Monday 8 April 2013

Menyusukan bayi Biarpun Caeseran(pembedahan)

Soalan
Susu takde ni kak azlina macam mana saya bersalin secara pembedahan susu saya betol2 kurang.. saya benar2 berharap nak susu kan anak saya sehingga 2 tahun. Mohon Pencerahan.

Jawapan :
Kajian menunjukkan wanita yang melahirkan bayi secara pembedahan berjaya menyusukan bayi seperti ibu bersalin normal.
Komitment tentang penyusuan adalah sangat tinggi dan galakkan dari suami dan org terdekat . Menyusukan bayi selepas pembedahan adalah agak mencabar bagi ibu yang baru.

cara berkesan utk memperbanyakkan susu dengan...

1. Kuasa Minda
Minda yang telah anda set sedari awal sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Jika anda set anda dari keturunan tiada susu, maka tiadalah susu yang keluar, tetapi jika anda set Insyaallah aku akan berjaya menyusukan si manja selama mana yang dia mahu.
Tentu ramai yang terfikir apa kaitannya membanyakkan susu ibu dan minda?
Begini. sebenarnya minda kita memainkan peranan penting untuk menghantar isyarat ke payudara untuk mengeluarkan susu.

2. Percaya Dan Yakin
Ibu-ibu perlu mempunyai kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri khasnya ibu muda yang baru melahirkan anak pertama.
Polisi penyusuan susu ibu pun sudah menyatakan Penyusuan Eksklusif selama 6 bulan.
Yakin anda mampu menyusukan anak anda sepenuhnya tanpa bantuan susu formula.

3.Pam Dengan Konsisten
Pengepaman yang konsisten sangat membantu khasnya bagi ibu yang bekerja.
Ini kerana si ibu akan berjauhan seketika dengan anak.
Maka tujuan pam ini adalah sebagai usaha untuk mengekalkan kuantiti susu.
Berapa kali nak pam setiap hari?
Terpulang kepada kemampuan ibu, namun yang paling baik untuk ibu yang tiada masalah, memadailah 3 kali sesi mengepam sepanjang hari bekerja.
Jika ibu punyai masalah produksi susu kurang, perlu menggandakan sesi tersebut, mungkin setiap 2 jam sekali.
JANGAN sesekali anda Skipped masa mengepam, kerana ini akan menjejaskan kuantiti produksi susu.

4. Pam Sehingga Payudara Benar-benar Kosong
Ini sangat perlu kerana jika tidak mengosongkan benar-benar payudara kemungkinan akan berlaku saluran susu tersumbat, hanya susu cair saja yang banyak keluar,melambatkan proses penghasilan semula susu, bengkak susu, pengaliran susu tidak lancar.
Oleh itu pastikan ibu benar2 mengepam payudara sehingga kosong.

5. Minum Air Banyak
Amalkan minum air masak sebanyak 3 liter sehari kerana ibu yang menyusu akan membakar banyak kalori, dan mudah berpeluh dan ini menyebabkan bendalir dalam badan semakin berkurangan dan perlu sentiasa diganti.

6. Makan Seimbang
Ibu menyusu tidak perlu diet atau menyekat pemakanan. Hanya perlu memastikan mendapatkan diet yang seimbang seperti makan nasi, sayur, sumber protien seperti ayam, ikan daging,telur dan sebagainya.

7. Amalkan Suplemen
Ini bukanlah wajib, namun ianya satu additional kepada kesihatan ibu. Jika ibu kurang sihat mesti penghasilan susu ibu akan tejajas. Suplemen akan membantu mencukupkan nutrisi ibu, dan sekaligus ibu akan lebih bertenaga, sihat dan cergas.

8. Urutan
Lakukanlah urutan sekali sekala pada sekitar payudara ataupun seluruh badan. Cara ini adalah sebagai penghargaan untuk ibu supaya dapat kembali cergas dan saluran darah yang lancar.

http://mama2win.blogspot.com/
Panduan Hamil, Menyusu dan Berpantang

No comments:

Post a Comment