Monday, 27 August 2012

Bolehkah saya menyusu anak angkat saya?


Salam buat semua, pagi ni terpanggil nak buat satu article tentang penyusuan ANAK ANGKAT memandangkan ada segelintir kawan-kawan  yang bertanya .
Ramai yang terkejut apabila diberitahu, ibu yang tidak mengandung boleh menyusukan anak. Kebanyakan mereka menyangka hanya ibu mengandung sahaja dapat menghasilkan susu. Ternyata pandangan ini sama sekali salah.
Penghasilan SusuBagaimana seorang ibu angkat boleh menjadi ibu susuan? Kunci utama untuk menjayakan matlamat ini adalah penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seorang ibu. 
Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Diketahui juga kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu walaupun seorang wanita itu tidak lagi mempunyai rahim atau tidak mengandung secara tabii, dia masih boleh menghasilkan susu. Persoalannya sekarang bagaimana hendak menstimulasi perembesan hormon-hormon ini agar susu dapat dihasilkan dan dipancutkan?
Terdapat 2 kaedah
1)  melalui pengambilan ubat yang dapat merangsang penghasilan hormon ini dan yang kedua ialah dengan menstimulasi puting ibu, yang secara tabiinya akan merangsang perembesan hormon. Kebiasaannya penggunaan kaedah pertama sahaja jarang sekali membuahkan hasil,
2)berhasil terutama bagi ibu yang pernah menyusukan anak sebelumnya. Kaedah yang terbaik adalah gabungan kedua-dua kaedah yang disebutkan di atas.
Ramai ibu-ibu angkat yang bertanya, bila dan bagaimana hendak memulakan stimulasi. Kebiasaannya, ibu dan bapa angkat dinasihatkan untuk melalui proses kaunseling penyusuan sebelum mengambil anak angkat. 
Tujuan kaunseling ini adalah untuk menyediakan ibu bapa ini dari segi mental dan fizikal sebelum mereka menerima tanggungjawab yang besar. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang mereka ingin lalui ini bukanlah sesuatu yang tabii tetapi proses adaptasi. Mereka juga perlu tahu mengapa mereka ingin dan perlu menyusukan bayi tersebut dengan susu ibu. Mereka perlu tahu apakah cabaran-cabaran yang perlu dilalui sebelum dan selepas pengambilan anak angkat. 
Jika ibu dan bapa angkat ini sudah bersedia dari segi mentalnya barulah langkah seterusnya dapat dilakukan dengan mudah iaitu persediaan fizikal. Persediaan fizikal termasuklah memulakan stimulasi dengan kaedah yang betul seawal dua atau tiga minggu sebelum menerima anak angkat tersebut. Ibu dan bapa angkat ini juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi kecil ini termasuk perbelanjaan rawatan penghasilan susu ini. Dengan lain perkataan ibu dan bapa angkat juga harus melalui proses persediaan menyambut kelahiran bayi sama seperti ibu bapa yang melahirkan secara tabii.
Penyusuan anak angkat memang bukan sesuatu yang mudah, pun begitu ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Pokok pangkalnya dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

No comments:

Post a Comment