Friday, 21 June 2013

Kelebihan Hari Jumaat



Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)


Daripada Hadith di atas, Rasulullah SAW telah mengatakan hari Jumaat adalah hari di mana akan berlakunya kiamat. Hari nabi Adam dijadikan dan dikeluarkan dari Syurga serta hari nabi Adam wafat. Antara kelebihan hari Jumaat adalah, Allah akan makbulkan doa-doa hambanya yang berdoa pada hari ini terutama di waktu selepas asar. Jadi, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah!


Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)


Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


Hari Jumaat juga kita digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi dan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Jangan kita lepaskan peluang ini untuk mengumpul pahala kita dan marilah bersama-sama membaca surah Al-Kahfi dan berselawat ke atas baginda sebanyak mungkin.


Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)


Alangkah beruntungnya apabila sesorang itu meninggal pada hari Jumaat. Sesungguhnya dia akan terlepas dari di soal Malaikat Munkar dan Nakir.


Kesimpulannya, hari Jumaat adalah hari yang paling mulia dalam sekalian hari. Gunalah hari ini sebaiknya dengan beribadah kepada Allah dan sentiasa mengingati Rasulullah SAW dengan berselawat ke atas baginda. Sesungguhnya Allah amat kasih akan hambanya yang beriman dan bertakwa.


No comments:

Post a Comment