Assalamualaikum mama mama semua :) apa khabar ? sihat ? hari ni mamawiwin nak share dgn mama mama semua tentang kebaikan berpantang yang sekarang sudah jarang diamalkan . .Hmm sebenarnya banyak tau kebaikan berpanteng yang kita tak tau . . Jom :)
Urutan
Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan.
Bertungku
Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.
Bertangas
Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai.
Berbengkung
Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan.
Mandi rempah ratus
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi. Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil.
Memakai param dan pilis
Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.
Minum jamu
Jamu dapat memanaskan badan, membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Namun, makan jamu haruslah berpada kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepanasan kepada bayi yang menyusu badan.
Selain itu mama mama juga boleh mengambil vitamin vitamin SHAKLEE :)
Antara Manfaat Yang Terdapat Dalam Vitamin SHAKLEE .
VITA - LEA
*Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
*Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
*Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
LECITHIN
* Menjaga kesihatan hari dengan menghalang enapan lemak pada hati, sirosis hati dan mencegah hati berlemak serta membantu memulihkan kesihatan hati bagi orang yang menghadapi masalah kesihatan hati.
* Soya lecithin membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit danmenjadikan kulit lebih cantik dan gebu, mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya membantu melambatkan proses penuaan. Jugabagus untuk mencegah ecz
* Dapat menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi pada tubuh seperti penyakit kulit dan menjadi punca kepada dermatitis dan demam alergi. Jadi, secara tidak langsung lecithin juga berupaya membantu menangani masalah alergi pada tubuh.
B COMPLEX
*Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
*Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
*Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
ZINC
*Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
*Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.
*Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
Antara testimoni yang dikongsikan :)
Farida Patonggoi :
Salam semua....saya start makan set B shaklee after melahirkan anak pramatang 33weeks
dengan berat hanya 1.25kg.....niat saya ketika itu hanyalah untuk membekalkan zat yg terbaik untuk anak saya melalui susu ibu yang saya perah dan bekalkan setiap tengahari dan malam....untuk pengetahuan semua baby premature saya duduk dalam wad selama 39 hari..bermakna dalam tempoh tersebut juga saya tidak pernah menyusukan bayi saya secara direct breastfeeding.....kalau diikutkan dalam keadaan biasa,susu ibu akan kering dan mula berkurangan....tetapi tidak pada saya...dihari ke-40 apabila anak saya menyusu buat pertama kalinya secara direct breastfeeding air susu saya mengalir laju sama seperti minggu pertama saya melahirkan...syukur alhamdulillah kerana Allah menemukan saya dgn shaklee...kini berat anak sudah mencapai 3.6kg.....
Berminat :-
✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA
Jika anda berminat untuk mendapatkan
1. PM saya, Azlina set bersalin penyusuan dihttps://www.facebook.com/azlina.aziz.336
2. Call/SMS atau WhatsApp saya di 018 4044834
Salam semua....saya start makan set B shaklee after melahirkan anak pramatang 33weeks
dengan berat hanya 1.25kg.....niat saya ketika itu hanyalah untuk membekalkan zat yg terbaik untuk anak saya melalui susu ibu yang saya perah dan bekalkan setiap tengahari dan malam....untuk pengetahuan semua baby premature saya duduk dalam wad selama 39 hari..bermakna dalam tempoh tersebut juga saya tidak pernah menyusukan bayi saya secara direct breastfeeding.....kalau diikutkan dalam keadaan biasa,susu ibu akan kering dan mula berkurangan....tetapi tidak pada saya...dihari ke-40 apabila anak saya menyusu buat pertama kalinya secara direct breastfeeding air susu saya mengalir laju sama seperti minggu pertama saya melahirkan...syukur alhamdulillah kerana Allah menemukan saya dgn shaklee...kini berat anak sudah mencapai 3.6kg.....
Berminat :-
✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA
Jika anda berminat untuk mendapatkan
1. PM saya, Azlina set bersalin penyusuan dihttps://www.facebook.com/azlina.aziz.336
2. Call/SMS atau WhatsApp saya di 018 4044834
No comments:
Post a Comment