Thursday, 2 February 2012

Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?


Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..

Set 1  - Set B
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

Set 2 - Eu-Four Pack
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set 3 - Set E
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

Set 4 - Set 3M
  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya 
Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat? 

Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah...


Cara membuat pesanan:
  • Email ke mama_azimazam@yahoo.com.my, atau SMS/ wassap ke 018 4044834 untuk pesanan.Boleh dapatkan set percubaan dari saya. 
  • Anda juga boleh terus kecawangan shaklee berdekatan anda dan membuat pembelian menggunakan ID: 882909 untuk pembelian pada harga ahli. Setelah pembelian bagi saya invoice dan saya akan memberi konsultasi percuma sepanjang pengambilan produk.

Sunday, 29 January 2012

Slimming Set Shaklee

Ramai yang tak tahu sebenarnya Shaklee juga mempunyai set diet yang hebat. Gabungan 3 supplement asas ini, jika diambil secara konsisten memang memberi kesan yang sangat menggembirakan. Walaupun Lecithin sangat terkenal untuk menguruskan badan, namun jika anda betul-betul komited ingin menguruskan badan, silalah ambil tiga produk di bawah ya.. Bagi ibu yang menyusukan anak, sila dapatkan konsultasi dari saya produk mana yang sesuai untuk anda ya..

Pertama : Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.





Apa yang sesuai untuk detox adalah Herblex atau Alfalfa atau Fiber. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa atau Fiber,dan Herblex sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herblex pada ibu2 yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak. 



Untuk detoks, anda boleh pilih samada Fiber, Alfalfa atau Herblax.. ikut bajet anda. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya :..Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit, selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.. 




Kedua : Protein

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo, sekaligus menghalang semula kenaikkan berat badan dengan mudah.



Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan Energizing Soy Protein (ESP). (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan) 





Ketiga : Lecithin

Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.





Gabungan ketiga-tiga produk ini sangatlah berkesan dan saya percaya anda mampu mencapai berat badan yang anda inginkan, dengan syarat.. anda mestilah menjaga pemakanan.. Biar beribu harga produk atau slimming centre yang anda pergi, kalau makan tak control tak guna sebenarnya.. Kedua, mestilah minum air banyak sepanjang proses diet dijalankan, 2-3L sehari. Dan ketiga, konsisten ambil supplement nie..InsyaAllah kesannya memang SUPERB!

Berminat mencuba produk ini? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat hanya di m http://mama2win.blogspot.com/  email : mama_azimazam@yahoo.com.my

Tuesday, 17 January 2012

Tips Memulakan Penyusuan Ibu

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Saya pasti semua ibu menyimpan hasrat menyusukan sendiri selama mana yang boleh. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Tenang dan yakin anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari untuk memastikan susu dihasilkan dengan lancar dan banyak
  • Ambil supplement bagi memastikan anda dalam keadaan yang cukup sihat dan badan bersedia menghasilkan susu yang banyak.

Wednesday, 4 January 2012

Atasi Payudara Lembik dan Kendur

Payudara merupakan aset penting seorang wanita. Saya percaya setiap wanita mahukan payudara yang cantik menawan.. Namun, seiring peningkatan usia, payudara akan turut mengalami kesan penuaan, kekenduran dan kurang pejal, tidak seperti zaman anak dara dulu.  Bagi ibu-ibu yang menyusu anak pula, kesan yang sama turut dirasai, malah adakalanya lebih ketara. Persoalannya, bagaimana nak maintain payudara kita agar sentiasa cantik dan menawan??

Cara yang paling mudah ialah dengan menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan. Tingkatkan pengambilan protein anda. Protein diperlukan untuk membina dan menjaga nada otot dan pejal. Protein juga menyediakan kolagen sangat diperlukan. Antara makanan yang  tinggi protien ialah ikan, telur, ayam dan daging. Namun masalah yang dihadapi ialah apabila makanan ini digoreng dengan minyak biasa, ia akan disertai dengan kolestrol dan ini menyebabkan kekangan yang besar maka oleh kerana ini merupakan antara sebab mengapa ramai yang memilih supplement dalam melengkapkan mana-mana zat dan nutrien yang kurang dalam badan.

Dan semestinya supplement yang paling sesuai untuk mengatasi masalah payudara ialah Energizing Soy Protein(ESP). Dengan pengambilan ESP, ia sangat membantu dalam menganjalkan semula dan mencantikkan payudara anda. Berikut ialah sms yang diterima oleh customer kami, bahawa suami beliau sendiri menegur tentang perubahan yang beliau lalui. Syukur alhamdulillah. Gembira hati  membaca testimoninya...." Beb, suami aku kata breast aku anjal lepas seminggu minum ESP ko....best2. aku suka sangat!!!!!"

Alhamdulillah..memang gembira bila mendapat tahu yang produk kami membantu ramai ibu dan wanita-wanita di luar sana kekal cantik dan sihat. Anda bila lagi? Cubalah..dan semestinya pengambilan ESP yang konsisten bukan sahaja mencantikkan dan menganjalkan semula payudara, tetapi juga mencantikkan kulit, menghilangkan kesan parut dan jerawat, membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu, dan menjadikan wajah tampil cantik, mulus dan berseri.


Sila sms /email saya untuk mengetahui TAWARAN HEBAT ESP yang sedang berlangsung sekarang. Harga runtuh, tawaran memang berbaloi-baloi.. http://mama2win.blogspot.com/ email : mama_azimazam@yahoo.com.my

Thursday, 22 December 2011

Shaklee Branches

Shaklee mempunyai beberapa cawangan seluruh Malaysia. Sekiranya anda berdekatan dengan salah satu cawangan Shaklee, dan ingin membeli sendiri produk dan menikmati potongan 15-30% (harga ahli Shaklee), anda boleh sms / telefon saya untuk mengetahui caranya.. serius,tak perlu pakai modal untuk dapatkan harga ahli.. istimewa hanya untuk anda, pelangan dan pengunjung mommyiskandar.com. 

 Di bawah ni saya lampirkan cawangan-cawangan Shaklee seluruh Malaysia:
  • Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188
  • KL Branch : 31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa maju Setapak, KL. No tel 03-41426442
  • Penang Branch : A-2 Jalan Todak Pusat Bandaraya Seberang Jaya , Perai. No tel 04-3974325
  • Ipoh Branch : 32 Medan Istana 1 Bandar Ipoh Raya , Ipoh . No tel 05-2418260
  • Johor Bahru Branch : 14 Jalan Molek 1/10 Taman Molek , JB. No tel 07-3525188
  • Kota Bharu Branch : 319 Section 25 Bandar Kora Bharu Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. No tel 09-7478688
  • Kota Kinabalu Branch : Lot 7, Ground Floor Wisma Damai jalan Damai Luyang Kota Kinabalu. No tel 088-27208

Walaupun anda membeli sendiri, saya tetap akan berikan tips eksklusif dan cara pengambilan vitamin yang betul, serta konsultasi percuma yang berterusan (after sales service) dan anda akan diberi kebenaran untuk access ke group eksklusif tertutup kami di Fb.

Hanya sms saya sebelum anda walk-in ke branch berdekatan, dan saya akan beritahu caranya.. Hubungi http://mama2win.blogspot.com/ email : mama_azimazam@yahoo.com.my

Thursday, 15 December 2011

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping

Salam semua pembaca . Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..

 Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma 

Friday, 2 December 2011

Set Eu-Four Pack

Sejak dilancarkan Isnin lepas, alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab  ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa . Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.

Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
  • Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
  • Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
  • Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4) Kalsium

Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti? Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee. Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum. Untuk melihat detail ESP, sila klik di SINI

Sila hubungi saya email : mama_azimazam@yahoo.com.my  untuk konsultasi percuma.