Thursday, 17 May 2012

MASALAH KESUBURAN PERLU PEMERIKSAAN

Sambungan dari post yang lepas-lepas mengenai kehamilan. Post kali ni jom kita jenguk-jenguk tentang pemeriksaan yang perlu dibuat.  Ada 7 pemeriksaan yang boleh kita lakukan :- 
GAMBAR SEKADAR HIASAN

1. Pemeriksaan Fizikal
Biasanya bahagian anggota badan yang akan diperiksa:
  1. Buah dada
  2. Kilang tiroid pada leher
  3. Sistem peranakan
Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.
Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

2. Pemeriksaan Sistem Peranakan
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan kita normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

3. Ujian D&C
Ujian D&C pula adalah khusus untuk wanita yang mempunyai masalah tidak subur . Ia sebenarnya berupa pembedahan kecil yang dilakukan dengan cara pangkal rahim akan dikembangkan. Proses ini dinamakan 'dilatation'. Ruang rahim tersebut kemudiannya dikikis dengan alat tajam digelar 'curettage'. Tatacara ini dilakukan kepada anda yang mempunyai pangkal rahim yang sempit. Dengan ini akan memudahkan benih lelaki masuk ke dalam sistem peranakan anda.
Melalui kaedah atau proses mengikis ruang rahim juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D&C juga boleh dilakukan untuk mengetahui samada anda boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini juga merupakan salah satu bukti yang secara tidak langsung bagi menentukan keluaran benih anda.
Sesetengah doktor mungkin akan mengunakan kaedah pancutan air berwarna 'insufflation' ke dalam salur peranakan anda. Tatacara ini bertujuan untuk menguji samada salur 'fallopian' anda terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Namun ujian ini amat jarang dilakukan sekarang ini kerana ia tidak memberi kepastian keadaan pada saluran peranakan tersebut.

4. Ujian Darah
Ujian darah merupakan proses penting untuk mengesan paras hormon dan ia juga boleh menentukan samada anda ada mengeluarkan benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone akan dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid. Jadi bagi anda yang pusingan haid tidak teratur - contoh datang haid 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali, maka anda tergolong dalam kategori tidak subur kerana benih anda keluar dengan tidak teratur. Dalam hal ini anda dinasihatkan menjalani beberapa ujian bagi mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting untuk menyukat paras hormon dalam aliran darah kita ialah seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) danprolaktin .
GAMBAR SEKADAR HIASAN
5. Jangkitan Faraj
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga antara rakan kita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan ini boleh menyebabkan masalah kesuburan.

6. Pemeriksaan Laparoskopi
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sebarang penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan segera yang sewajarnya perlu diambil.
Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis . Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.
Bagi anda yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kemungkinan akan dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi' dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.
Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

7. Ujian Hysterosalpingogram
Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelarHysterosalpingogram . Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.

No comments:

Post a Comment