Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.
BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. . Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar.
Tips untuk melegakan Sengugut :-
saya mengalami senggugut sejak remaja, sesudah berumahtangga dan selepas melahirkan .
Cuma ia tidak terjadi setiap bulan.
Tiada masalah dalam hal2 berkaitan sukar hamil.
Saya tidak pernah ke klinik utk rawatan, cuma mengamalkan rawatan cara yg ringkas.
1. Minum teh panas + madu lebah
2. Minum air halia panas.
(apa yg pasti elakkan minum ais kerana, setiap kali minum ais semasa haid- senggugut jadi semakin serius)
3. Bertungku atau gunakan beg air panas. Saya tekapkan di sekitar perut dan pinggang.
4. Makan ubat tahan sakit (pain killer) . ini tidak boleh selalu diamalkan.
5. Mandi air suam.
6. Memakai stokin utk tujuan panaskan badan. Waktu tidur juga saya pakai stokin. Saya gemar memakai stokin waktu malam walaupun bukan waktu haid.
Ini petua dari mak bidan sejak melahirkan anak sulung agar badan tak masuk angin sejuk.
7. Lumur minyak panas di sekitar perut, pinggang , tapak kaki dan perut betis.
8. Mengambil Supplement GLA shaklee, Ostematrik dan Bcomplex
Apa itu supllement shaklee GLA, Ostematrik dan Bcomplex
============================================
Shaklee GLA Complex
- Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
- Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
- Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis
Shaklee Ostematrix
- Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
- Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
- Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
Shaklee B-complex
- Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
- Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
- Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
- Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
- Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
Kalau ada yg sesuai boleh praktik, kalau rasa kurang sesuai - abaikan.
Muga tiada mudarat kpd sesiapa.kalau keadaan anda agak serius, sila berjumpa doktor.
No comments:
Post a Comment