Friday, 4 May 2012

Petua Dari Ustazah Nur Bahyah - Untuk Suami Isteri



Hari ni mama wiwin terpanggil nak menulis petua kebahagiaan rumah tangga ni, memandangkan ari ni ari sabtu banyak jemputan kahwin dan semalam baru jer berlangsung perkahwinan Scha dan Awal.. sebab minat sgt kan Scha tu... HEHE
Credit :  ustazah Nur bahyah memberi 8 tips untuk suami isteri ini...info yg sgt berguna


PERTAMA : PUJI
Setiap pasangan perlu saling puji memuji anatara satu sama lain...  nak-nak nya kita perempuan ni mmg suka dipuji. mama wiwin kalu kena puji mmg kembang semuanya... HAHA. So jangan kita tunggu en somi puji jer tau, kita pon patut puji sama. Contoh pujian ..kita ucapkan terima kasih di atas pertolongan pon dah kira puji tu. 
KEDUA : PELUK
Setiap kali bangun pagi , memang di amalkan oleh mama wiwin dan ayah. Jgn Jelez.. HAHA. Memang Ayah akan suruh mama peluk ... PELUKAN itu adalah belaian kasih sayang tau.. 
KETIGA : PENGHARGAAN 
Mama suka jugalah bagi suprise kat ayah... dengan memberi hadiah walaupon tak mahal. Amalan memberi hadiah boleh menambahkan kasih sayang.

KEEMPAT : PERHATIAN 
Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, yelah kita mama-mama ni sibuk dengan anak-anak kadang2  sampai abaikan perhatian kat en somi..sian dia.  Huhu. ( tulah perhatian ni kena juga takut en somi beralih perhatian pd org lain...jauhkanlah)
KELIMA : PERSEFAHAMAN
apa ye maksud persefahaman tu...  ngeee kdg2 kita suami isteri ni mmg ada masa kurang persefahaman . kita ni sebagai isteri cuba lah lah paham en somi yer.. supaya tak selalu bergaduh
KEENAM : PERGAULAN
pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Ni memang kena jaga yer... 
KETUJUH : PERCUTIAN
kalu berkesempatan bercuti berdua memang saat yang indah, so far mama wiwin dengan ayah pernah sekali jer cuti berdua itupon sebab ada seminar di melaka... Memang sungguh mengasyikkan saat berdua..mcm pasangan baru bercinta.
KELAPAN : PERMOHONAN
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. ini paling penting sekali... bermohon lah kita semoga ALLAH permudahkan dan memberi kebahagian segala urusan kita di dunia dan akhirat. 
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
Semoga petua ini memberi panduan pada mama-mama dan ayah-ayah diluar sana. 

No comments:

Post a Comment