Tuesday, 25 June 2013

Kenapa Anda Perlu Memilih Produk Shaklee?

Sebelum kita mengetahui kelebihan produk Shaklee ini, jom kita lihat sejarah dan latar belakang kewujudan Shaklee.

Sejarah Shaklee


Produk Shaklee ini dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Beliau dilahirkan pada November 1894. Sejak bayi lagi, beliau telah menghidapi tuberculosis dan ramai doktor yang menjangkakan beliau tidak boleh bertahan lama dan mempunyai jangka hayat yang pendek akibat penyakit itu. Keluarga Shaklee tidak menggunakan ubat-ubatan moden untuk merawatnya malah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di ladang mereka. Dan beliau berjaya sembuh!

Shaklee mengatakan, penyembuhan beliau bukanlah sesuatu yang ajaib, tetapi ianya penyembuhan secara perlahan yang pasti. Menurut beliau lagi, nutrient yang cukup, persekitaran yang baik dan senaman adalah kunci kepada kesihatan. Beliau adalah seorang chiropractic yang merawat pesakit yang mempunyai masalah tulang dan otot yang berkait rapat dengan sistem otak kita.

Pada tahun 1915, beliau telah menghasilkan produk pertamanya yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan mengasingkan mineral tertentu yang diperlukan oleh badan kita. Produk itu dinamakan "Vitalized Minerals" dan telah dipendekkan menjadi "Vitamin" oleh sahabatnya, Casimir Funk yang merupakan seorang biochemist. Dari situlah wujudnya perkataan vitamin yang digunakan sehingga kini. Hebat bukan?

Selain itu, beliau juga telah merawat ramai pesakit dan telah membuka pusat kesihatan. Piramid makanan yang digunakan oleh USA Department of Agriculture sehingga kini adalah idea daripada Shaklee sendiri. Beliau sangat menekankan penggunaan bahan semulajadi untuk kesihatan yang optimum.

Pada tahun 1956, Shaklee bersama 2 orang anak terunanya telah melancarkan syarikat Produk Shaklee sekaligus mencapai impian beliau untuk berkongsi resepi rahsia kesihatan beliau kepada orang ramai.

Syarikat Produk Kesihatan No.1 di USA




Kini, syarikat Shaklee telah menjadi produk yang terkenal di banyak negara dan ia kekal sebagai produk kesihatan No.1 di USA. Produk Shaklee turut dianugerahkan Climate Neutral Certified Company kerana produk ini tidak memberi impak buruk kepada klimaks bumi dan selamat digunakan oleh manusia.

Setiap tahun, Shaklee menggunakan lebih daripada USD12 juta untuk kajian dan ujian. Shaklee juga mempunyai lebih daripada 150 saintis dan staff, serta para doktor, professor dan saintis daripada industri dan universiti yang terkemuka di dunia untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi.

Jadi, apa lagi yang anda perlu khuatir tentang keberkesanan produk Shaklee?

Video di bawah menerangkan kelebihan-kelebihan dan keberkesanan produk Shaklee oleh pengguna dan pengkaji di USA. Selamat menonton!



Berkat produk Shaklee Susu melimpah ruah >>> 


✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee, boleh:
1. PM saya, Azlina set bersalin penyusuan dihttps://www.facebook.com/azlina.aziz.336
2. Call/SMS atau WhatsApp saya di 018 4044834

No comments:

Post a Comment