Friday 13 December 2013

Posisi Menyusu Untuk Anak Kembar

Menyusu si Kembar adalah cabaran pada ibu-ibu yang mempunyai anak kembar, cabaran dari segi fizikal dan mental kerana mendapat anak 2 atau 3 orang serentak pada satu masa. Persediaan mental adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan exclusive untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan "susu tidak cukup" . Ramai diantara para ibu yang mengeluh dan menganggap susu ibu tidak cukup lebih lebih lagi di awal kelahiran maka salah seorang atau gilir-gilir akan diberi susu formula.

Disini, saya memberi tips pada para ibu untuk menyusukan bayi mereka :-
1. Menyusu seawal sejam pertama
Menyusu seawal 1 jam pertama dapat merangsang penghasilan susu , sekiranya ibu melahirkan bayi pra matang dan kurang berat badan , penyusuan adalah ubat paling mujarab untuk menambahkan berat badan dengan cepat .Sekiranya ibu melahirkan secara pembedahan berbincanglah dengan doktor atau dapatkan bantuan dari jururawat bertugas untuk ibu menyusukan si bayi pada 1 jam pertama selepas kelahiran .

2. Menyusu Sekerap mungkin
Secara purata bayi menyusu dalam 8-12kali dalam tempoh 24jam. Bagi bayi kembar ibu boleh menyusukan bayi serentak pd masa yang sama atau bergilir-gilir. rujuk rajah penyusuan serentak .
Pada minggu minggu pertama ibu merasa bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan si ibu. Ia adalah normal kerana sebelum bayi menunjukkan pola penyusuan selepas usianya sebulan. Malah perkara ini perlu diterima positif oleh ibu menandakan keperluan bayi menyusu tinggi maka ia akan menghantar signal ke otak supaya penghasilan susu harus ditingkatkan.
Susukan bayi sebelum si bayi menangis , pada awal kelahiran biasakan bayi menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu secara bergilir-gilir ibu perlu pastikan jadual yang betul supaya bayi tidak meragam dan menangis.

3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.

4. Minum air banyak dan pengambilan makanan yang berkhasiat.
Air adalah komponen sangat penting untuk menghasilkan susu ibu. Amalkan minum air selepas atau sebelum menyusu sekurang-kurangnya segelas. Ibu menyusu memerlukan makanan yang berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa proses penyusuan. Ibu digalakkan mengambil vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.

5. Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi. 

6. Persedian susu perahan
Ibu perlu bersedia menyimpan stok perahan untuk persediaan untuk kembali berkerja. untuk bayi kembar pasti persediaan nya berganda , mulalah memerah seawal 2 minggu selepas kelahiran untuk mendapat stok yang secukupnya.

Kepada para ibu yang mempunyai anak kembar saya ucapkan tahniah dan sesunguhnya Allah memilih kita dikurniakan menerima anak lebih dari seorang dalam masa yang serentak. Yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan bersama kelahiran itu rezeki (susu ibu) yang mengcukupi untuk bayi anda. 

Untuk Seterusnya bagi ibu yang mempunyai masalah susu merudum dan mempunyai masalah yang letih ketika menyusukan bayi , jemput baca di link dibawah:-

No comments:

Post a Comment