Monday 8 October 2012

PANDUAN - ASAS PENYIMPANAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua, semoga hari ini lebih baik dari hari semalam Dah 10 hari mama wiwin tak update blogkan.. bz sangat ker tu .hehe

Hari ni mama wiwin nak kongsi tips dan panduan asas cara nak simpan susu ..nak tahu tak. Taknak tau takpelah bace jer kot... HAHA.

Perkara asas yang perlu kita ambil tahu :-

PERTAMA : Bekas penyimpanan susu dibasuh dengan BERSIH menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

KEDUA : Catat tarikh perahan pada bekas susu sebelum kita simpan di dalam peti sejuk (tarikh dan masa: untuk mudah kan kita tahu hayat susu)

KETIGA : Biasakan simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas

KEEMPAT : Jangan Simpan susu terlalu penuh dalam setiap botol/plastik dan beri sedikit ruang.

KELIMA : susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

KEENAM : Bahagian tepi peti sejuk tidak sesuai untuk menyimpan susu perahan kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)






KETUJUH : Tempatkan susu perahan paling atas dan paling dalam suhunya lebih stabil dan malar

KELAPAN: Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.


KESEMBILAN : KHAS UNTU IBU BERKERJAYA .
 Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

KESEPULUH:  Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair

KESEBELAS :  Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

KEDUA BELAS :  Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

KETIGA BELAS :  Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.


Diharap Dengan pengkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mama-mama diluar sana. Kita akan bincang lagi berkenaan dengan topik kendali EBM ni pada coretan yang akan datang yer.. 



2 comments:

  1. ada yg kata susu yg tidak habis diminum tidak boleh dimskkan semula ke dlm peti sejuk biasa...letakkan shj di luar n boleh bertahan hingga 4 jam..selepas tu perlu di baung...
    betul ke??

    ReplyDelete
  2. anggaran tidak lebih dari 2 jam sahaja

    ReplyDelete