Salam khamis utk semua pembaca Blog mama wiwin, terima kasih kerana anda semua sudi melawat blog mama yang comel ni... Cerita ibu mengandung lagi. mestilah sebab kita kan ibu mengandung. Di awal kehamilan lagi mama perlu jaga dari segi pemakanan.
Sebagai ibu mengandung supplement yg penting tiap-tiap hari yg mama wiwin ambil utk kekal cergas dan sihat , syukur pada Allah dgn izin dariNya mama wiwin tak lah mabuk atau alahan yg teruk.
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Malam mama wiwin akan ambil Ostematrik Kalsium sebanyak 4biji utk lebih tenaga senang nak bangun pagi , tidur lebih lena, mengurangkan sembelit dan sakit pinggang ketika hamil.
Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Panduan Hamil dan Penyusuan
http://mama2win.blogspot.com/2012/05/tanda-tanda-anda-hamil.html
MamaTwin
Kaunselor penyusuan susu ibu
No comments:
Post a Comment