Hari ini hari khamis bersamaan 29 sya'aban tinggal sehari sahaja kita nak menyambut ramadhan dimana semua umat islam akan berpuasa.
Hari ini mama wiwin nak bagi tips-tips pada ibu-ibu yang menyusukan si manja semasa bulan puasa nanti.
1) Banyakkan Pengambilan cecair. 2-3Liter air sehari diperlukan oleh tubuh.
2) Ibu digalakkan mengambil MADU setiap hari untuk stamina , ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan dan merupakan sumber tenaga yang hebat secara semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.
3) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.
4) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
5) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.
6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.
7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)
9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.
10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.
10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.
11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.
12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi atau memerah susu.
13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

No comments:
Post a Comment