Showing posts with label Penyusuan Ibu. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Ibu. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

TEKNIK PENYUSUAN BAYI YANG BETUL

Penyusuan bayi adalah satu keperluan untuk memberi nutrient dan makanan kepada bayi. Namun, ramai ibu yang tidak tahu teknik betul untuk menyusukan bayi. Cuba lihat gambar dia bawah yang menunjukkan cara yang betul untuk menyusukan bayi anda :


Cara memegang bayi :
1. Pastikan anda mengampu bayi anda sama ada dengan mendukungnya atau meletakkan bantal di bawah bayi.
2. Pastikan badan dan kepala bayi lurus supaya bayi tidak tersedak ketika menyusu.
3. Apabila anda menyusukan bayi sambil berbaring, pastikan anda tidak tertidur untuk mengelakkan bayi tersedak.

Posisi bayi ketika menyusu :
1. Pastikan badan bayi rapat dengan badan ibu.
2. Pastikan mulut bayi menghisap bahagian puting payudara (areolar) sepenuhnya masuk ke dalam mulut bayi.
3. Bayi selesa menyusu apabila anda mendengar bunyi hisap-telan-hisap sepanjang menyusu tanpa ada gangguan.

Posisi payudara :
1. Pastikan payudara anda menghala ke bawah ketika menyusu.
2. Untuk mengelakkan susu keluar dengan banyak, lekapkan kain pada payudara anda sebelum dan selepas menyusukan bayi.
3. Tekan payudara anda ketika menyusukan bayi untuk melencarkan pengeluaran susu.

Semoga tips-tips ini dapat membantu para ibu di luar sana dalam proses menyusukan bayi. Semoga berjaya!


Berkat produk Shaklee Susu melimpah ruah >>> 
✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA


Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee, boleh:
1. PM saya, Azlina set bersalin penyusuan di https://www.facebook.com/azlina.aziz.336
2. Call/SMS atau WhatsApp saya di 018 4044834

Friday, 26 April 2013

Rahsia Disebalik Setitis Susu Ibu . .




Assalamualaikum mama mama semua :) Seperti yang kita sedia maklum susu ibu ini antara susu yang terbaik sekali dan banyak khasiat yang terkandung didalam susu ibu . Tapi hari ni mama wiwin nak kongsi dengan mama mama semua tentang khasiat susu ibu yang tertulis didalam Al-Quran ..

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)

Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah susu yang lengkap nutrisi untuk kebaikan bayi, tidak dapat ditandingi oleh susu formula sama ada susu berasaskan susu lembu atau soya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik bagi bayi berumur satu tahun ke bawah, diikuti dengan susu formula berasakan susu lembu dan diikuti oleh susu soya.

Academi Pediatrik Amerika juga manasihatkan agar bayi diberikan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga berumur enam bulan, dan diberikan susu ibu bersama dengan makanan pejal yang lembut secara berperingkat-peringkat sehingga berumur setahun.

Adalah lebih baik jika bayi dapat disusukan sehingga berumur 2 tahun. Sayangnya ramai ibubapa yang masih memilih susu formula kerana pelbagai alasan.

Kajian di Amerika pada tahun 2008, mendapati seramai dua pertiga dari bayi di Amerika diberikan susu ibu sehingga berumur enam bulan, kemudian seramai tiga perempat dari mereka menukarkan kepada susu formula setelah mencapai umur enam bulan.

Sementara satu perlima dari bayi di Amerika diberikan susu formula yang berasakan soya.

Oleh kerana susu formula tidak dapat menyamaikan kebaikan nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu, hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba menghasilkan susu formula yang dikatakan lebih bermanfaat untuk menandingi susu ibu.

Sebagai contoh pengeluar susu formula menambahkan lemak asid (fatty acids) docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) untuk menyamai kandungan nutrisi susu ibu bagi meningkatkan perkembangan minda bayi.

Tetapi kebanyakan pengkaji mendapati bahawa penambahan DHA dan AA dalam susu formula tidak memberikan kesan yang baik untuk perkembangan minda berbanding dengan susu ibu.

Dr. Ahmad Qawasmi telah menggabungkan 12 kajian yang diperolehi dari Yale University, Connecticut Amerika Syarikat dan Al-Quds University di Jerusalem, Palestine untuk membandingkan bayi yang disusukan dengan susu formula tanpa penambahan asid lemak dengan bayi yang disusukan dengan susu formula dengan penambahan asid lemak. Kajian ini melibat seramai 1800 bayi dan dilakukan sepanjang tahun 1998-2005.

Dalam kajian ini bayi-bayi ini mula disusukan dengan susu formula semenjak umur satu bulan dan penilaian dilakukan apabila mereka mencapai umur setahun untuk menguji perkembangan bahasa, minda dan kemahiran motor.

Mereka mendapati susu formula berasaskan soya dan susu lembu ditambahkan dengan DHA dan AA, tidak dapat menandingi kebaikan susu ibu. Dalam kajian itu menunjukkan tiada perbezaan antara perkembangan minda seperti bahasa dan kebolehan berfikir.

Ini tidak bermakna bahawa asid lemak yang dibekalkan tidak mempunyai faedah, tetapi faedah yang diperolehi tidak menyamai bayi yang diberikan susu ibu. Lemak asid yang ditambah mungkin memberikan kebaikan kepada perkembangan penglihatan (mata) dan daya tahan melawan penyakit.

Susu ibu lebih baik dari susu formula ini kerana:

1. Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.

2. Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.

3. Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.
Oleh itu susu ibu haruslah dianggap sebagai susu yang terbaik, walaupun pengeluar susu formula berusaha untuk menandinginya dengan menambah pelbagai nutrisi yang lain.
Jika mama mama semua bercadang untuk fully breast feed kan baby tapi air susu tiada jangan bimbang kerana mama wiwin ada penyelesaiannya . . Chheewwaahhh :)

Antara supllemen yang mama mama semua boleh ambil umtuk menambahkan susu badan ini adalah . . Jeng . . jeng . . jeng . .

1.Vita-Lea

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*

2.Ostemetrix


1. Kalsium - setiap caplets mengandungi 250mg kalsium.Kita digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dengan cara yang baik..bukan lah mengambil sekaligus 1000mg. Kerana ia tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Ini kerana, kalsium dapat diserap dengan baik apabila dia diambil dalam dos yang rendah.

Kalsium Ostematrix juga baik diambil bersama makanan.bukannya ketika perut kosong. 

2. Vitamin D - Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak mendapat cukup 'hormon calcitriol' iaitu sebagai vitamin D yang aktif. Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada dan ini boleh melemahkan tulang tulang kita. 

3.ESP


1.Bantu beri mereka tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan seckupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia mungkin juga menjadi penyebab kepada keletihan. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu. 

  2.Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protin dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu2 menyusu boleh mencukupkan keperluan protin harian. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibuSusu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayidan protin akan diambil dr dalam diet anda untuk diberikan kepada bayi anda. Tapi perlu diingatkan ESP bukan lah memperbanyakkan susu, tetapi ianya merupakan suatu bonus kepada badan ibu itu sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup. Ianya adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari.

 3.Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Ini merupakan satu bonus kepada ibu2 menyusu. Di samping menggunakan ESP sengai makanan tambahan, ibu2 mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya.Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru

4.Omega 



  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.


  • Antara Testimoni yang boleh dikongsi :)

    Air Susu Mengalir Laju Dengan Set Penyusuan Shaklee .

    **********************************************

    Farida Patonggoi :
    Salam semua....saya start makan set B shaklee after melahirkan anak pramatang 33weeks dengan berat hanya 1.25kg.....niat saya ketika itu hanyalah untuk membekalkan zat yg terbaik untuk anak saya melalui susu ibu yang saya perah dan bekalkan setiap tengahari dan malam....untuk pengetahuan semua baby premature saya duduk dalam wad selama 39 hari..bermakna dalam tempoh tersebut juga saya tidak pernah menyusukan bayi saya secara direct breastfeeding.....kalau diikutkan dalam keadaan biasa,susu ibu akan kering dan mula berkurangan....tetapi tidak pada saya...dihari ke-40 apabila anak saya menyusu buat pertama kalinya secara direct breastfeeding air susu saya mengalir laju sama seperti minggu pertama saya melahirkan...syukur alhamdulillah kerana Allah menemukan saya dgn shaklee...kini berat anak sudah mencapai 3.6kg.....



    Berminat :-

    ✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
    ✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
    ✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA

    Jika anda berminat untuk mendapatkan

    1. PM saya, Azlina set bersalin penyusuan dihttps://www.facebook.com/azlina.aziz.336

    2. Call/SMS atau WhatsApp saya di 018 4044834




    Wednesday, 24 April 2013

    Kebaikan Amalan Berpantang



    Assalamualaikum mama mama semua :) apa khabar ? sihat ? hari ni mamawiwin nak share dgn mama mama semua tentang kebaikan berpantang yang sekarang sudah jarang diamalkan . .Hmm sebenarnya banyak tau kebaikan berpanteng yang kita tak tau . . Jom :)

    Urutan

    Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan.

    Bertungku
    Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.

    Bertangas
    Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai.

    Berbengkung
    Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan.

    Mandi rempah ratus
    Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi. Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil.

    Memakai param dan pilis
    Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.


    Minum jamu
    Jamu dapat memanaskan badan, membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Namun, makan jamu haruslah berpada kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepanasan kepada bayi yang menyusu badan.


    Selain itu mama mama juga boleh mengambil vitamin vitamin SHAKLEE :)




    Antara Manfaat Yang Terdapat Dalam Vitamin SHAKLEE .

    VITA - LEA

    *Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem  memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

    *Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
    *Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.


    LECITHIN

    * Menjaga kesihatan hari dengan menghalang enapan lemak pada hati, sirosis hati dan mencegah hati berlemak serta membantu memulihkan kesihatan hati bagi orang yang menghadapi masalah kesihatan hati.

    * Soya lecithin membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit danmenjadikan kulit lebih cantik dan gebu, mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya membantu melambatkan proses penuaan. Jugabagus untuk mencegah ecz

    * Dapat menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi pada tubuh seperti penyakit kulit dan menjadi punca kepada dermatitis dan demam alergi. Jadi, secara tidak langsung lecithin juga berupaya membantu menangani masalah alergi pada tubuh.

    B COMPLEX

    *Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
    *Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
    *Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.

    ZINC

    *Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

    *Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.

    *Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

    Antara testimoni yang dikongsikan :)

    Farida Patonggoi :

    Salam semua....saya start makan set B shaklee after melahirkan anak pramatang 33weeks 
    dengan berat hanya 1.25kg.....niat saya ketika itu hanyalah untuk membekalkan zat yg terbaik untuk anak saya melalui susu ibu yang saya perah dan bekalkan setiap tengahari dan malam....untuk pengetahuan semua baby premature saya duduk dalam wad selama 39 hari..bermakna dalam tempoh tersebut juga saya tidak pernah menyusukan bayi saya secara direct breastfeeding.....kalau diikutkan dalam keadaan biasa,susu ibu akan kering dan mula berkurangan....tetapi tidak pada saya...dihari ke-40 apabila anak saya menyusu buat pertama kalinya secara direct breastfeeding air susu saya mengalir laju sama seperti minggu pertama saya melahirkan...syukur alhamdulillah kerana Allah menemukan saya dgn shaklee...kini berat anak sudah mencapai 3.6kg.....

    Berminat :-

    ✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
    ✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
    ✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA

    Jika anda berminat untuk mendapatkan

    1. PM saya, Azlina set bersalin penyusuan dihttps://www.facebook.com/azlina.aziz.336

    2. Call/SMS atau WhatsApp saya di 018 4044834


    Saturday, 9 February 2013

    DEFINISI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF

    Penyusuan susu ibu atau Breastfeeding ialah menyusukan anak dengan susu ibu melalui payudara dan bukannya daripada botol susu.

    Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong). Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.

    Walaubagaimanapun ubat dan oral rehydration salts (ORS) boleh diberikan kepada bayi yang menyusu secara eksklusif (sekiranya perlu).

    Bayi perlu diberikan makanan yang berkhasiat ketika usianya 6 bulan. Makanan yang diberikan perlulah seimbang dengan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi dan dalam masa yang sama penyusuan susu ibu masih diteruskan.
    Pada ketika ini, penyusuan susu ibu bukan lagi penyusuan eksklusif.

    Penyusuan susu ibu dicadangkan untuk diteruskan selama 2 tahun (atau lebih). Ianya bukan lagi penyusuan eksklusif selepas bayi berusia 6 bulan kerana beliau sudah mula bersedia untuk menerima makanan lain selain susu ibu.

    Teknik Lekapan Susu Ibu :-
    http://mama2win.blogspot.com/2012/04/teknik-lekapan-dan-penyusuan-susu-ibu.html
    sumber : www.who

    Thursday, 3 January 2013

    Susu Merudum - Faktor Yang perlu di Ambil Tahu

    Salam Semua, Hari ini mama wiwin nak menyentuh serba sedikit mengenai tiba-tiba susu berkurangan dan bayi tidak puas.

    Ada beberapa faktor yang perlu di titik beratkan :-
    1. Ibu kurang mengambil makanan yang berkhasiat
    2. Emosi yang sering terganggu dan stress di tempat kerja.
    3. Gaya hidup yang sibuk , si ibu terlalu penat.
    4. Kekurangan minum air masak. ini selalu gak terjadi rasa macam minum tu banyak tapi bila di sukat sukat tak sampai 3 Liter pon minum.
    5. Ni yang paling penting yang selalu mama wiwin tegaskan. kurangnya sesi mengepam.

    Thursday, 13 December 2012

    CARA NAK KEKALKAN KETAHANAN EBM SEWAKTU PERJALANAN JAUH

    Testimoni salah seorang dari Grup saya :

    Alhamdulillah ni hasil mkn eu4 shaklee..hampir nk penuh bhgian atas utk tmpoh 12 hr.. mula simpn stok 2 dis lalu hingga hr ni.. blm bjy utk minum 3ltr air n pam 3jam sekali sb bby bf.. nk minta tolong.. "cmne nk bwk blk susu beku ni tanpa mencair utk tempoh p' jlnan 30minit.. risau nk bwk blk umh sendr sb pantg skg kt umh mak.."



    Soalan yang cukup bagus untuk mommy-mommy nak pindah rumah selepas berpantang selalunya berpantang mesti dirumah MIL atau mak sendirikan. Lebih terjaga dan dilayan macam ratu..hehehehe. macam mama wiwin dulu-dulu. Oh !! bestnya. Mandi, makan minum semua disediakan, si wiwin pon MIL yang mandikan. Mama Bersenang lenang, bengkung pon org pakai kan,,. hohoho. Rindu saat sebegitu.. 

    Sambung balik pada soalan tadi..  Mommy Takut Stok EBM cair didalam perjalanan kerumah sendiri. Barang-barang diperlukan :- 

    Cooler box/ Gabus, Ice Cube/ice pack, Garam dan Towel kecil

    Masukkan ice cube kedalam cooler box dan taburkan garam sedikit demi sedikit, untuk melambatkan proses pencairan  ice cube, susun EBM dan lapiskan dengan ice cube. Susun bertingkat2 . dah penuh . letak towel kecil atas EBM tadi dan taburkan garam, spray air diatas towel tu untuk mengekalkan kelembapan towel tersebut. 


    Tutup cooler box dgn rapat dan letakkan dibelakang tempat duduk kereta kalau bonet suhu dia lebih panas,takut pulak cepat cair nantikan. Kekal tahan dalam masa 5-6jam perjalanan. 


    Bila dah sampai ke destinasi yang dituju masukkan terus pada tempat beku, walaupon susu yang dibekukan kehilangan banyak nutrien tapi SUSU IBU lebih jauh berkhasiat.

    Note : susu yang dibekukan jika cair mesti dihabiskan dalam masa 24jam. 

    Happy Breastfeeding !!!


    Friday, 24 August 2012

    UNIKNYA SUSU IBU

    Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…



    * sentiasa segar (fresh)
    * tersedia dalam suhu yang optimum
    *tersedia steril
    *tiada pencemaran
    * tersedia bila-bila masa
    * tiada tarikh luput
    * species-specific
    *susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
    * hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
    * mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
    * mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
    * mengandungi antibodi
    * mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
    * tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
    * mudah hadam
    * komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
    * komposisinya berbeza mengikut umur bayi
    * komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
    * komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
    * mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

    Wednesday, 15 August 2012

    8 Tips Menambah Susu Badan


    Rata-rata jika ditanya pada ibu yang menyusu apa yang selalu berlegar dalam fikiran sudah semestinya RISAU jika susu semakin berkurang. Bab ni memang semua ibu paling takut apatah lagi jika menyusu badan sepenuhny

    a. Apa tips yang perlu dibuat untuk menambah susu badan?



    1. Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.



    2. Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu. 



    3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi. 



    4. Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan. 



    5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu. 



    6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal. 



    7. Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu. 



    8. Boleh mengambil supplement untuk emnjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi

    Bagi ibu yg bermasalah dgn production, saranan menambah vitamin bkn jalan terbaik. Ibu ini sudah usahakan semua so berbalik kpd Allah, ia adalah soal REZEKI. Jumlah bayi beliau consume sgt byk dan saya rasa ibu ini tidak ada masalah production kurang. Saya masih percaya, setiap ibu berusaha beri terbaik, yg penting suplemen untuk kesihatan, bukan suplemen bg byk susu. Badan sihat, susu keluar lancar.



    Monday, 18 June 2012

    Rahsia Anak Bijak Dengan Susu IBU



    Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.

    Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.

    Smarter fats
    Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.

    Nutrisi
    Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.

    Kolestrol
    Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
    DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.

    Smarter sugars
    Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.

    Perhubungan bijak
    Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.

    Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

    Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
    Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.

    Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
    Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

    Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.

    -----------------------------------
    Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!
    Klik Sini utk supllement anak>>

    Bagaimana susu ibu di hasilkan??


    Refleks Prolaktin dan Oksitosin 

    Prolaktin
     dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.
    Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.
    Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.
    Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus).  Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.

    pabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagairefleks prolaktin.

    Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:
    • Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara
    • Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari
    • Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu
    • Payudara diisi dengan susu semula
    • Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin
    • Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan
    • Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula
    Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.
    Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).
    milk-secretion&milk-ejection
    Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.


    Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu

    Tuesday, 12 June 2012

    SUSU BANYAK KENA RAJIN-RAJINLAH PAM



    3 Langkah ini perlu di lakukan jika anda mengambil Set Breastfeeding Shaklee
    1. Minum 3 liter air masak sehari : air merupakan indicator yang sangat penting bagi mereka yang mengambil natural supplement kerana air membantu untuk mengatasi masalah healing crisis, sebagai contoh ibu mengalami pening kepala jika kurang air dalam badan.
    2. Pam 3jam sekali : lagi kerap anda kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan (supply by demand). Power pumping juga sangat membantu buat jika perlu.
    3. Niat IKHLAS, DOA dan TAWAKAL : mintaklah dengan Allah S.W.T kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia, Ikhlaskan hati untuk menyusukan anak bukan sebab ikut-ikutan atau ingin bersaing dengan kawan-kawan, dan seterusnya Tawakal..banyakkan berzikir sewaktu menyusukan dan mengepam. Sabar dengan usaha yang telah dilakukan jangan cepat mengalah bila hasil tidak seperti yang diharapkan.
    Ada juga yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee tetapi masih tiada perubahan..KENAPA?
    1. Tidak amalkan 3 langkah diatas : makan supplement dalam Set Breastfeeding Shaklee tapi minum air tak cukup, pam pun jarang-jarang hanya pam bila breast bengkak je..katanya kalau breast tak bengkak susu tak de..kalau macam tu lah caranya memang tak de maknalah perhabis duit beli supplement. Silap hari bulan dapat pening kepala je sebab bahana healing crisis (badan kurang air).
    2. Tidak tahu fungsi vitamin : senang cerita main makan je, bila kawan-kawan kata set ni bagus ibu ni pun beli dan tak tahu pun apa yang dia beli dan apa yang dia makan. Vitamin ni bukan ubat, ia tiada dadah seperti yang tedapat dalam pil hormon untuk tambah susu. Vitamin bertindak secara perlahan dan lembut di dalam badan dan mungkin mengambil masa untuk serasi dengan badan kita. Janganlah mengharap bila makan Set Breastfeeding ni terus susu memancut-mancut keluar sedangkan baru je sehari makan, terus nak salahkan vitamin.
    3. Tidak sabar dan tamak : seperti yang saya katakan tadi Natural Supplement Shaklee tiada mengandungi dadah dan mengambil masa untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu kene sabar dan jangan cepat mengalah. Natural Supplement Shaklee bertindak mengikut badan kita jika badan kita banyak sel yang rosak maka lambatlah untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu jangan tamak, bila dah mengambil satu jenis milk booster jangan pula dalam masa yang sama mengambil milk booster lain..atas alasan untuk memeriahkan susu, tapi apa yang ibu-ibu dapati anak yang akan cirit-birit. Makan dulu satu jenis jangan setiap jenis milk booster anda ingin cuba.
    4. Berniat tidak baik : dalam apa jua perkara yang kita buat mestilah dengan niat yang baik "Lillah hi Taala". Jangan kita pesongkan niat kita, mintaklah dengan Allah supaya usaha kita ini membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.
    5. Tidak merujuk kepada pengedar yang sah : "niat bukan nak berniaga semata-mata" saya agak kecewa bila ada ibu-ibu yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee ini tidak merujuk kepada pengedar apabila menghadapi masalah berkaitan pemakanan vitamin ini. Terus salahkan vitamin katanya tidak bagus tapi baru je makan 2 hari sebab pening kepala, itulah yang dinamakan healing crisis. Jika rujuk kepada saya, InsyaAllah saya cuba jawab bagi penyelesaian masalah anda.
    Apa yang perlu ibu-ibu buat?
    1. Buat checklist : pastikan ibu-ibu telah buat 3 langkah di atas, wajib.
    2. Belajar tentang vitamin@supplement : ibu-ibu boleh menggali di blog saya berkaitan vitamin@supplement, tidak perlu membeli buku yang mahal mengenai vitamin @ supplement. Mesti tahu tentang vitamin@supplement apa yang anda makan, jangan jadi buta dan terus mendengar kata-kata mereka yang tidak pro-vitamin. Sangat sedih bila ibu-ibu tidak tahu apa yang di makan dan terus salahkan vitamin.
    3. Bersabar : bukan setiap usaha kita terus membuahkan hasil, kesabaran itu sangat penting untuk mengatasi sesuatu masalah. Jangan terburu-buru.
    4. Betulkan niat : berniatlah untuk berubat, bukan berniat untuk cari kesalahan penjual semata-mata. "Lillah hi Taala" dalam apa jua yang anda buat.
    5. Dapatkan nasihat pengedar anda : dapatkan dulu nasihat dari pengedar anda, kerana kebiasaannya pengedar akan merujuk kepada Pakar Nutrisi Shaklee, bukan memberi maklumat tanpa asas yang betul. Bukan semua Doktor pro-supplement (sama juga bukan semua Doktor pro-breastfeeding) kalau tidak masakan ibu yang tidak cukup susu disuruhnya tambah dengan Susu Formula. 




    BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA.

    HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.