Monday, 21 January 2013
Panduan Pemakanan dan Aktiviti Yang bagus Untuk Merangsang Otak Anak Pintar
Benarkah anak yang bijak bermula dari dalam rahim ibu dan diawal usia muda anak-anak. Perlukan masa pengorbanan dan usaha kedua ibu bapa.
Perasankah anda? Mengapa di barat anak mereka lebih bijak.
mama wiwin pernah terbaca ialah cara pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya.
Jangan Tunggu lagi bagi bakal ibu, bermulalah dari sekarang setelah anda tahu anda mengandung. "luntur buluh biarlah dari rebung"
Di negara barat , ibu sedang mengandung, ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik setiap hari ini melatih otak anak, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Menarikkan...sehingga bayi dilahirkan tau, bukan dah besar 6tahun baru nak mengajar... Rugi kita tak cuba dan praktikkkan
Cara Pemakanan pulak sejak awal mengandung mereka memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan petumbuhan otak anak didalam kandungan. Sebagai kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Mereka gemar memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Pemakanan anak dari tadika lagi sudah cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan . Dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Aktiviti Sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memberi fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Aktiviti Ibadah Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk semasa sembahyangkan , ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
PERHATIAN !!!! Jauhkan Rokok / perokok - nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia.
Kesimpulanya, pada pandangan saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa dan Persiapan awal.
PERASANKAH ANDA . Mereka melatih anak-anak fokus dengan memanah dan menembak, mengamalkan memakan buah-buahan sebelum sebarang hidangan dan tidak merokok. Tidakkah ini semua amalan sunnah Rasulullah saw ? Malang sekali..amalan-amalan sunnah ini hanya dipandang sebelah mata akibatnya jadilah kita bangsa yang tercicir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment