Friday, 25 May 2012

TANDA-TANDA ANDA HAMIL

Rajinnye lah mama wiwin hari ni mengupdate blog... hehe. memandangkan mama wiwin pon bercadang nak mengandung lagi jom kita kongsi bersama-sama kawan-kawan yg diluar tu...


Firstly, benda yang salalu akan kita tengok pada tarikh kedatangan haid seseorang. tapi tak aci juga sebab ada sesetengah wanita ada yang datang haid 2 3 bulan sekali. Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 
keduanya , Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan kita berasa seperti baru selesai berlari sedangkan hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
sambungan :-


Ketiga ,  Mengidam . Nak cerita sikit waktu sebelum pregnant saya hari-hari sebut nak pregnant kembar..alhamdulillah mungkin ditunaikan olehNya .. Perempuan ni kalu seminggu je tak datang haid mulalah cakap " eh bang saya mengandung kot..hehehe . Dulu saya mengidam nak makan satu jenis kuih ni tapi sampai anak dah 6 tahun tak dapat-dapat makan kuih ni.. HAHA. sbb tak tau namanya. kuih ni panjang diisi dalam daun pisang kalu tak silap sebab penah makan sekali jer.. pastu diikat atas bawah. makcik saya cakap tepung torak...korang penah dengar tak.... abaikan lah sbb dh 6 thn berlalu. Ngeh3x. 

Keempat, Payudara melembut dan membengkak 
Sebelum kedatangan haid, payudara begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.  Mmg tak boleh terlanggar sakit lain macam.. 

Kelima,  Warna areola menjadi gelap puting payudara menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 

Keenam,  Kerap membuang air kecil Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), kita mungkin mendapati kerap ke tandas untu membuang air kecil...

Ketujuh , Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. kita juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid. 
Macam mama wiwin dulu waktu 2 minggu xdtg period memang cek +ve mengandung setelah dua tiga hari selepas tu berlaku pendarahan sehingga seminggu . menangis gaklah takut keguguran rupa-rupanya standart lah cik ina oiiiii...   

Kelapan, Deria rasa berubah mungkin perasan perubahan pada deria rasa. kita akan rasa macam payau-payau kat mulut apa yang kita biasa makan pon macam tak sedap. 

kesembilan, Mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. macam mama wiwin bila gosok gigi pagi mula lah terbeluek..buek.. malu mak mertua dengar kat dalam.. hehe.  mama wiwin mabuk 4 minggu sahaja...2 minggu mabuk pastu stop  dan pas seminggu mabuk semula 2 minggu sampai pergi masuk air kat hospital sebotol. selepas dari itu dah tak mabuk lagi... 

Kesepuluh, Ujian kehamilan yang positif  sekurang-kurangnya sehingga hari pertama tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang IBU..yahoooo . Buatlah temu janji dengan doktor  untuk memastikan berita baik  itu.. Tahniah! 
Jangan lupa makan supplement yang terbaik semasa tempoh mengandung... dan mengambil susu serta makan makanan yang berkhasiat.


Kami menyediakan set lengkap untuk keperluan ibu hamil yang terdiri dari :-
Set J /Eu four Pack (Untuk 1st trimester)
Vita-lea with Iron Formula
B complex
Vitamin C
Ostematrix
Set J2  (Untuk 2nd&3rd trimester)
Vita-lea with Iron Formula
B complex
Vitamin C
Ostematrix
OmegaGuard

BERMINAT? DAPATKAN DISKAUN HEBAT DAN  SEBARANG PEMBELIAN ANDA LAYAK MENDAPAT KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA.

HUBUNGI DI 016 6661328 ATAU FB : AZLINA SHAKLEE
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment