Apabila bayi menghisap payudara, hormon prolaktin akan dikeluarkan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu. Oleh itu semakin kerap bayi menghisap semakin banyak susu akan dihasilkan. Hormon yang kedua ialah oksitosin dan homon ini membuat sel-sel di sekeliling alveoli dan salur kecil susu mengecut. Pengecutan sel-sel susu ini akan menyebabkan pancutan susu melalui puting. Ibu akan berasa tegang dan perit pada puting payudara. Perasaan sedemikian disebut rangsangan pengaliran susu.
Benarkah Susu Ibu Tidak Mencukupi?
Ada ibu yang berasakan bekalan susunya tidak cukup untuk bayinya. Perasaan begini selalu terjadi apabila ibu tidak dapat mengenal pasti keadaan bayinya. Ibu berperasaan begini di sebabkan oleh faktor berikut :
1. Ibu mendapati bayinya kerap menyusu. Keadaan ini menyebabkan ibu berasakan bekalan susunya tidak mencukupi. Sebenarnya keadaan ini menunjukkan bayi berpendapat bekalan susu yang mencukupi. Bayi juga berkeadaan begini kerana naluri hisapannya kuat. Susu ibu cepat dicerna. Ini menyebabkan bayi cepat lapar dan ingin menyusu dengan kerap. Bayi juga kerap menyusu kerana dia memerlukan belaian dan dakapan ibunya yang membuatkannya rasa selamat dan selesa. Belaian mesra dan mendengar degupan jantung ibu membuatkan bayi rasa tenteram di alam barunya. Keperluan begini tidak akan berlarutan selamanya kerana bayi akan membesar dan biasa dengan alam sekelilingnya. Oleh itu kekerapan bayi menyusukan tidak akan menyebabkan bekalan susu ibu tidak cukup.
2. Ibu sering membandingkan kekerapan menyusu dan berat bayinya dengan bayi yang lain. Ada ibu berpendapat berat badan bayinya yang kurang atau bayinya yang kecil serta tidak kerap menyusu disebabkan oleh bekalan susunya tidak mencukupi. Ibu tidak perlu bimbang jika keadaan bayinya sedemikian kerana saiz dan keperluan susu seorang bayi adalah berbeza. Tentukan sahaja bayi anda sentiasa sihat dan cergas.
Sebab Kurangnya Penghasilan Susu IbuIbu mungkin menghadapi masalah kekurangan susu. Kurangan ini mungkin berpunca daripada :
1. Bayi tidak kerap menyusu. Kekerapan bayi menyusu menentukan penghasilan susu ibu. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu yang dihasilkan. Sebaik-baiknya ibu menyusukan bayi setiap 2 jam.
2. Ibu yang mengalami masalah sakit puting atau puting pendek selalunya menggunakan sarung puting (nipple shield). Penggunaan sarung puting menyebabkan lambatnya tindak balas atau rangsangan pengaliran susu setiap kali bayi menyusu.
3. Ada ibu yang menetapkan jadual menyusu bagi bayinya. Penetapan jadual menyusu ini juga menjejaskan penghasilan susu ibu.
4. Menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja juga mengurangkan bekalan susu ibu. Oleh itu ibu perlu memberikan susu dari kedua-dua belah payudaranya kepada bayi supaya bekalan susu yang cukup dan berterusan dapat dihasilkan.
5. Kesihatan ibu juga penting dalam penghasilan susu. Terlalu letih dn terganggu juga akan menjejaskan tindak balas pengaliran susu ibu. Oleh itu ibu perlu memastikan mempunyai masa rehat yang cukup.
6. Pengambilan ubat-ubatan juga mempengaruhi penghasilan susu. Ubat-ubatan selalunya selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Walau bagaimanapun ada juga ubat-ubatan yang mengganggu penghasilan susu. Oleh itu jika ibu mendapat rawatan doktor, maklumkan kepada doktor bahawa anda sedang menyusukan anak. Ibu yang membuat IUD mungkin menghadapi masalah kekurangan susu kerana IUD mengandungi hormon yang menyebabkan susu berkurangan.
7. Kurang air boleh menjejaskan penghasilan susu. Ibu yang menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Amalkan minum air sebelum menyusukan bayi. Minum air yang tidak mengandungi banyak gula.
8. Makan makanan yang seimbang. Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ibu yang menyusukan anak mungkin selalu berasa lapar. Anda boleh kerap makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kekurangan susu ibu. Ibu terlalu berpantang semasa dalam tempoh berpantang selepas bersalin juga boleh menyebabkan kekurangan penghasilan susu.
10. Amalkan zikir semasa mengepam. Berdoa padaNya Supaya susu lebih banyak dan lancar untuk si manja.
Nota : Jangan lupa Konsep Supply & Demand, Air Kosong + Supplement penyusuan yang sesuai dengan anda serta mendapat panduan pemakanan yang betul.
Jom saya kongsikan pengalaman kawan-kawan yang berjaya :-
Setelah penggunaan set penyusuan shaklee alhamdulillah ramai yang berjaya untuk mengumpul stok yang banyak untuk si manja. Semuanya terletak di tangan ibu-ibu semua, pilihan di tangan anda. Jika Anda mempunyai budget yang kecil boleh PM saya di FB azlina set bersalin penyusuan untuk dapatkan harga yang sesuai dengan budget anda.
Anda Berminat Mencuba:-
Hubungi Saya di
FB azlina set bersalin penyusuan / Fanpage rahsia susu ibu banyak
Wassap/sms/call : 0184044834
No comments:
Post a Comment