Salam Pagi selasa, Selalu customer2 duk PM . Macam mana ni kak takut bila bersalin susu takde kak... takut susu badan tidak cukup. perasaan-perasaan negatif ini akan mempengaruhi hasil susu ibu yang akan dihasilkan. akhirnya susu ibu tidak keluar atau tidak cukup semasa awal kelahiran bayi.
teknik hypnobreastfeeding ini adalah teknik yang akan membantu ibu-ibu dalam penghasilan susu ibu yang cukup untuk bayi yang baru dilahirkan. teknik hypnobreastfeeding dilakukan dengan menggunakan minda separa sedar, dengan menanam kata-kata positive seperti 'aku boleh susukan anak aku' 'susu aku banyak' 'aku hanya susukan anak aku dengan susuku sendiri'.
apa-apa sahaja kata-kata postive yang ditanam akan diserap masuk ke dalam minda dan akan menyebabkan ketenangan fikiran, seterusnya melahirkan perasaan gembira. pemikiran yang tenang dan perasaan yang gembira amat penting dalam menjayakan penyusuan bayi.
''The important thing is peace of mind. Peace of mind is important to produce enough milk,''said Lanny Kuswandi, hypnobirthing expert and Compass hypnobreastfeeding when found in the Pro V Male Clinic.
hypnobreastfeeding adalah satu perkara yang semulajadi atau natural, dengan hanya menggunakan kata-kata semangat yang ditanam di minda separa sedar, susu ibu yang cukup akan dihasilkan untuk bayi tercinta.
bila dan bagaimana teknik hypnobreastfeeding ini dapat dilakukakan? melihat atau mendengar nafas atau dengkuran bayi dapat mencetuskan perasaan kasih dan cinta kepada bayi yang kita lahirkan, seterusnya berazam untuk menyusukan bayi dengan susu ibu tanpa sedikitpun susu formula. teknik ini juga boleh dilakukan ketika ibu-ibu berehat atau sebelum tidur, pejamkan mata dan ulang kata-kata semangat untuk menyusukan cinta hati kita.
"Listen to baby, look at snoring breathing. There will be baby-bonding or affection that will trigger the endorphin hormone (hormone that makes peace, RED) so that the body was not tense" Lanny Kuswandi
"If you've awakened the positive intention of the mother, then the mind will become calm, all the cells will become more healthy, and producing enough milk for their infants until the age of 6 months. Actually''exclusively breastfed infants up to two years.For baby's brain develops most rapidly at this age'' Lanny Kuswandi
pemikiran yang tenang dan perasaan yang gembira ini perlu dikekalkan, seboleh-bolehnya cuba untuk elak perasaan sedih, stress, sakit ketika menyusukan atau ragu-ragu untuk menyusukan bayi kita. untuk mengelak perasaan negatif ini, ibu-ibu mungkin boleh mendengar muzik-muzik yang menenangkan, ataupun yang lebih elok lagi dengarkan alunan ayat-ayat Al-Quran. insyaallah hati dan perasaan yang tak baik akan hilang.
minda separa sedar adalah sesuatu yang amat hebat yang dijadikan oleh Allah. minda separasedar berkuasa untuk menghasilkan keyakinan diri yang tinggi, yang akan membolehkan ibu-ibu menyusukan anak sehingga selama yang telah ditentukan.
ingat perasaan yang indah, tenang dan gembira akan menentukan tindakan kita. oleh itu, ibu-ibu gembiralah selalu dan tanam kata-kata semangat, agar niat kita yang suci ini akan dapat ditunaikan. insyaallah.
Love Uolss MamaTwin
No comments:
Post a Comment