Sunday, 30 September 2012

Panduan Bantu Anak Tercekik


Anda mungkin cemas dan tidak tahu apa harus dilakukan bila si kecil anda mengalami masalah tercekik sesuatu yang tidak anda ketahui. Apa perlu anda lakukan jangan panik, bertenang dan lakukan beberapa tip berikut yang boleh membantunya.

* Pastikan Apa Punca Tercekik - Ketahui apa yang sudah tertelan. Bila tertelan, berapa banyak tertelan. Apakah situasi anak ketika it
u, apakah wajahnya menjadi pucat dan menangis tanpa henti?

* Periksa Ke Dalam Mulutnya - Disebabkan cara memberi pertolongan cemas berbeza mengikut benda yang dia tertelan, oleh itu periksalah mulutnya. Pegang kepalanya dan kepitkan kedua belah pipi dengan jari dan buka mulutnya. Periksalah dengan tenang apa benda yang tertelan dan ada di mana.

* Apabila Tertelan - Jika benda yang tertelan masih ada di dalam mulutnya, segera keluarkan dengan jari perlahan-lahan kerana ada kemungkinan sisa tersebut bergerak lebih jauh ke dalam tekak. Oleh itu, jangan cemas atau mengorek dengan keadaan tergesa-gesa sisa benda yang tertelan. Apabila dia ingin memuntahkannya, bukalah mulutnya lebar-lebar, tekan lidah di bahagian paling dalam dan berusaha membantu anak memuntahkan benda tersebut. Jika ia menimbulkan gejala seperti terkejut, kejang-kejang, maka segeralah bawa anak ke hospital tanpa menyuruhnya memuntahkan benda yang tertelan itu.

* Apabila Kerongkongnya Tersumbat - Bukalah mulut anak menggunakan jari tengah dan telungkupkannya di atas pangkuan (dalam keadaan anda duduk di atas kerusi, menggunakan telapak tangan tepuk belakangnya lima kali, pastikan tepukan menghala ke bahagian atas).

* Bila Perlu Dibawa Ke Hospital - Bila wajah anak pucat dan susah bernafas. Ada kemungkinan boleh mencederakan kerongkong. Apabila anda sendiri sukar membantu mengatasi masala tercekik.






No comments:

Post a Comment