Wednesday, 2 January 2013

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR)

Baru terbaca kat dalam kelab kembar ada skim bantuan rakyat khas untuk mana mana ibu yang mempunyai anak ramai dan kembar, Alhamdulillah walaupon penat menjaga si kembar ada yang 2, 3 dan 4. Kelatah dan kerenah meraka lah akan membuat kita tersenyum lebar. Alhamdulillah kembar saya baru sahaja memasuki alam persekolah untuk darjah 1. Hari ni masuk hari kedua persekolahan, kalau tgk post saya semalam baju dan kasut si wiwin hitam belegam walaupon baru sehari sekolah..ngeee . Hari ni hari ke -2 entah macam mana pula nanti, heeehee sampai sekolah sana sini duk memangil si wiwin "seperti biasa ke famousan si kembar ni, sebab anak-anak saya senang berkawan dan peramah, bila dh ramai kawan siaplah mamanya nanti... entah secomot mana pulak utk hari ni.  huhu

Cerita semula berkenaan Skim bantuan tadi :-
SI KEMBAR dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah yang dihantar ke TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Melalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.
http://mes.selangor.gov.my/modules/content/content.php?page=skim-bantuan-asuhan-rakyat-si-kembar#.UOD0s-aTi34.facebook
Syarat dan procedur :-
http://www.e-sikembar.org/modules/content/content.php?page=syarat-prosedur
SI KEMBAR (SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT) mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).
2. Sama ada:
a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal. 

3. Pendapatan seisi rumah menepati:
a) RM1,500 ke bawah yang menganggung 1 - 3 orang anak ATAU
b) RM2,500 ke bawah yang menanggung 4 - 5 orang anak ATAU
c) RM3,000 ke bawah yang menanggung melebihi 6 orang anak.

4. Suami dan isteri bekerja.
5. Menghantar anak ke TASKA / Nurseri.
6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah.


PROSEDUR PENDAFTARAN
======================
1. Pendaftaran mestilah menggunakan Borang Asal SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR). Borang ini percuma.
2. Borang boleh didapati di pejabat pentadbir Skim ini iaitu Rantaian Mesra Sdn. Bhd.
3. Borang juga boleh didapati di Pusat Khidmat DUN Selangor berhampiran tempat tinggal. 
4. Dokumen berikut wajib ada semasa proses pendaftaran:
a) Salinan MyKad pemohon.
b) Salinan Sijil Kelahiran anak yang dipohon (berusia 4 tahun ke bawah sahaja).
c) Salinan slip gaji pemohon dan pasangan (sekiranya bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan swasta).
d) Pengesahan pendapatan dari ADUN (sekiranya bekerja sendiri).
* Penting: Kesemua dokumen tersebut mestilah disahkan oleh Pusat Khidmat DUN Selangor.

5. Kelulusan akan diberi oleh pihak Rantaian Mesra Sdn. Bhd., pentadbir SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR).

PROSEDUR PENDAFTARAN
======================
1. Setelah borang yang lengkap diterima, disahkan, diproses dan diluluskan, maka bayaran untuk SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR) akan didepositkan ke dalam akaun TASKA penerima. 
2. Jumlah sebanyak RM100 akan didepositkan setiap bulan bagi setiap anak yang didaftarkan.
3. Kelulusan adalah untuk tempoh 1 tahun (Januari hingga Disember). Permohonan semula perlu dibuat setiap Januari setiap tahun.
4. Permohonan akan terbatal dengan sendirinya pada stiap 31 Disember atau apabila kanak-kanak mencecah 5 tahun pada tahun tersebut.

credit to :-
http://mes.selangor.gov.my
http://www.e-sikembar.org
untuk keterangan lanjut boleh layari sesawang diatas. 

Ada juga bantuan seperti ini bagi meringankan beban keluarga dan anak yang ramai, semoga bantuan ini sedikit sebanyak membantu keluarga yang tidak berkemampuan.  

No comments:

Post a Comment