Tazkirah kita di hari jumaat ini.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb
Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah
dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa
dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa
sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh
itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan
demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti
dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas
kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka,
juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih
sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah
sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji
sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa,
kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung
jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain
agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang
terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar
dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu
kepada hamba-hambaMU.
- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/
No comments:
Post a Comment