Friday, 16 November 2012

PANDUAN PENJAGAAN IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Salam Pagi tuk semua, Entry mama wiwin hari ni berkenaan dengan Bersalin Secara Pembedahan . Terfikir nak cerita berkenaan pembedahan hari ni. Sepupu paling rapat dengan  sudah bersalin 7 hari lepas secara pembedahan dan dimasukkan ke ICU semula kerana turun darah.pelik juga ..rupa rupanya uri masih melekat di rahim . so kena bedah semula. Ya Allah ,Bayangkan 2 kali bedah.. mmg seram sejuk mama wiwin mendengar nya. malah dia tak sedarkan diri agak beberapa jam lamanya.  Alhamdulillah sekarang di sudah sedar dan beransur pulih.. dan dikurniakan seorang bayi perempuan yang begitu tembam dan comel seberat 3.7kg. 

"seorang ibu , walaupon kita merasai kesakitan sebegitu bila melihat wajah si bayi yang comel yang dikurniakan oleh Allah kepada kita , hilang segala kesakitan itu" Setuju tak para ibu 

Jom kita kongsi bersama , 

Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan
=========================================

Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.

Ada juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan rasa

 sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.

Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal.

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.

Penjagaan Dan Rawatan Luaran


=========================
Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.

Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.

Panduan Cucian Bahagian Sulit
==========================



Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.

Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi
===============================

Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.

Panduan Mandian


================
Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.

Panduan Berbarut Atau Berbengkung


============================
Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.

Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.

Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.

Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.

Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.

Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.


Jom Kita Tengok Supplement yang sesuai yang diambil semasa berpantang secara pembedahan walaupon anak jaundice.



Dalam Trial Pack C (Confinement Set) saya menyedikan : 
  • 40 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 40 tablet B Complex
  • 40 tablet Vitamin C
  • 40 tablet Zinc 
Lengkap untuk kegunaan 40 hari perpantang dengan harga tak sampai RM100 (postage free)

Jika anda inginkan dalam bentuk Full Set (botol) dengan harga ISTIMEWA boleh hubungi saya.

  • 120 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 120 tablet B Complex
  • 180 tablet Vitamin C
  • 120 tablet Zinc 
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu yang menghadapi masalah pembuangan air besar bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

SMS/PM/ Whatapps saya di 018 4044 834


Untuk Konsultasi percuma sepanjang pengambilan setelah pembelian produk dengan saya dan dapatkan TIPS TIPS PENYUSUAN di dalam Grup penyusuan Rahsia Susu Ibu Banyak


No comments:

Post a Comment