Assalamualaikum mama mama semua . . Sihat tak ? Hmmm time pregnant ni macam macam makanan yang nak dimakan kan ? daripada tak favourite terus jadi favourite :) hah makan makan juga tapi harus diingat ada makanan yang harus dihindari semasa kehamilan ye mama mama sayang . . Maksud menghindari makanan ni bukan jangan amik lansung tak lah sekejam tu mama oiii . . Cuma kurangkan sedikit kuantiti pengambilan ok ? Hah kalau macam tu meh mama wiwin share tentang Makanan Yang Harus Dihindari Semasa Kehamilan :-
1.KAFEIN
Mengambil kafein sepanjang tempoh kehamilan seperti kafe , teh soda berpotensi menyebabkan berat badan bayi anda kurang , keguguran , dan juga ia mengurangkan penyerapan zinc .
2.JANGAN MAKANDAGING MENTAH (SUSHI) / MAKANAN YANG KURANG DIMASAK
Mengandungi toksoplasmosis iaitu parasit yang akan menyebabkan jangkitan serious kepada janin dan juga E Coli yang juga berbahaya kepada ibu mengandung dan janin .
3.JANGAN MAKAN DAGING AYAM ATAU TELUR YANG KURANG DIMASAK / MENTAH
Hah elakkan juga makan hati ayam / daging yang mentah kerana memungkinkan sumber kepada salmonela
4.JANGAN MAKANAN SAYURAN YANG TIDAK DICUCI DENGAN BERSIH
Toksoplamosis terdapat banyak pada sayuran yang tidak dicuci dengan betul terutamanya pada salad / ulam yang dimakan mentah .
5.JANGAN MAKAN IKAN TUNA STEAK IKAN SEA BASS SHARK DAN IKAN BESAR2
Ia mengandungi tahap merkuri yan tinggi dimana ia akan menyabakan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah yang banyak .FDA menyarankan supaya pengambilan ikan tuna dan ikan yang bersaiz ni dihadkan pengambilan kepada 12 auns satu minggu .
6.JANGAN MAKAN KEJU DARI SUSU KAMBING ATAU SUSU YANG TIDAK DIPASTUR
Ianya mempunyai risiko pembawa listeria . Bakteria ni mampu menembusi placenta dan menyebabkan keguguran , kelahiran bayi pra matang , dan keracunan dalam darah .
7.MINUMAN BERAKOHOL
Menyebabkan ketidaknormalan pada perkembangan janin dan emosianal .
Jadi mama mama semua hindari lah dari makanan ni . . Untuk kebaikan baby dan juga diri ok ?
Tips yang sangat menarik. ;) follow us too at this link---> http://mamabijak2u.blogspot.com/ and our facebook page-->https://www.facebook.com/mamabijak
ReplyDeleteterima kasih mama twin. ^_^