
                  tips berpantang dan bersalin
                  http://mama2win.blogspot.com/2012/11/panduan-penjagaan-ibu-bersalin-secara.html